Jadi baru-baru nih aku ditegur kat vkontakte.com (ni kira macam Facebook untuk orang Russia la) oleh seorang mamat Russian nih. Dia tengah belajar bahasa Malaysia, belajar sendiri. Buku untuk bahasa Malaysia tu dia guna buku teks Moscow State Universiti (kat Moscow State Universiti ada ajar Bahasa Malaysia, siapa fail BM boleh still sambung belajar sini LOL~). Aku macam pelik kenapa dia rajin sangat nak belajar Bahasa Malaysia nih tapi terus terang aku cakap kalau reti membaca dalam bahasa, belajar sikit je korang boleh baca dalam Russian pulak sebab Russian ni ikut sistem ejaan gak. Tapi baca jelah kan, faham tu belum tentu lagi.
Orang Malaysia kena sedar diri sikit, jangan dok berlagak je dengan bahasa Inggeris.
Ingatlah kita masih ada bahasa kita sendiri.
Jadi lepas ni mamat tu ajak jumpe. Dia cakap dia boleh ajar Russian sekali, bagus la jugak since aku memang tak faham sangat bahasa Russia yang ikut slang ni. Tak tau bila bleh sebab exam aku pun tak habis-habis lagi. Siot. Budak fakulti lain banyak je yang dah habis. Fakulti aku je belum lagi.
Hm.. At the same time aku berangan la gak, sekali nanti ade awek Russian yang comel-comel nak belajar bahasa Malaysia lepas tu mamat nih rekemen suruh berguru ngan aku~ Itu sudah bagus. Silap-silap terbawak balik Malaysia pulak nanti, yelah dah tau bahasa senang sikit kan? Yang lain tu boleh belajar slow-slow. Kena pulak awek yang mata crystal clear warna biru.. Memang confirm aku simpan. Haha~ Dapat anak nanti confirm mata anak aku nanti ikut mak dia :D
Haish.. terlebih lak. Kembali ke realiti.
Nampaknya cuti ni macam tak kemana je aku. Ingatkan nak ikut budak-budak ni gi Saint Petersburg naik SapSan (kereta api laju Russia). Mahal dowh~ Dekat 100USD one way. Tapi kalau pergi ada gak cerita baru aku boleh kongsi, betul tak? Tengoklah macam mana. Kalau sampai seru dan budak-budak ni jadi pergi, aku pergi la.
Ariff Shah: Bila nak elok da tangan kiri aku nih. Semalam pergi gym train tangan kanan je~
60 thoughts on “Orang Russia Belajar Bahasa Malaysia”