Orang Russia Belajar Bahasa Malaysia

Jadi baru-baru nih aku ditegur kat vkontakte.com (ni kira macam Facebook untuk orang Russia la) oleh seorang mamat Russian nih. Dia tengah belajar bahasa Malaysia, belajar sendiri. Buku untuk bahasa Malaysia tu dia guna buku teks Moscow State Universiti (kat Moscow State Universiti ada ajar Bahasa Malaysia, siapa fail BM boleh still sambung belajar sini LOL~). Aku macam pelik kenapa dia rajin sangat nak belajar Bahasa Malaysia nih tapi terus terang aku cakap kalau reti membaca dalam bahasa, belajar sikit je korang boleh baca dalam Russian pulak sebab Russian ni ikut sistem ejaan gak. Tapi baca jelah kan, faham tu belum tentu lagi.

Orang Malaysia kena sedar diri sikit, jangan dok berlagak je dengan bahasa Inggeris.
Ingatlah kita masih ada bahasa kita sendiri.

Jadi lepas ni mamat tu ajak jumpe. Dia cakap dia boleh ajar Russian sekali, bagus la jugak since aku memang tak faham sangat bahasa Russia yang ikut slang ni. Tak tau bila bleh sebab exam aku pun tak habis-habis lagi. Siot. Budak fakulti lain banyak je yang dah habis. Fakulti aku je belum lagi.

Hm.. At the same time aku berangan la gak, sekali nanti ade awek Russian yang comel-comel nak belajar bahasa Malaysia lepas tu mamat nih rekemen suruh berguru ngan aku~ Itu sudah bagus. Silap-silap terbawak balik Malaysia pulak nanti, yelah dah tau bahasa senang sikit kan? Yang lain tu boleh belajar slow-slow. Kena pulak awek yang mata crystal clear warna biru.. Memang confirm aku simpan. Haha~ Dapat anak nanti confirm mata anak aku nanti ikut mak dia :D

Haish.. terlebih lak. Kembali ke realiti.

Nampaknya cuti ni macam tak kemana je aku. Ingatkan nak ikut budak-budak ni gi Saint Petersburg naik SapSan (kereta api laju Russia). Mahal dowh~ Dekat 100USD one way. Tapi kalau pergi ada gak cerita baru aku boleh kongsi, betul tak? Tengoklah macam mana. Kalau sampai seru dan budak-budak ni jadi pergi, aku pergi la.

Ariff Shah: Bila nak elok da tangan kiri aku nih. Semalam pergi gym train tangan kanan je~


60 thoughts on “Orang Russia Belajar Bahasa Malaysia

  1. wow, cool. i want to learn how to cakap Malaysia too, but its hard to find books tentang Malaysia language here. oiya im from Indonesia. peace :)

  2. Lepas ni, Arif boleh la tulis rahsia dalam tulisan Russia tapi Bahasa Melayu.

    Aku ada buat tulis dalam Tulisan Korea tapi bahasanya Melayu la. Senang, kalau benci kat orang, kita tulis depan dia pun, dia tak faham.. hahaha

  3. wahhh susah ke senang nk blajar menulis tu. lain mcm je lengkok2 tu. tp kalau arif ckp stail abc, mayb x susah sgt kot. sama jela cam kte tulis ni kan. lama x nk blajar memula tu?

    • Nak baca dia senang je sebab sistem ejaan, sama macam bahasa Malaysia.
      Cuma tatabahasa dia susah sikit.
      Persediaan dulu setahun je.

  4. eh tersend plak. tulisan bkn main bergulung2 lg mcm tulisan tamil je. blajo pakai tulisan tu ke? ke abc je.

    yg sibuk nk tau,
    org malaysia yg xpenah pg obersi

    • YUp. Belajar pakai tulisan tu lah tapi kadang-kadang diorang campur gak dengan ABC. Time tu memang akan berlaku kekeliruan.

      Takpa.. tak tahu boleh tanya dan kalau saya tahu saya bagi tahulah =)

  5. mamat? itu kena hati2 tau ariff, kang x dpt awek rusia, terdapat boifren rusia plak. heheheh… gurau ok. :p
    bole x tnye soklan pelik sket, tu yg kt email org tu tulisan rusia ke tu?

    • Haha. Takdelah. Tengok gammbar macam normal je orang tu. huhu~ tapi akan still berhati-hati la kalau jumpa..

  6. hahaha.
    ade lobster di sebalik spaghetti upenye..
    ish2..
    btw ok la 2..
    huhu.
    besnye stdy luar negare..
    leh jalan2 tempat org..
    kenal2 tempat org..
    bagos bagos.
    .-= ann´s last blog ..& I Cry.. =-.

    • Ish. Lobster besar sangat la. Memang kantoi punya. haha..

      Kena baca lagi cerita bawah kategori Life in Russia kat blog nih. Ada best, ada tak best pasal hidup kat oversea nih

  7. salam bro,
    bagus jugak jadi cikgu,dpt gak blajar bahasa lain..bleh bertukar-tukar ilmu dan pengalaman..

  8. oiii
    awek russia seram doh muke
    dah r name plek3 hahhaha
    siang td ku tgk Amazing Race kat Rusia gile ah..awek mke komunis gwahahaha

    tp sexy, i loike~

    • Ada banyak version lagi awek2 Russian nih. Nanti aku jadi paparazzi satu hari, tangkap gambar awek Russia banyak-banyak lepas tu pos sini. Wahaha. best gak~

      Tapi pernah nampak sorang awek ni memang tinggi and lawa giler la. Memang lawa dia, dressing and cara jalan sebijik macam supermodel. Malangnya time tu aku baru balik kelas, jadi pakai pun ala kadar je, so tak dapat la tegur awek tu. Kalau dapat tangkap gambar dia pun jadilah.
      Haish.. memang kecewa aku hari tu.

    • CUn, tapi susah nak cari yang bagus-bagus. Hehe.. Budaya tak sama tapi kalau ada yang cun and boleh terima budaya, agama and cara hidup kita memang aku bawak balik ;)

  9. ada gak yg mintak ajo
    tp cek kat email
    xde plak email die
    klu facebook ni
    xtau r camne

    • Tak tau la dia datang baca ke tak. Tapi rasanya tak lagi. Orang tu baru nak belajar mengeja.

  10. xbleh la blah la berangan. tp nice dow kalau dpt kawen ngn org mata biru mcm crystal! aku pun berangan cmtu gak. hahahaha

    • Ha.. Tau xpe. Kat sini pun susah nak cari yang mata biru nih. Kalau brown crystal tu common. Lepas tu ada putih/silver.

  11. Nais.
    Ko kene buktikan dl dgn mamat ni ko boleh jd sorg cikgu yg berkualiti.
    Nanti mesti dia akan rekomenkan ko kt mane2 awek russia.