Jadi baru-baru nih aku ditegur kat vkontakte.com (ni kira macam Facebook untuk orang Russia la) oleh seorang mamat Russian nih. Dia tengah belajar bahasa Malaysia, belajar sendiri. Buku untuk bahasa Malaysia tu dia guna buku teks Moscow State Universiti (kat Moscow State Universiti ada ajar Bahasa Malaysia, siapa fail BM boleh still sambung belajar sini LOL~). Aku macam pelik kenapa dia rajin sangat nak belajar Bahasa Malaysia nih tapi terus terang aku cakap kalau reti membaca dalam bahasa, belajar sikit je korang boleh baca dalam Russian pulak sebab Russian ni ikut sistem ejaan gak. Tapi baca jelah kan, faham tu belum tentu lagi.
Orang Malaysia kena sedar diri sikit, jangan dok berlagak je dengan bahasa Inggeris.
Ingatlah kita masih ada bahasa kita sendiri.
Jadi lepas ni mamat tu ajak jumpe. Dia cakap dia boleh ajar Russian sekali, bagus la jugak since aku memang tak faham sangat bahasa Russia yang ikut slang ni. Tak tau bila bleh sebab exam aku pun tak habis-habis lagi. Siot. Budak fakulti lain banyak je yang dah habis. Fakulti aku je belum lagi.
Hm.. At the same time aku berangan la gak, sekali nanti ade awek Russian yang comel-comel nak belajar bahasa Malaysia lepas tu mamat nih rekemen suruh berguru ngan aku~ Itu sudah bagus. Silap-silap terbawak balik Malaysia pulak nanti, yelah dah tau bahasa senang sikit kan? Yang lain tu boleh belajar slow-slow. Kena pulak awek yang mata crystal clear warna biru.. Memang confirm aku simpan. Haha~ Dapat anak nanti confirm mata anak aku nanti ikut mak dia :D
Haish.. terlebih lak. Kembali ke realiti.
Nampaknya cuti ni macam tak kemana je aku. Ingatkan nak ikut budak-budak ni gi Saint Petersburg naik SapSan (kereta api laju Russia). Mahal dowh~ Dekat 100USD one way. Tapi kalau pergi ada gak cerita baru aku boleh kongsi, betul tak? Tengoklah macam mana. Kalau sampai seru dan budak-budak ni jadi pergi, aku pergi la.
Ariff Shah: Bila nak elok da tangan kiri aku nih. Semalam pergi gym train tangan kanan je~






58 Responses to “Orang Russia Belajar Bahasa Malaysia” Leave a reply ›
Lepas ni, Arif boleh la tulis rahsia dalam tulisan Russia tapi Bahasa Melayu.
Aku ada buat tulis dalam Tulisan Korea tapi bahasanya Melayu la. Senang, kalau benci kat orang, kita tulis depan dia pun, dia tak faham.. hahaha
waa.. besh baca blog ko dik.. sronok ek dok russia.. :)
bljr sna eh? wah..besh2..amik pe? medic ke?
Cerita terbaru akira.. Kami yang jakun first time naik pesawat airbus
tak ah, engineering
kat rusia ada kan piala debat bahasa malaysia?
beliamuda´s last blog ..Keputusan Contest Menangi RM20 Untuk 5 Orang
Ada kot. Macam pernah dengar.
ok.. hmm..
Rasanya dulu pernah sekali budak Russia menang pidato BM piala PM. Tahun bila dah tak ingat. Pidato dia memang best. Kalah orang Indonesia. Malaysia lagi kalah.. Haha..
Cerita terbaru hanis.. Patutlah. Oh, Alexa!
wahhh susah ke senang nk blajar menulis tu. lain mcm je lengkok2 tu. tp kalau arif ckp stail abc, mayb x susah sgt kot. sama jela cam kte tulis ni kan. lama x nk blajar memula tu?
Nak baca dia senang je sebab sistem ejaan, sama macam bahasa Malaysia.
Cuma tatabahasa dia susah sikit.
Persediaan dulu setahun je.