Dalam hostel ni, penghuni yang paling banyak adalah yang berbangsa Myanmar, atau berasal dari Myanmar. Orang Myanmar yang tinggal di sini kesemuanya adalah lelaki kerana mereka datang ke sini di bawah tajaan tentera dan bukan badan kerajaan seperti MARA atau JPA. Sebelum aku cerita lebih jauh, aku doakan keselamatan rakyat Myanmar yang baru-baru ini dilanda gempa bumi pada magnitud 6.8. Sekarang ni musim gempa bumi, plat-plat tektonik bumi sedang bergerak, mungkin ada perubahan dalam peta dunia nanti.
Berbalik kepada orang Myanmar kat sini, aku sebenarnya amat meluat dengan mereka. Cara percakapan mereka, nada dan suara memang bising. Kalau seorang bercakap di hujung bangunan ni, hujung sebelah sana boleh dengar. Aku tak faham kenapa, mungkin memang genetik mereka dikurniakan suara yang kuat atau budaya mereka yang membiasakan mereka bercakap pada kadar separuh menjerit.
Dalam bahasa mereka mungkin tidak wujud peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kalau dalam metro tu, yang pada kebiasaannya semua orang akan diam sebab kalau nak bercakap pun bising, mereka tak diam sebaliknya suara lagi kuat adalah. Kadang-kadang orang Russia sebelah tu pun pandang semacam je.
Orang Myanmar menganut agama Buddha. Jadi bila sampai masanya, mereka akan berkumpul di bilik mesyuarat mereka di tingkat 8 (dulu aku tinggal di tingkat 8) dan beramai-ramai membaca kitab/surah mereka kuat-kuat. Senang cerita mereka baca lebih kuat daripada orang kita baca surah Yasin ramai-ramai. Biasanya berlanjutan selama 2-3 jam.
Pakaian yang mereka pakai ketika beribadat agak kemas, tapi pakaian rasmi adalah kain pelikat. Awal-awal dulu aku agak terkejut, baru tahu orang Myanmar pun pakai kain pelikat. Kalau orang Malaysia datang hostel ni dan terserempak dengan orang Myanmar, memang dia boleh keliru sampai boleh ingatkan orang Myanmar tadi adalah orang Melayu. Begitulah sebaliknya. Warna kulit pun lebih kurang je. Yang membezakan adalah bahasa, budaya, makanan dan agama.
Masakan mereka pula.. oh.. janganlah cakap pasal masakan mereka. Dah banyak kali orang Russia yang lalu di tingkat 8 dulu merungut bau apa yang busuk sangat bila lalu dapur orang Myanmar ni. Aku bersyukur sangatlah sebab tak berkongsi dapur dengan mereka masa tinggal di tingkat 8 dulu.
Jadi itulah sedikit sebanyak pengalaman aku tinggal dalam satu bangunan dengan orang Myanmar ni. Nasib baiklah tinggal setahun je lagi aku kat sini. Siapa pernah pergi Myanmar? Best ke? Cerita sikit.
Comments
18 responses to “Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 18) – Orang Myanmar”
yang positif tentang mereka apa ?..
Ariff , ko lupa nak citer pasal diaorang punya study.
diaorang bnyak amik course apa. cm ner dengan result & exam lg dengan sikap diaorang dengan pensyarah russia.
biasalah tu, adat orang hidup dalam perantauan..
hmm..saya ade kenal brader 2orng nih..2 2 dari myanmar, sorang bobo n sorang win tun… baik2 je.. mungkin sbb die golongan minoriti…huhuhu
jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Oprah terima gaji RM963 juta tahun lalu
org myanmar busuk dn hanyir…tue je lah aku dpt comment…
same je macam orang Vietnam cakap bukan main kuat jugak….
org Myanmar yg kerja kontrak kat Malaysia ni mmg plg sng survive antara smo pendatang. especially klu kerja kt ladang2. sbb diorang kalau dpt musang, dh cukup mewah. sdgkan tikus bleh dibuat pekasam….
pernah berkongsi rumah ngan geng pakistan…memang dapur berbau busuk,bilik diorang pun sama…kulit saja putih…tapi…hhahah
Kat sana pun dorang masak busuk juga ke?
Kalau kat sini, mereka join dengan Myanmar, makan kucing dan anjing. =.=
sampai jiran2 dan kawasan kejiranan kalau boleh takkan bagi anjing atau kucing mereka lepak luar.
jiran aku myanmar..masakan diorang yg tak boleh tahan tu. kadang-kadang diorang masak sampai bau hancing pun ada.pelik betul.
yang aku tahu, diorang ni macam siam gak la
cakap kuat dan bla2.ni lagi satu, earthquake kat myanmar gak..
kat restoran tempat saya kerja ada 6-7 orang Myanmar.. terpaksa la tahan telinga nih..hehe
Orang mynmar ni kebykkn nye bahaya ckit…..suka mencuri….mkanan kegemaran dorg is kucing…sampai ade 1 tempt kt Batu Pahat ni lagsung xde nmpk bayang kucing…sebb da kena amik dek org2 mynmar ni….scary gle…..
Dulu kau pernah cerita siksa kongsi dapur dengan depa.Bapak geli lah.AHHAHA
oh.baru tau diorg pon ada sesi bacaan kitab diorg..tak dpt nak bayang keadaan time share satu floor dgn diorg..kompem stresss bila diorg nak bc surah2 diorg tu.. :D
diorg masak apa yg busuk sgt tu?
aku pernah berusuran dalam hal telekomunisi dangan Myanmar, di ITMC ( International Tranmission Maintenance Center) Yangon, tak ramai yg boleh berbahasa Inggeris. Nasib baik ada seorang awek yg boleh tahan english dia. kalau org lain yg jawap, dan time tu awek tu xde, mmg huru hara la jugak
hahaha.Sure seksa je kan.
sure pakai bahasa tangan ko nih dlu..haha