Orang Malaysia Suka Nyanyi

Dah bulan Disember ni, nak recap balik lagu-lagu tak boleh blah yang kita dok dengar hari-hari di tv dan kadang-kadang radio.

Lagu pertama dalam senarai saya adalah lagu sempena sambutan Merdeka ke-56 hari. Paling tak boleh lupa. Memang tak popular sebab tak sedap. Tak perlu wujud.


Basically lirik dia yang korang perlu tau adalah, “mara…. halilintarr… tiada gentarrr.. halilintar..” (Ulang 10x) HA HA HA

Lagu kedua yang boleh tahan annoying adalah lagu 1Malaysia Call Centre (1MOCC). Sekali je tengok video ni sampai besok terngiang-ngiang “Hey! Hey!” dalam kepala. Tak percaya tengok video ni sampai habis.

Lagu ketiga ni lagu yang sangat redundant. Trend yang saya nampak sekarang, semua inisiatif kerajaan 1Malaysia ni dia nak buat lagu. What’s the point? Better guna bajet kerajaan tu beli iklan dalam surat khabar Utusan yang baru-baru ni dah keluarkan laporan kewangan dengan kerugian teruk sebab kena boikot dengan MNC.

Lagipun benda macam UTC ni kat luar bandar je, jadi sesuailah dengan audiencenya iaitu pakcik-pakcik kampung yang merupakan penyokong tegar akhbar Utusan.


“UTC… UTC.. pusat pelbagai perkhidmatan”

Dalam keterukan lagu-lagu atas ni, at least adalah something yang elok sikit untuk koleksi lagu orang Malaysia tahun ni.

Tanah Air, a specially-composed love song for our nation inspired by Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang’s original poem.

 

Comments