Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 13) – Bila Orang Bujang Keluar Beli Barang Rumah

Tiap-tiap bulan mesti nak penuhkan peti sejuk jadi bila sampai waktunya memang kena keluar pergi Mega kat sini la. Mega ni adalah sebuah shopping center yang besar, stail macam The Curve tu semua. Ada Ikea, hypermarket Ashan (ni macam Tesco la.. aku rasa lagi besar dari Tesco kat Shah Alam tu), Obi (kedai hardware untuk barangan rumah dan gardening stuff), panggung wayang dan banyak lagi store lain macam Zara, Stokman dan Marks  & Spencer. Jadi kalau aku cakap aku pergi Ikea tu, takdelah Ikea sahaja, tempat ni besar giler dan panjang. Memang tak sah la kalau tinggal kat Moscow tapi tak pernah pergi Mega sebab Mega ni kat semua ceruk Moscow ada, dari utara sampai selatan. Nak pergi pun senang sebab ada je feeder bus.

Peta lama ni. Sekarang dah banyak lagi yang buka.

Pergi sini senang sebab nak beli daging dengan ayam halal ada je. Ayam pun dia jual giler bapak besar punya. Tau-taulah kan orang lelaki bujang ni makan macam mana.. Kadang-kadang makan sampai nak dua kali tambah, siap repeat makan masa supper lagi tapi berat badan tetap tak naik (aku la tu..). Lagi satu kat sini chili dia murah, ada cili api dan serai (boleh la aku buat masak lemak nanti). Pendek kata memang hampir ke  semuanya ada kat sini.

Masa awal-awal dulu, rajin la aku pergi ice skating kat sini. Sekarang takde dah..

Semalam keluar pun sebab elektrik takde satu hari. Ada kerja maintenance katanya. Floor aku pun sejak minggu lepas asyik black out je malam-malam sebab ada orang bodoh mana entah kat floor ni, dah tau barang elektrik dia rosak tapi still nak guna. Jadi suis tu tendang dan kena tunggu jaga/maintenance buka balik suis tu. Bila takde elektrik ni, macam dah takde tujuan hidup ni. Itulah dia.. zaman serba maju serba canggih ni, kena ada elektrik, komputer, internet dan handset. Kalau takde tiba-tiba, memang ada yang boleh jadi separuh gila. Tak percaya trylah hidup tanpa benda-benda tu. Tengok terjejas ke tak kehidupan korang. Kalau aku, sah-sah tak la.. tapi tak taulah kalau dah kahwin nanti boleh pulak. huh.. kalau kahwin mesti best kan? Best ke?

RM500+ Kalau kat Malaysia rasanya lagi penuh troli

Takde apa sangat buat semalam. Datang, lunch kejap. Lepas tu jalan-jalan, masuk kedai bra (bukan aku, tapi adalah orang tu.. inilah jadinya bila empat orang lelaki bujang keluar bersama.. ish.. bunyi gay habis ni), tengok iPad, window shopping masuk kedai baju lagi tapi tak beli apa-apa dan last sekali baru masuk Ashan. Habis beli barang terus blah. Barang bilik adalah lebih kurang RM500. Tu pun tak cukup sebenarnya. Dalam 2 minggu confirm habis. Lepas tu pandai-pandai la beli apa yang patut macam ayam kat supermarket dekat-dekat sini.

Jadi itulah satu lagi chapter kehidupan kat Moscow ni.

2010/2011 Premium Sponsor

53 Comments