Nice, France

Kalau diberi pilihan destinasi percutian santai tepi pantai, saya akan ke Nice sekali lagi. Secara asasnya Nice adalah kota yang santai di mana anda akan enjoy berjalan-jalan atau berjogging di sepanjang persisir pantai dan bila dah panas, lepak di kafe-kafe sambil memerhati gelagat orang sekeliling.

Ya, memang budaya kat Nice ni duduk di kafe dan perhati orang lain. Layout kafe dan restoren semua mempunyai tempat duduk menghadap ke luar supaya pengunjung boleh nampak pemandangan di hadapan kafe. Nice memang kota tempat lepak untuk tengok orang.

Melawat pasar pagi Cours Saleya adalah perkara pertama yang perlu anda buat di Nice sebab di sinilah tempatnya nak kenal orang Nice ni macam mana, apa yang mereka makan dan apa hasil pertanian mereka di sini. Perkara pertama yang akan anda perasan adalah banyaknya penjual bunga dan barangan berasaskan bunga seperti sabun, minyak wangi dan macam-macam lagi. Gula pun dia buat dengan perisa bunga.

Don’t worry. Kat pasar ni takde jual daging. Jadi takdelah terserempak dengan benda tak patut. Pasar ni lebih kepada pasar tani tempat jualan barangan hasil tempatan. Sempat beli beberapa lukisan untuk diletakkan dalam ofis.

Tempat tumpuan ramai kat Nice ni adalah sepanjang pantai. Sepanjang masa setiap hari memang ada orang jogging ulang-alik sepanjang pantai ni. Ruang pejalan kaki lebar, jadi tak sesak sangat walaupun ramai orang. Sejak insiden yang meragut nyawa hari tu, kehadiran polis dan tentera benar-benar terasa di kawasan ini. Sepanjang masa ada sahaja rondaan.

Transportation

How to get there? The best is fly in to Nice from wherever you are. Sebab dari airport anda boleh ambil Uber terus ke Airbnb anda. Why not train? Simply because kat stesen takde lif / escalator yang menghubungkan platform dengan laluan lintasan antara platform. So angkatlah beg tu naik turun tangga. Saya haritu tepaksa angkat 3 luggage bag, satu stroller, satu bag pack dan satu beg sandang masa tiba dan bertolak dari Nice. Itu sebab sado.

Local transportation macam biasa agak efisyen cuma untuk first timers, mestilah kena buat homework sebelum sampai sini. Kalau tak memang terhangak-hangak cari tempat beli tiket, cari map dan sebagainya. Bas memang ekstensif. Boleh naik sampai Grasse dan Saint Paul de Vence (dua bandar atas bukit di pinggiran French Reviera) kalau pandai. Tram pun ada.

My advice, kalau banyak barang atau jauh sangat, just panggil Uber. 1 trip dalam bandar aroun 9 ~ 11 Euro bergantung pada lokasi. Jangan sesekali naik teksi ya. Teksi kat sini memang mahal. The best thing about Uber kat sini adalah kalau nasib baik dapatlah merasa naik Jaguar walaupun hanya panggil UberX. Saya dapat dua kali hari tu out of three trips taken. Berbaloi-baloi.

Depending on where you stay, jarang sebenarnya guna public transportation dalam Nice ni sebab lokasi tumpuan dia semuanya dekat-dekat. Bandar ni asalnya ikut architecture dan planning orang Italy, jadi bangunan dia memang rapat-rapat supaya laluan tengah dia redup. And because of that, jalan kaki pun dah boleh sampai to most part of the city. Pastikan anda pilih lokasi Airbnb yang tak terlalu jauh daripada bandar la. Attractions and activity banyak sekitar old Nice, so anywhere within normal walking distance to the area is fine.

Bangunan kanan depan tu adalah Galeries Lafayette. Tempat orang bangsawan berbelanja. Jakarta dah ada Galeries Lafayette ni, KL je takde.

Promenade du Paillon. Saya sebenarnya tak habis pusing lagi kawasan belah sini.

Ni masa drive up ke Eze Village. Banyak pelabuhan kecil untuk orang kaya park bot mereka.

View dari Parc du Mont Boron. Park ni atas bukit, sebelah old Nice. Wajib panjat bukit ni untuk tengok keseluruhan bandar Nice dan sekeliling kawasan Côte d’Azur (French Reviera). Jenuh nak memanjat bukit, nasib baik masa ni dah sewa kereta. Jadi drive je naik atas. Tapi still kena panjat sikit fort atas tu untuk sampai ke view point ni.

Nampak macam gereja kat Russia tapi bukan. St Nicholas Orthodox Cathedral ni adalah hadiah daripada Tsar Nicholas. Kat Nice memang banyak orang Russia, jadi dibukalah gereja ni untuk penganut agama Kristian Orthodox yang kebanyakannya orang Russia. Kalau tak pernah sampai Russia, reka bentuk gereja ni memang common kat sana.

 Lagi gambar kat Old Nice. Nampak macam kat Italy kan? Dari segi sejarahnya, Nice dulu-dulu memang banyak dipengaruhi oleh Italy. Orang Nice banyak yang berketurunan orang Italy. That is why kalau masuk old Nice, susunan bangunannya rapat-rapat, tak ubah macam kat Cinque Terre.

Dari segi makan, tak susah langsung nak cari kedai halal kat sini. France adalah negara yang tak asing dengan orang Islam. Price is on the high side though sebab bandar ni memang tourist attraction. Walaupun begitu, harga still ok. Boleh dapat meal in less than 10 Euro.

Yang tak berapa best kat sini ialah accomodation dia mahal sikit. Airbnb yang diambil adalah apartmen satu bilik, tapi agak sempit. Mungkin jugak sebab saya dah spoilt dengan penginapan di Milan dan Florence yang memang luas.

Kebanyakan Airbnb kat sini bukan diuruskan oleh pemilik sebaliknya syarikat sublet. So anda mungkin akan berhadapan dengan situasi ambil kunci tempat lain, apartmen tempat lain. Memang leceh. Kalau owner direct uruskan, biasanya jumpa di unit yang disewa terus. So be careful. Actually not an issue, cuma nak elakkan daripada ambil Uber dua kali just because kena drop kat tempat ambil kunci.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

3 Comments