Nak Pakai Spek Ke Tak?

Reading Time: < 1 minute

Sebenarnya saya memang tak selesa pakai spek ni. Tapi kalau pakai contact lens pun leceh gak. Jadi saya sedang berkira-kira untuk mendapatkan rawatan laser supaya tak perlu pakai cermin mata terus.

Untuk pengetahuan semua, bingkai cermin mata dalam gambar atas (juga yang saya sedang pakai sekarang) dah dipakai sejak dari tingkatan empat lagi. Ada spek baru, tapi patah. Jadi malas nak ganti baru. Yang saya gunakan ni pernah tukar lens sekali je, itu pun 5 tahun lepas.

Pada saya, kalau tak pakai spek ni rasa lebih yakin. Serius. Kalau tak, takkan la Khairul Fahmi Che Mat sampai teruja tengok saya drive F1 simulator hari tu.. heheh. Kalau ada event besar, memang saya tak pakai cermin mata. Rasa macam confidence level tu meningkat sikit.

Jadi macam mana sekarang? Mana lagi sesuai, pakai spek atau tak?


Posted

in

by

Comments

44 responses to “Nak Pakai Spek Ke Tak?”

  1. Tho Ha Avatar

    Bergantung kepada tahap kerajinan sbb pakai contact lense ni kena rajin cuci. Mungkin ada jenis contact lense yg boleh pakai sampai seminggu tapi tak pasti sbb mata perlukan oksigen.

    Bekas rakan sepejabat sy tercuci contact lense dengan krim rambut pastu pakai terus tak nampak apa. Buta lah dia beberapa hari. Selepas berjumpa doktor pakar mata, nasib baik boleh melihat semula.

  2. yakuza Avatar

    mmg dengki tgk org x pakai spek..x selesa kalu x pakai spek..nmpak blur je..

  3. lAl Avatar

    Rasanya pengamalan makan terung boleh membaiki kualiti penglihatan… But then xleh ka push diri utk xpakai spec?? :P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      mana boleh sebab mata dah memang rosak

  4. titan Avatar

    pakai je spek. nampak skema sikit.

  5. dreamygirl Avatar

    aik..kalo xpakai spect lebih yakin??kenapa mcmtu..huhu..depends kat orang kot.ade yang selesa pakai spect,ade yang xsuke guna spect,suke contact lens..ad yang sanggup merabunkan diri sebab xmahu pakai spect..ikut keselesaan masing2..tapi nak buat lasik tu xmahalke..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kena keluar duit sikit la untuk lasik.

      pasal keyakinan tu tengok orang. tapi mostly memang lagi confident kalau tak pakai spek. samalah macam orang yang tiba2 rabun, mesti segan nak pakai spek

  6. fasz Avatar

    untungla kalau ada rezeki nk wat laser tu. sy rasa sy stay pakai spek je kot. walaupon tk selese kadang2.lg satu, kalau pakai spek ni, tkleh nak pakai spek itam melainkan beli kanta spek mata yg leh pakai 2 kanta tu…hehehehehehe

    nk bergaya pon takleh…kalau pakai contact lense mata sy nampak lebam kat bawah.huhu.lain la make up cantik2 …so better pakai spek je…kalau sy tak pakai spek , org tk kenal :(

  7. Zarul Umbrella Avatar

    aku waktu kerja tak pakai spek..out of uniform..pakai spek

  8. Anarm Avatar

    aku pernah jugak fikir nak laser mata.. takyah pakai spek dah.. bila fikir2 balik, takut plak nak bagi mata ni kena laser.. so aku decide pakai spek jela.. kalau tak pakai spek, konfiden level memang meningkat skit.. tak dinafikan.. tapi nak buat camne mata dah rosak.. camni la kalau dah kuat sgt study ngadap buku sampai rosak mata.. kih3..

  9. Azyyati Elias Avatar

    Kalau pakai spec nampak macam matured la tapi kalau tak pakai spec nampak muda sikit. :) So dua-dua nampak okay je.

  10. nizam84 Avatar
    nizam84

    Rawatan lazer mahal ke?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Dalam 5-6 ribu macam tu

      1. fasz Avatar

        wat duit kawin tu lepas gak tuk makan2 tu…huhu~org kayo leh la mcm ariff shah ni

  11. Naziman Avatar

    Pakai spek baru macho..hehe

  12. Sya Isya Avatar

    Sya pakai spek je, tak pernah pakai contact lense, memang lah rimas, tapi no choice sebab Sya takleh pakai contact lense.

    1. fasz Avatar

      knp sha xleh pakai spek ek?tkt infection ek?

  13. Megat Azfar Avatar
    Megat Azfar

    Pakai spek sejak darjah enam. Sekarang power dah naik 450+ Aku taktau la ape masalahnye. Setiap tahun gak la gi tukar lens. Nak pakai contact lens ada ke power exceed sampai 400+? Lagi 5 tahun mahu 1000+ kot power spek aku ni ==’

    Bapak kawan aku, dapat rawatan laser free, kerajaan tanggung katanya. Sebab bapak dia kerja bwah kerajaan. So, kerja la dgn kerajaan, apply buat laser

    1. fasz Avatar

      sy power dekat 600(belah kanan) kiri dlm 700 kot….contact lense ada tp kene tempah khas….harga contact lense yg ditempah khas ni dlm rm 200 cmtu la……so mcm tak bebaloi.sy pernah beli skali…pakai sekali dua je pastu tak pakai . rasa rugi sgt2………..baik beli spek 3 biji.hehe

  14. nev Avatar
    nev

    sile pakai spek ketika diatas jalan raya

  15. LynnAiza Avatar
    LynnAiza

    no speck! nmpk confident sikit.
    tapiii org kata laki nmpk lebih smart and cool with speck.haaa.cane tu?haha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ye ke?? siapa kata? :P

    2. fasz Avatar

      setuju! laki nampak smart pakai spek….tp tgk gak org la…ada yg nampak muka skema la….hehe tp kalau laki pakai spek itam…mmg perghhhhhhhhhhhhhhh smart cair dibuatnye

  16. MK Kimi Avatar

    antara spek dan contact lense, better spek coz contact lense bhy bro. senang kena germs and directly kena mata. bila dah kena tu, buat lasik pon xda guna bro.

    btw, lasik mahal bro, rm9000+ sekali buat. Sakit tu mmg tak lah. Tapi kalau duit byk, no hal :) Check profile Prof Madya Dr Muhaya, pakar opto kat Malaysia

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks for the recommendation. Yeah. Lasik memang kena keluar modal sikit. But it’s worth it.

      1. MK Kimi Avatar

        Lasik ada promosi utk yg berumur 38 ke bwh..dlm RM6000++ ;)

  17. shatilla Avatar
    shatilla

    ada duit buat lasik je..even dah tua pun boleh buat lasik.pernah dgr Prof Dr Muhaya(pakar mata)? dia selalu bg talk( dalam ikim,islam itu indah).and kadang2 dgr jugak dia ckp pasal lasik n ceritakan pnglmn dia..asalkan takda darah tinggi and kencing manis boleh buat treatment tu(regardless age)..b4 operation, 1 week jgn pki lens. after operate lepas 4 hours boleh drive.operation 15mins shj(depends kepakaran dr tu). prof dr muhaya ni dr pakar mata dkt prince court. kos dia 6k-7k xsilap. tempat lain tak tau.good luck! =)

  18. genius_f Avatar
    genius_f

    saya sebagai bakal optometrist (inshaAllah) menyarankan saudara agar pegila tukar lens yang baru. nanti mata rosak lebih teruk.. sepatutnya saudara check mata at least setahun sekali. tukar lens paling2 kurang pun 2 tahun sekali. itu pandangan saya jela. apa2 pun take good care of ur eyes. ;)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      serius?? haha.. tak pernah tau pulak boleh jadi rosak lagi teruk. Tapi rasanya macam tak berubah sejak dari dulu.

      Takpe2. Nanti saya check. Thanks for the advice. Tak sangka ada bakal optometrist yang baca blog ni.

      1. genius_f Avatar
        genius_f

        optometrist pun suka merewang2 dekat blog2 orang jugak. :P
        ia benar. kita kan makin tua, jadi mata pun semakin lah tua. as we grow older, our eyes will elongate more. jadi itu lah salah satu sebab kita rabun jauh. kalau dah umur 40+ tu mata tak boleh nak accommodate (fokus) dah, jadi rabun dekat pulak.
        in your case, mungkin special case sikit kot.. haha.
        p.s. lasik is an option too. hv pros and cons jugak. plus tak semestinya mata baik terus after lasik. in some cases, ada jugak yg kena pakai spek after surgery sbb tak accurate masa lasik tu.

        do check ur eyes dgn optometrist, sbb dia boleh jgk detect some diseases like glaucoma and etc before it’s too late. :)
        maaf, komen berjela2

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          it’s okay. takde limit pun nak komen. enjoy reading your thoughts and advice =)

  19. beliamuda Avatar

    Kos rawatan laser tu macam mana? Risiko dan keberkesanan rawatan laser tu berbaloi ke dengan keputusan untuk tidak memakai spek?

  20. KiD Avatar

    pakai spek laaa bro…. heheehe

  21. atiqah Avatar
    atiqah

    salam ariff..sy smpai skrg still pkai spek yg lama, dh 5 tahun jgak x tkar..lg pown klu nk tkar power x brape nk naik sgt.so kekalkn yg sediada jelah.

    oh ye..agaknya waktu khairul fahmi jumpa ariff tempoh hari dia igt alex yoong eh.ada iras nie..hehe

  22. A.D. Avatar

    Pakai spec pon ok je tp ikut keadaan. Pakai lens selesa & mmg konfidence naik tp leceh skit. Tp kalo mampu, lasik la pilihan terbaik. :) Nak senang spek or lens jew..huhu

  23. kimmie Avatar

    akak dah lama pakai spek, kalau tak pakai rasa semacam je, mcm ada something tak kena. Sampai skrg masih lagi tak berminat nak pakai contact lens.

  24. Azman Avatar

    Pakai spek nampak like pro…kalau pakai nampak macho lak bro hehehe..

    -optional-

  25. namee roslan Avatar

    rasanya semua orang yang rabun memang tak suka pakai speck. namee pun sebenarnya pakai speck…bila terdesak je pakai. kalau rasa dah taknak hidup dengan speck..laser lah. :)

  26. ieda Avatar
    ieda

    kalau ade duit, better buat Lasik kut…pakai spek mmg rimas kn?? huhuhu…mak oi lamanya xtukar spek/lens, power xde naik yek?? btw, kos nk wat Lasik tu agak2 brape yek?? nnt share2 la kt blog yer…=D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Teori saya mudah je. Kalau power spek naik sikit, jangan tukar baru. Lama-lama nanti dia akan kekal kat situ je. Duit pun save.

      Ok. Kalau buat nanti saya share detailnya.

  27. Fariz Avatar

    Betul. Apabila tidak pakai spek ketika berada di event-event, rasa lebih berkeyakinan. Mungkin boleh buat rawatan laser untuk kebaikan diri sendiri.

    Biasanya berapa kos rawatan laser ya?

  28. Avo Avatar
    Avo

    Kalau mampu buat la rawatan laser :)

  29. akubiomed Avatar

    Rawatan Lasik bukanlah sikit duit bro. Ikut saya pun rimas mengunakan cermin mata tetapi dah rabun terpaksa pakai jugalah. :-)

  30. Adam Avatar

    LASiK ! Woooo. Mahal gila