My Friend Has An Airbus A330

Hari ni bukan seperti hari-hari biasa sebagai seorang blogger. Hari ni aku cover satu event yang lain daripada yang lain dan tak rasa ada blogger lain boleh dapat peluang untuk cover peristiwa macam ni. Haha.. best2.

Siang tadi pergi ke Low Cost Career Terminal (LCCT) untuk melawat kapal terbang kawan aku. ha.. don’t play-play. Bukan senang nak jumpa orang ada kapal terbang dengan nama sendiri nih. Tapi sebenarnya takdelah dia punya, cuma nama dia diabadikan kat atas kapal terbang tu la. Hebat kan? Boleh letak nama dia atas kapal terbang harga ratusan juta ringgit. Now that’s what I call one hard rock solid branding.

Ceritanya bermula masa aku masih dengan blog English aku. Tony Fernandes pergi France melawat Airbus punya kilang. Tujuan dia nak beli kapal terbang. Dia tweet la cakap “Thinking of buying airplanes,” lebih kurang camtu ah. Then aku reply dia cakap “Beli beli beli.” Dia reply balik dalam melawak: kalo aku boleh kasi duit nak pinjam boleh la beli. Beberapa hari lepas tu, keluar berita pasal AirAsia seal deal ngan Airbus untuk membeli sejumlah kapal terbang A330 dan A320 yang baru untuk fleet AirAsia X. Masa tu AirAsia X baru je launch. Jadi boleh kata aku indirectly involve la dalam AirAsia X ni :P

Lepas tu keluarlah dalam blog diorang satu competition. Siapa yang dapat cadangkan nama yang cun untuk kapal terbang yang baru tu, dapatlah nama diorang diabadikan pada kapal terbang tu. Aku buatlah entri cakap pasal contest tu dalam blog English aku. Aku submit sekali beberapa nama yang aku rasa best. Ramai gak kawan aku yang masuk time tu. Then tahun ni, ada lagi beberapa kapal terbang baru sampai dan nama yang disuggest oleh kawan aku (Northern Xposure) tu terpilih. Cun kan nama Northen Xposure? X dalam Xposure tu sebagai trademark AirAsia X.

Jadi tadi pergila aku ke LCCT. Dah la lambat. Kawan aku dari Melaka tu pun sampai lagi awal. Nak buat camne kan, dekat raya ni nak tahan cab pun dah susah. Hampeh. Nasib baik boleh delay. Sampai-sampai terus rushing amik pass untuk airport clearance dan pergi terus ke kapal terbang tu. Unfortunately CEO AirAsia X, Encik Azran tu takde pulak hari ni. Sepatutnya dia ada sekali entertain kitorang. Jadi diorang hantar Head of Engineering untuk accompany kitorang tengok kapal terbang tu. Cun sangatlah sebab aku pun memerlukan contact-contact macam ni untuk career aku nanti.

Kapal terbang Airbus A330 tu terbang ke mana-mana sahaja lokasi AirAsia X. Sebelum ni dah pusing satu Australia, destinasi terakhir adalah Melbourne. Masa aku sampai tadi, Northern Xposure tu tengah siap untuk berlepas ke Tehran.

Di samping itu, kawan aku dapat tiket ekonomi pergi balik percuma untuk seorang ke mana-mana destinasi AirAsia X. heh.. Aku dah try kecek-kecek pegawai AirAsia X tu tadi tak dapat gak. Elok-elok pulak lepas raya ni AirAsia X nak launch route diorang ke Jepun. Jadi tertunailah hasrat Izyana untuk ke Jepun hujung tahun ni. Dia memang minat sangat pasal Jepun, kawan Jepun pun dah ramai sebab dia banyak handle program kalau ada budak Jepun datang USM.

Jadi begitulah kisahnya. Dah banyak kali delay untuk program ni. Kapal terbang free, aku tak free, atau Izyana yang tak cuti, bila dua-dua free, kapal terbang pulak terbang entah ke mana. haha~ At the end, memang berbaloi gak lah menunggu. Benda macam ni, seumur hidup je dapat. Tahniah diucapkan kepada Izyana. Yeah, aku memang jelous. Kalaulah nama Ariff Shah ada atas tu.. confirm aku panggil Kosmo datang. haha!

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

35 Comments