Bila Musim Sejuk Tiba, Masuklah Ke Dalam Kepompong

Live dari dalam kepompong

Semalam dah turun salji sikit buat kesekian kalinya di Moscow ni. Sikit je jadi hari ni bila suhu naik balik, salji semalam dah cair. Macam tu la keadaan kat Moscow ni. Dan disebabkan sejuk, sejak dua tiga hari ni memang aku bangun lambat je. Semalam bangun lambat, ponteng kelas (ditambah dengan fatal error yang berlaku kat blog aku mengukuhkan alasan untuk ponteng kelas). Hari ni pun sama. Kalau ikutkan rutin mingguan, memang hari Sabtu ni hari aku melepak kat IKEA, tapi rasa macam malas pun ada. Tengoklah nanti kalau lepas update blog ni aku rajin sikit nak keluar.

Apa aku buat tak pergi class? Duduk atas katil bawah selimut menghadap Macbook je. Serius. Boleh duduk atas katil sehari suntuk macam ni, lepas tu sambung keesokan harinya. Dah jadi semacam trend pun ada sebab kawan-kawan aku pun ada yang jenis suka duduk berkepompongan macam ni masa winter. Istilah ni pun diorang yang buat. Kalau dah berkepompongan tu, bangun pun untuk amik makanan je dan kadang-kadang makanan pun makan atas katil gak, tak makan kat meja. Punyalah malas.. ish. Aku ni takdelah bagus sangat, kadang kalau datang zaman malas tu, memang malas tahap dewa punyalah.

Tapi kan dalam berkepompongan macam ni, mandi tetap mandi gak. Aku tak boleh tak mandi ni, macam ada sesuatu tak kena dalam hidup kalau tak mandi. Lagi satu sebab nak panaskan badan, mandi air panas time sejuk ni memang terbaik. Yang tak best kalau tiba-tiba air panas takde. huh. Menyumpah satu hari. Air sejuk macam ais.

Apa-apa pun musim sejuk yang paling buruk akan tiba tahun ni. Tak tau macam mana nanti. Tunggu dan lihat jelah.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

30 Comments