Oh! Musim Bunga

Hari ni aku rasa hari mood aku paling baik pergi kelas sepanjang tahun ni. Adakah disebabkan faktor cuaca yang tak panas sangat dan berangin? Entahlah.. Hari ni aman, tenang. Duduk Moscow ni susah nak dapat mood macam ni sebab cuaca kat sini tak menentu dan kalau sejuk melampau semua orang takde mood.

Muka masing-masing stok nak makan orang punya. Jadi bila hampir semua orang kat Moscow macam tu, wujud fenomena yang dipanggil ‘crowd influence’ di mana kita akan terikut dengan dengan mood keadaan persekitaran. Fenomena ni juga ada kaitan dengan ‘herd mentality’ yang pernah diutarakan oleh Tun Mahathir dulu. Ya, manusia memang dipengaruhi oleh persekitaran, termasuk orang disekelilingnya.

Disebabkan mood yang baik ni, time lab tadi pun aku boleh faham dengan lebih baik tentang apa yang aku belajar, lecturer tanya soalan pun boleh selamba jawab walaupun kawan Vietnam tak dapat jawab soalan tu. I like this positive energy.

Isnin ni pergi tangkap tangkap gambar kat Botanical Gardens katanya.. hmm…

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments