MRTA – Nak ambil ke tak?

Dapat panggilan daripada pihak bank siang tadi. Ini adalah sedikit sebanyak perbualan saya dengan pegawai bank tersebut:

Cik F: En. Ariff nak masukkan sekali tak MRTA dalam loan ni?
– Berapa kos untuk MRTA tu ye?

 Cik F: MRTA ni murah je. Untuk En. Ariff sebab muda lagi boleh dapat dalam RM1k+ Saya boleh masukkan dalam loan encik sekali kalau nak. Jadi nanti tak payahlah bayar apa-apa. 
– I see. In that case, I’ll think about it first lah. Tomorrow kita jumpa saya bagitau macam mana.

Jadi langkah seterusnya adalah menghubungi mentor untuk mendapatkan pendapat tentang hal ini. Part awek bank yang belum kawin tu tak dimention. Karang tak pasal-pasal dia mintak nombor awek tadi.

Daripada penjelasan AE, ini point-point yang penting tentang MRTA:

  1. Untuk golongan muda remaja macam saya, premium untuk MRTA ni rendah. Jadi digalakkanlah untuk ambil.
  2. Kepada yang tak tahu, basically MRTA ni akan mensetelkan hutang pinjaman perumahan sekiranya saya tak panjang umur. Jadi waris nanti dapatlah rumah free. Ini basic explanation je la, ada macam-macam lagi syarat dia.
  3. Kalau tak ambil pun takpe, tapi sebab kita tak tau bila kita akan ‘pergi’, digalakkan untuk ambil.

Sampai rumah dapatlah buat research sikit-sikit. Ada produk lain yang sama fungsi seperti MRTA, tapi lebih menguntungkan iaitu MLTA/MLTT. Also boleh baca apa yang AE dah tulis pasal MRTA ni.

Personally, saya rasa untuk investment (terutamanya hartanah yang digunakan untuk rental yield), tak perlu sebab biasanya property macam ni akan ‘dibayar’ oleh penyewa. Jadi regardless pemilik hartanah tu hidup lagi atau tidak, selagi ianya dapat disewakan maka persoalan samada boleh bayar installment property tersebut ataupun tidak tak akan menjadi wujud.

P/s: Sebarang permintaan nombor telefon Cik F tidak akan dilayan.

18 Comments