MRT vs Grab – Mana Lagi Murah?

Reading Time: 2 minutes

Dengan adanya MRT sekarang, bertambahlah pilihan pengangkutan yang ada di sekitar KL. Dengan pilihan yang ada sekarang, persoalannya mana lebih murah, jimat dan berbaloi kalau nak travel dekat-dekat di dalam kawasan bandar?

Lunch hour tadi saya dan wife sempat try kedua-dua jenis pengangkutan yang ada di KL ni untuk route yang lebih kurang sama. Mula dengan travel naik Grab dari Plaza TTDI ke One Utama waktu lunch hour.

Biasanya tak berani pergi mall waktu lunch hour sebab sesak, tapi sebab sekarang cuti sekolah, kereta tak banyak atas jalan so tak sesak. Nak drive pergi ofis pun relax sekarang kan?

Jadi perjalanan tadi pun tak lama sangat. Kos perjalanan dengan Grab adalah RM6.

Lepas lunch, kami try naik MRT, alang-alang bas MRT memang stop kat One Utama New Wing. Tunggu dalam 10 minit untuk bas sampai. Baru saya tau kad Touch n Go tak diterima dalam bas, hanya kad khas daripada Rapid. So bayar tambang RM1 seorang untuk ke stesen MRT.


Dari MRT Mutiara Damansara ke TTDI RM1.90 seorang. Total keseluruhan perjanan pulang adalah RM3.80 + RM2 (bas) = RM5.80. Lebih kurang je macam naik Grab.

In this case, better naik Grab sebab Grab boleh drop off lagi dekat. Kalau naik MRT, memang banyak jalan. Another thing, kalau naik Grab, memang cost per person lebih rendah sebab bayaran ikut trip dan ikut kapasiti kenderaan. Naik 3 orang pun sama je. Untuk short distance dalam bandar, MRT is not the best option.

Nak bergerak dalam bandar sekarang memang lagi senang dengan adanya ride-sharing services ni. Saya cuma tak faham kenapa masih ramai yang tak gunakan perkhidmatan ni lagi. Kepada yang tak pernah guna, nah ambil RM10 for your first ride.

 


Posted

in

by

Comments

14 responses to “MRT vs Grab – Mana Lagi Murah?”

  1. Aziana Avatar

    Belum pernah naik grab lagi setakat ini. naik MRT pun time free je aritu sebab biasa pergi lokasi yang tidak berhampira dengan MRT.

  2. wansyahida Avatar

    wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!

  3. Noriza Abdul Rahman Avatar

    Memang agak jimat kalau naik Grab di bandar, lagipun jimat masa nak jalan kaki ke sana sini. Kalau naik MRT kompom kena jalan kaki juga even 5 minit pun

  4. raihanah ahmad Avatar

    saya pun biasa naik grab je skearang especially kalau tempat nak tuju tu sukar parking atau mahal

  5. Haidar Avatar

    Saya pilih MRT lebih sesuai dengan lokasi pejabat saya setiap hari…

  6. Vanessa Ricky Avatar

    Interesting. I shall try this masa menetap sana nanti. Hehheee..

  7. Suriya Majid Avatar

    dah lupa nak guna public transportation ni sejak pindah ke johor. nanti jalan di kl bolehlah cuba.

  8. wansyahida Avatar

    belum berpeluang untuk naik, insyallah ada rezeki nnt.

  9. Detik Instax Avatar

    salam perkenalan. Masih belum sempat cuba MRT lagi tapi selalu guna uber. Kalau ada promosi Grab dan Uber lagi jimat berbanding naik pengangkutan awam.

  10. siti hazreen Avatar

    saya belum mencuba kedua-duanya, in syaa allah suatu hari nanti

  11. mazniazmi Avatar

    Nanti lepas orang ramai, naiklah wahai tambang MRT sesuka hati
    .
    Hehe
    .
    Tak patut tak patut

  12. JMRJMR Avatar

    patutlah nampak mcm bang Ariff sedang makan di Sushi Zanmai 1U semalam..hehe

  13. akubiomed Avatar

    Baru sekali naik Grab Car baru-baru ini. Jimat. MRT pula masa free ride kerana stesen MRT tidak berdekatan dengan tempat tinggal. Setakat ini berpuas hati menaiki motorsikal selama 20 tahun dan sekali sekala naik kereta jika perlu.