MRT vs Grab – Mana Lagi Murah?

Dengan adanya MRT sekarang, bertambahlah pilihan pengangkutan yang ada di sekitar KL. Dengan pilihan yang ada sekarang, persoalannya mana lebih murah, jimat dan berbaloi kalau nak travel dekat-dekat di dalam kawasan bandar?

Lunch hour tadi saya dan wife sempat try kedua-dua jenis pengangkutan yang ada di KL ni untuk route yang lebih kurang sama. Mula dengan travel naik Grab dari Plaza TTDI ke One Utama waktu lunch hour.

Biasanya tak berani pergi mall waktu lunch hour sebab sesak, tapi sebab sekarang cuti sekolah, kereta tak banyak atas jalan so tak sesak. Nak drive pergi ofis pun relax sekarang kan?

Jadi perjalanan tadi pun tak lama sangat. Kos perjalanan dengan Grab adalah RM6.

Lepas lunch, kami try naik MRT, alang-alang bas MRT memang stop kat One Utama New Wing. Tunggu dalam 10 minit untuk bas sampai. Baru saya tau kad Touch n Go tak diterima dalam bas, hanya kad khas daripada Rapid. So bayar tambang RM1 seorang untuk ke stesen MRT.


Dari MRT Mutiara Damansara ke TTDI RM1.90 seorang. Total keseluruhan perjanan pulang adalah RM3.80 + RM2 (bas) = RM5.80. Lebih kurang je macam naik Grab.

In this case, better naik Grab sebab Grab boleh drop off lagi dekat. Kalau naik MRT, memang banyak jalan. Another thing, kalau naik Grab, memang cost per person lebih rendah sebab bayaran ikut trip dan ikut kapasiti kenderaan. Naik 3 orang pun sama je. Untuk short distance dalam bandar, MRT is not the best option.

Nak bergerak dalam bandar sekarang memang lagi senang dengan adanya ride-sharing services ni. Saya cuma tak faham kenapa masih ramai yang tak gunakan perkhidmatan ni lagi. Kepada yang tak pernah guna, nah ambil RM10 for your first ride.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments

Leave a Reply