MRT Sungai Buloh Kajang Line

Semalam saje-saje test MRT sempena pembukaan rasmi Sungai Buloh Kajang Line Isnin lepas. Ofis saya sebelah MRT je, harap tak lama lagi TTDI Plaza ni lebih meriah.

Destinasi yang dituju adalah Pavillion yang terletak di stesen Bukit Bintang. Nama stesen sebenarnya dah rasmi jadi Pavillion Bukit Bintang tapi dalam sistem tiket MRT dan skrin maklumat dalam tren, belum update lagi.

Dari MRT TTDI ke stesen Pavillion ni tambangnya RM3.50. Pergi balik RM7. Sekarang ada diskaun 50% untuk semua laluan rel dalam KL sehingga 31 Ogos nanti. Kalau drive pun, parking sejam kat Pavillion RM6 sekali masuk. Dengan traffic jam lagi, saya rasa lebih berbaloi kalau ambil MRT kalau nak pergi Pavillion.

Kekerapan tren masih lagi agak rendah. Kat Moscow dulu tren akan sampai setiap dua minit tepat untuk laluan utama bandar tu. Harap suatu hari nanti KL pun boleh capai tahap yang sama.

Naurah kena tinggal kat sekolah

Bayangkan kalau kekerapan macam tu, maksudnya kepadatan penduduk semakin meningkat dan bila kepadatan penduduk meningkat, permintaan rumah pun naik. Seterusnya menaikkan lagi kadar sewa dan harga rumah. Itu sebabnya kalau nak invest, kena cari hartanah di lokasi strategik yang mendapat akses secara langsung dan tidak langsung daripada prasaranan baru ni semua.

Satu yang saya suka sangat pasal MRT ni ialah kemudahan yang ada di setiap stesen. Hampir setiap stesen atau mungkin semua stesen dilengkapi tandas awam dan surau. Harap kemudahan ni semua dijaga dengan baik. So far saya nampak ada sekurang-kurangnya seorang tukang bersih di setiap platform.

Station Merdeka

Station Merdeka. Reminds me of Moscow Metro. Semua station decorated.

Station TRX

Station Muzium Negara. INB4. Design ada unsur-unsur iluminati.

Perjalanan ke Pavillion ambil masa kurang daripada sejam. Lebih kurang je berbanding drive sendiri. Sepanjang perjalanan underground, ada line telefon (saya guna Maxis). Jalan keluar stesen Pavillion terletak di Lot 10, betul-betul depan Zara. Kemundian jalan sikit sampai ke Fahrenheit88 dan guna laluan bawah tanah melalui Pavillion Elite sebelum sampai ke food court Pavillion.

Lepas ni kalau tak tau nak makan mana, takde masalah dah. haha.

Overall good experience. Cuma saya rasa tambangnya masih lagi mahal untuk rakyat marhaen. Mungkin lepas ni orang ramai tak perlu dah beli kereta dan boleh bergantung pada pengangkutan awam sepenuhnya. Mengarut sebenarnya kalau kerja duduk ofis 8 jam tapi naik kereta pergi balik kerja setiap hari dan gaji bulanan habis 20-30% pada kereta sahaja.

Dah try MRT? What do you think? Boleh check out gambar awesome station MRT lain kat page ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.