Mood Republik

Went to Mood Republik PWTC yesterday. Some notes about the whole event:

  1. Kena tahu layout dan traffic management at location masa nak pilih booth. Some booth location memang tak bagus langsung sebab tersorok, laluan sempit dan ada laluan alternatif. Booth yang terbaik adalah booth yang dapat 100% trafik daripada pengunjung.
  2. Mostly yang datang cari bargain deal. Jadi kalau produk jenis low margin dan susah nak diskaun, lupakan Mood Republik sebagai medan untuk cari sales. Untuk branding mungkin boleh, tapi tu kena tengok aspek lain seperti kos dan branding activity macam mana yang dilakukan.
  3. Barang yang nak dijual di Mood Republik ni mesti murah, kurang daripada RM150. Lebih daripada tu memang susah nak dapat sales kecuali kalau jenama tu memang dah ada strong follower.
  4. Suasana dari entrance sampai exit memang huru-hara dan bising, dengan lagu tema dimainkan non-stop on high volume. Then dengan sales person terpekik terlolong di setiap booth untuk dapatkan sales, memang very exhausting. Jalan-jalan dalam tu sejam je, bila keluar rasa penat sangat. Saya tak taulah macam mana orang lain boleh tahan duduk dalam tu lama-lama, not to mention yang bekerja dalam tu sekali.
  5. Tempat terbaik untuk dapatkan list. Buatlah apa sahaja, asalkan boleh dapat nama, contact number & email. Sinilah tempat terbaik untuk approach public dan dapatkan maklumat tu semua. Macam mana? Yang tu terpulang pada kreativiti masing-masing lah kan.
  6. Bagi brand besar yang sales lebih daripada RM100k sebulan, Mood Republik ni sekadar tempat untuk dapat more exposure and establish presence je.
  7. Bagi brand kecil / baru nak up, agak struggle kalau product offering tak cukup hebat nak menang hati pembeli. Very stiff competition. Saya harap takde yang rugi.
  8. Last but not least, sakit mata tengok muka bapok pakai lipstick kat poster dalam dewan. What the hell..

 

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply