Hari ni kita bercakap pasal bisnes pula sikit2.
Baru-baru ni, syarikat MOL Global Sdn. Bhd. (Malaysia) telah membeli Friendster Inc. Mungkin ramai yang dah tinggalkan Friendster (termasuk aku) tapi mereka masih percaya yang Friendster ni masih ada potensi dan boleh bertahan di Asia. Walaupun MOL tidak mengumumkan kos sebenar pembelian Friendster itu, Reuters menganggarkan harga Friendster boleh mencecah 100 juta USD.
Aku tak tau la sama ada langkah ni bijak atau tak, tapi diharapkan MOL dapat mengeluarkan iklan-iklan yang buruk dan tak berkaitan dalam Friendster tu nanti.
Agak-agak nanti diorang nak tukar nama ke kengkawan.com ke? Haha..
—
Sementara tu, Petronas baru je menang kontrak daripada kerajaan Iraq untuk menjalankan operasi carigali di sana. Lot yang terletak di Selatan Iraq tu merupakan antara lot carigali yang terbesar di dunia yang masih belum pernah digunakan. Dianggarkan sebanyak 1.8 juta tong minyak boleh dikeluarkan di sana.
Tak taulah macam mana dengan pekerja-pekerja Malaysia yang akan bekerja di sana nanti. Nasib baik juga aku tak terlibat dalam bidang engineering yang macam ni. Kalau kena kerja sana mesti tak best walaupun gaji confirm besar punya. Keselamatan pun belum tentu terjamin tinggal kat Iraq tu.
facebook macam tak minat lagi setakat nie nak join. Petronas kalau sanggup bayar(read=berbaloi), ramai yang sanggup kerja kat sana.
.-= Dak Wan´s last blog ..BLACK & WHITE PHOTO Contest =-.
oo. ko xde facebook lagi? Jadi betulla kot langkah mol beli friendster.
hm. bayar memang boleh je petronas tu. tu kurang-kurang pun dekat rm20k sebulan kalau betul bidang kerja and pangkat
tataw nape diorang beli Friendster tu padahal Malaysian pun dah mula pergi ke Facebook. harap2 diorang tukar balik jadi simple, sebab boleh edit html css sume tu la aku lari ke Facebook
tapi aku rasa filipina, thailand suma still guna facebook. tu sebab kot diorang boleh konfiden beli friendster.
selagi belum amn negara kat sana ad ke yg sanggup pergi??
tu la. susah sikirt camtu. harap2 warga malaysia yang kena kerja sana selamat
Petronas Jugak menang kontrak cari gali di Australia. Berita tahun lepas. =)
emm dah lame delete fs tue..btw harap2 petronas tak lupe tanggungjwbnya pd rakyat malaysia ekceli royalti..!
.-= si budak aboi´s last blog ..Bila Aku Sudah Tiada =-.
hm. royalti tu government policy. petronas xde kaitan apa-apa pun.
betul ke MOL beli sepenuhnya FS. kalau carigali minyak kat iraq bahaya tu.. hehe..
.-= Mr J´s last blog ..20 sebab Mengapa kita selalu tension dan stress ? =-.
eh. betulla. jangan fikir company malaysia xhebat.