Modern Man

Reading Time: < 1 minute

modern manEmail masuk tatkala berkursus siang tadi. Bila buka je email tu, dalam hati rasa macam nak melompat sambil jerit “YES!” tapi tak boleh sebab Dato’ CEO ada kat belakang. Bahaya. hehehe..

Puas hati sebab cabaran kali ni bukan bergantung pada vote sahaja tetapi pada beberapa kriteria lain seperti content, entertainment factor, usaha dan kreativiti. Terpaksa keluar daripada zon selesa (menulis) dan berhadapan dengan kamera kali ni. Akhirnya membuahkan hasil.

Apa-apa pun amat terharu bila tengok bilangan vote yang sentiasa mengejar pendahulu pertama. Sangat-sangat berterima kasih kepada yang sudi menekan butang vote setiap hari.

Hadiahnya adalah pakej makeover bernilai RM5,000. Shop till you drop. Tak tau bila dapat tapi kalau dapat cash best jugak. Dapatlah kumpul untuk kegunaan masa hadapan.

Terima kasih kepada atas sokongan padu daripada pembaca dan rakan-rakan, juga kepada yang berada di belakang kamera.

P.s. Saya akan menghadiri Sepetang Bersama Blogger hujung minggu ni. Jumpa di sana.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

29 comments

  1. bagus tu…tahniah kerana tercalon… dan mudah-mudahan berjaya menggondol lagi anugerah…hehe…

    cuma sedikit pandangan ingin diminta… kenapa bila klik link dari denaihati/ banner dari denaihati, masuk ke tapak untuk mobile?

    adakah setting manualnya begitu atau sebaliknya? kerana bila di klik link full version, keluar link “nomobile”…

    semoga terjawab kekeliruan… :-)

  2. owh, saya pula tidak dapat menghadirkan diri ke SBB2013. Dapat notifikasi dari rakan saya di Amanz, tapi dek kekangan tertentu, terpaksa lupakan dulu niat nak jumpa rakan-rakan di sana.

Comments are closed.