Modal Banyak, Saham Mana Yang Patut Dibeli?

Sejak menulis tentang pelaburan saham, saya mendapat banyak permintaan daripada mereka yang ingin belajar dengan lebih lanjut. Ya, saya ingin mengajar kerana saya tahu bidang ini memang lumayan kalau kita tahu menggunakannya dengan betul. Tapi saya sendiri seorang pelajar dan pengalaman dalam Bursa Malaysia belum pun sampai setahun, jadi agak susah sebenarnya untuk saya bercakap dalam kapasiti seorang pengajar. Semua yang saya tuliskan sebelum ini hanyalah perkongsian pengalaman yang sedikit ini dan sebagai catatan prestasi peribadi saya.

Kali ini saya ajar satu perkara je, tempoh pelaburan atau timeframe. Apa kaitan timeframe dalam pelaburan saham?

Hipotesis mudah, semakin panjang tempoh masa pelaburan kita, semakin kurang risiko yang dihadapi (bergantung pada keadaan semasa dan syarikat yang dilaburkan).

Simbol loceng tu adalah waktu dividen diberikan

Contoh untuk membuktikan hipotesis ini, saham Petronas Gas. Pada tahun 2010, didagangkan pada lingkungan harga RM8-RM9. Hari ini (selepas dua tahun), harga saham Petronas Gas (PETGAS) hampir mencecah harga RM18. Kadar kenaikan tahunan adalah 62.5% dan ini belum termasuk dividen yang diberikan.

Akan sampai satu tahap nanti bila hasil dividen menyamai modal yang telah dikeluarkan dahulu dan kita boleh biarkan sahaja duit di dalam saham tersebut, makan dividen je tiap-tiap tahun.

Strategi Pelaburan Jangkamasa Panjang

Anda mempunyai sejumlah wang. Katakan wang ini adalah dana pendidikan peringkat tinggi anak-anak. Anak pun baru bersekolah rendah. Jadi ada sekurang-kurangnya 10 tahun untuk melaburkan saham tersebut.

Bila sampai masanya, bergantung kepada prestasi syarikat yang dilaburkan, insya allah pulangannya lebih banyak berbanding kalau anda letakkan duit tersebut dalam ASB ataupun unit trust. ASB dan unit trust ni kena gajikan pekerja mereka, sebab tu apa yang mereka berikan adalah terhad walaupun apa yang mereka lakukan dengan wang anda adalah sama (melaburkannya dalam saham).

Biasanya untuk pelaburan jangkamasa panjang, anda perlu tahu samada dalam jangkamasa panjang syarikat tersebut akan wujud lagi ke tak? Adakah mereka akan masih menjana keuntungan? Kena buat research sikit-sikit.

Orang yang pandai cari ilmu lebih sikit dan buat sendiri untuk buat mendapatkan keuntungan yang lebih banyak.

*****

Apa-apa pun entri ini hanyalah sekadar contoh, tiada ajakan/galakan/suruhan untuk membeli saham yang dinyatakan. Saya hanya memberikan idea, keputusan masih terletak di dalam tangan anda. Segala kerugian adalah tanggungjawab sendiri dan kalau untung tu nak open table, memang dialu-alukan.

 

Comments

  1. Akak Tulip says

    Tq ariff. Tgu ihh 4/7 ni. Maybe lepas tu,make a move.kdg2 kita kena cuba dan cr pengalaman.pengalaman ni x dtg dgn sendiri kan?

  2. Akak Tulip says

    Ariff boleh buat seminar saham lg 2 @ 3 tahun. Setelah menimbang tara,membaling dadu, membaca beberapa blog, berkedai kopi dgn beberapa kaki saham, akak dah jumpa jwpn la jg. ->main IPO je dulu. Yg dah listing,jgn tgk2 lg. Dh phm ilmu IPO,br gali ilmu yg dah listing.hehe. Btw ariff, your words inspiring me. Tqvm

    • Ariff says

      IPO is one of the ways. Paling mudah, apply harga IPO, hari pertama penyenaraian, jual at 10% profit. Tu paling senang. As time goes you will learn more. Cuma kenalah trade sikit-sikit. Selagi tak trade, selagi tu kita takkan belajar. Dalam trading ni pengalamanlah yang memberi pengajaran paling berkesan

  3. says

    Saham tengah naik sekarang, KLCI cecah 1,600 lagi…Main saham ni kena hati-hati dan tunggu la peluang dan masa yang baik untuk masuk..

    Jangan masuk sebarang je..
    Entri terbaru ReM >> FGVH @ RM6.00?My Profile

    • Ariff says

      time muda ni la digalakkan join. Orang muda kalau rugi setakat 1000-2000 je. Dah tua nanti, kalau rugi 10k-20k. Jadi lagi baik belajar dari sekarang