MLTT Sharing @ Kelas Hartanah AE

kelas-hartanah

First time secara rasminya saya bagi talk depan pendengar yang rata-ratanya lebih dewasa daripada saya.

Mereka yang kenal Ariff Shah tau yang saya ni jenis introvert, bukan jenis yang biasa berada di depan khalayak ramai untuk bercakap. Tapi sampai bila nak jadi macam ni kan?

Salah satu sebab utama saya join bisnes takaful ni adalah untuk self-improvement. Nak selalu jumpa dan bercakap dengan orang. Tulis dalam blog ok dah, tapi untuk pergi lebih jauh kena jumpa ramai orang. Kena cakap lebih sikit.

AE

Jadi beberapa minggu lepas bila nampak kelas hartanah AE siri ke-29 akan berlangsung di Shah Alam, saya terus contact dia untuk buat sharing pasal MLTT. Disebabkan saya faham konsepnya dan saya sendiri gunakannya untuk hartanah saya, jadi why not kan?

Beberapa hari sebelumnya kelas, saya tanya AE berapa ramai awek yang join. Balasnya semua balak. So oklah. Kalau setakat balak ni tak heran sangat pun. Kalau ada salah silap, takde masalah. Tak hilang macho.

Bila sampai kat kelas pagi semalam nampak ada beberapa awek yang join. Aduss… Belum apa-apa dah kena kencing dengan AE. Nasib baik pakai smart habis macam nak pegi interview. At least kalau tergagap sekejap tu, rupa smart tu masih tak hilang. haha..

Bila sampai turn saya, the rest is history. Part yang paling best bila bagi talk depan orang ramai ni ialah masa orang tanya soalan kat kita. Saya suka sebab bila orang tanya, itu bermaksud orang tu dengar apa yang kita cuba sampaikan.

Sikit pun tak rasa menyesal bagi talk lepas kelas tu walaupun saya tahu banyak yang perlu diperbaiki. But oklah. Dah start dengan langkah pertama. Lepas ni repeat and improve je.

So, AE next kelas bila?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

8 Comments