Mitos Hantaran Puluhan Ribu

Ramai Membujang

‘Nilai anak dara’ – pandai betul editor ni bermain dengan kata-kata

Setiap tahun isu ni akan dimainkan oleh media massa. Dalam masa setahun ni dah dua kali, kali pertama masa diorang keluarkan jadual wang hantaran mengikut taraf akademik.

Kali ini ditulis besar-besar hantaran RM50,000 di muka hadapan akhbar.

Saya cakap mitos sebab ibu bapa yang betul-betul ikhlas nak kahwinkan anak mereka akan melihat kemampuan bakal menantu mereka. Tak mungkinlah mereka nak letak hantaran mahal-mahal yang budak tu tak mampu sediakan. Walaupun begitu, kadang-kadang ada kes terpencil yang berlaku sebaliknya.

Ikut logik la.. Takkan la korang percaya pulak orang yang gaji RM2-3 ribu ni nak dikenakan wang hantaran sampai berpuluh ribu. Tapi tengok reaksi orang, ramai yang percaya majoriti sekarang letak amaun hantaran luar kemampuan macam ni.

Pada saya, isu yang dimainkan oleh media massa ni sekadar nak lakukan surat khabar je. Tulis besar-besar kat front page macam tu, mesti la orang tertarik nak baca. Tahun depan ulang semula, cuma tulis gaya lain pulak. Larislah kejap surat khabar mereka masa tu.

Saya tak rasa yang majoriti masyarakat kita sekarang tak rasional dalam bab hantaran seperti yang digembar-gemburkan dalam media. Kalaupun ada, mungkin ada sebab yang tertentu, tapi itu dah cerita lain.

Ramai bujang sebab hantaran mahal? Tak jugak. Sekarang ni ramai membujang sebab belum jumpa pilihan hati, atau tak bersedia lagi, atau perangai macam budak-budak lagi. Tak pernah lagi saya dengar orang cancel kahwin sebab dengar bakal mertua quote hantaran mahal-mahal.

Kepada lelaki bujang di luar sana tu, simpan-simpanlah duit untuk kahwin sejak dari belajar lagi, bukan dah start kerja baru nak start menyimpan. At least kalau terjumpa pilihan hati masa baru kerja dan dah rasa sampai masanya nak kahwin, tak kalut sangat sebab duit dah ada.

Paling power, satu sen pun tak pinjam kat bank dan tak minta kat parents.

Kredit gambar: Ramai membujang

28 Comments

  • hafizmd

    30 August, 2013 at 11:00 am

    Tajuk suratkhabar mmg gempak =)

    Realitinya, mmg jarang dan rasanya belum pernah ambe dgr masyarakat kita yg biasa2 ni letak wang hantaran smpai rm50k. Tak logik.

    Kalau retis tu, adalah dengar, tpi biorlah depa =)

  • Aziela Adam

    19 August, 2013 at 3:28 pm

    As Salam Ariff. First of all, Congratulations. Alhamdulillah, selesai peringkat pertama yer. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Oh yer, kita ada jumpa last year dalam majlis MyChef tu.

    Secondly, harap2nya parents zaman sekarang dah semakin celik. Berpasaklah pada Islam, bukan pada Metro. Kalau ada yang baru celik separuh, anak2 boleh bantu kan…

    Semoga yang masih bujang tu, dipermudahkan urusan mendirikan Jannah.

    P/S : Akak takut juga nie. Anak den pun lelaki gak..uwaaaa…!!

  • Syuhada

    16 August, 2013 at 12:56 am

    isu ini hanya untuk melariskan akhbar saja.
    kerana ayah saya sendiri hanya meletakkan mas kahwin sahaja..tanpa wang hantaran semasa perkahwinan saya pada tahun 2006 dulu.
    majlis perkahwinan saya pun disponsor ayah dan ibu kerana mereka tidak mahu membebankan bakal menantunya. untungkan suami saya! ;)

  • orange

    15 August, 2013 at 12:55 pm

    KOSMO! & METRO = dua paper yang tak pernah ada etika kewartawanan. Tulis ikut suka. Artikel kali ni bakal menjurus masyarakat letak hantaran tinggi-tinggi. “kat kosmo cakap majoriti mintak 50k.. aku mintak 20k je pun kira baik la..”
    Rupe2nye pinjam along, yang pompuan tu pulak pandai bersolek aje. Bagus!

  • Kujie

    15 August, 2013 at 7:51 am

    Ariff,

    Kak Jie ni dah umur 40+ dan majoriti hantaran yang kak jie jumpa dalam lingkungan masyarakat tak pernah lebih dari rm 15K

    Selalu sangat nampak isu ini dimainkan, benda baik kenapa harus highlight perkara yang negatif.

  • Anarm

    15 August, 2013 at 12:38 am

    dulu belanja kahwin aku pun tak buat apa2 pinjaman.. dengan parent pun aku tak minta duit.. semua duit sendiri.. Kira power jugak la aku ni ek? hehe..

    belanja kahwin aku masa tahun 2012 lebih kurang RM10K je kot.. dah lupa.. majlis pun buat ala kadar.. tak gempak..

    orang kita ni terikut sangat budaya perkahwinan zaman sekarang.. pelamin nak kena cun-cun, padahal duduk bersila atas toto pun boleh je.. hias sikit toto tu dengan bunga2 bg cantik, cukup laa.. pastu baju sampai 3 pasang main salin2 dlm sehari tu.. upah amik gambar lagi.. dan lain2..

    tak mustahil boleh cecah RM50K..

  • Irwan Alessa

    14 August, 2013 at 11:43 pm

    Pada pendapat saya lah kan, mungkin hanya minoriti sahaja di sesetengah tempat.. Realiti pada sepupu saya sendiri berlaku pada tahun lepas RM 15,000 wang hantaran.. Saya juga ada berkongsi maklumat tentang perkara ini juga..

  • Azman Ismail

    14 August, 2013 at 10:25 pm

    Bersederhanalah dalam menguruskan belanja kawin.Yang paling penting kehidupan selepas berkahwin,sebab banyak juga nak pakai duit tu.

    Pada yang mampu tak mengapa,yang tak mampu memang fikir 2 3 kali jawabnyer.Last2 pi kawin di siam,murah dan tak perlu habiskan berpuluh ribu :)

  • noremylia suziyanti

    14 August, 2013 at 3:49 pm

    Itu yang berlaku pada sya..pihak lelaki x mampu.. katanya berdikit2 dengan perbelanjaan… tpi apa ptt saya buat ini keputusan family.. nak x nak kena ikut.. bila difikirkan sush jugakan nak kahwin ni.. ssh nk buat benda yg baik..

  • Abang Ensem Berketak

    14 August, 2013 at 10:56 am

    Mitos tu apa?? Atau typo sebab lu nak taip ‘mentos’ sebenarnya?? Tapi kalau typo, apa pula kaitan ‘mentos’ dengan hantaran?? Takkan gula2 ‘mentos’ nak dijadikan hantaran?? #GuaNakCuriKeywordMentos

  • Azah

    14 August, 2013 at 10:37 am

    confirm mitos. perempuan sekarang memangla demand sikit nak letak hantaran mahal, tapi tipu la kalau sengaja nak menyusahkan bakal suami sendiri dgn letak hantaran yang over dari kemampuan. Sama-sama boleh nego nilai hantaran tu, orang yang tak cerdik je yang cancel kawen sebab benda ni. Takpun pompuan tu memang sengaja tak nak kawen dengan laki tu sebab tu sengaja letak mahal.

  • muktasim

    14 August, 2013 at 9:58 am

    setuju sangat2… kes terpencil tapi muka depan macam benda tu hakikat hari ini… hehe.. bukan mudah nak simpan duit tapi kalau tak mula sampai bila pun tak boleh.. akhirnya jadi peminjam wang bank… :p

  • matjoe

    14 August, 2013 at 9:54 am

    derr, kancel kawen mmg xde, mak bapak kalau dia tak bekanan bakal menantu, mmg smpi sudah dia tak setuju dan tak bagi kawen terus.

    aku setuju dgn hang, kalau part hantaran biasanya mak bapak akan ikut standard kawan keliling, which is still boleh bagi.

    true story, aku kawen 2006 rm7500 hantaran, 2013 sepupu aku nk kawen, rm8k, takdenya cecah 50k.

    selain nk bagi laku surat khabar, risau bagi persepsi org yg tak perlu kawen, buat jer maksiat sbb dah ada alasan hantaran kawen mahal

  • azrijohan

    14 August, 2013 at 9:51 am

    rasanya hantaran mahal-mahal ni banyak berlaku pada pasangan artis je kot, kalau ada berlaku pada orang biasa mungkin itu salah satu cara untuk pihak perempuan tolak pinangan dari pihak lelaki (mcm cerita Puteri Gunung Ledang)