Milan Sekali Lagi

Entah macam mana saya sampai balik ke Milan untuk kali kedua. Kalau bukan sebab nak cari duit, memang tak la. Ada dua expo berkaitan industri kulit nak kena pergi kali ni. Hari tu memang tak sempat.

Pergi Europe kali ni naik Qatar. Sebelum ni Etihad. Kalau nak dibandingkan antara dua tu, takde clear winner walaupun Qatar dah menang best airline tahun lepas. Nanti saya explain kenapa dalam blogpost lain.

Saya share sikit gambar yang sempat tangkap semalam.

Sampai airport Malpensa terus ambil bas ke Milan Centrale. 8 Euro je. Kalau train 12 Euro seorang. Penjimatan 4 Euro seorang tu besar nilainya dalam keadaan ringgit yang semakin jatuh nilainya.

Cuaca sejuk sekarang. 0-10 Celcius camtu. Dah lama tak sejuk-sejuk macam ni sejak Moscow dulu. Bila sejuk macam ni memang cepat lapar. So terus berkejar ke kedai makan Turki kat depan Milano Centrale tu. Kedai ni sebelah Mc Donalds. Ada sijil halal.

Airbnb kali ni lagi dekat je dengan Centrale. Last time tinggal dekat dengan Muzium Prada tapi tak sempat pun pergi muzium tu. In fact, tak tau pun muzium tu kat situ. Dekat dengan Centrale supaya senang nak ke mana-mana. Naik teksi pun murah je, tak sampai 10 Euro. Hari tu at least 12 Euro.
.
Best thing about this unit adalah ianya terletak di ground floor. Tak payah nak angkut beg tu. Yang haritu walaupun kat tingkat satu, penat jugak nak angkut beg. Yang tukang angkat beg dahla sorang je. Area ni ok. Blok sebelah ada Carrefour, kedai makanan halal dan grocery halal. Cuma laluan pejalan kaki kurang bersih sikit sebab bukan kat main road. Nasib baik apartment ni bersih dan nampak macam baru refurbish.

Will update more kalau rajin. Stay tuned.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

3 Comments