Milan #2

Pagi-pagi dikejutkan dengan bunyi bising dan riuh rendah kat luar apartmen. Ingatkan ada tunjuk perasaan. Maklumlah dengan masalah islamophobia kat Europe sekarang, kalau nak ada rusuhan pun dah tak pelik sangat dah. Bila keluar dari apartment baru nampak yang sebenarnya bising-bising tu sebab ada pasar bagi kat jalan depan apartmen ni. Tak sangka pulak kan dalam sejuk-sejuk hujan ni pasar still on.

Bukan setakat orang Itali je yang menjaja kat sini. Bangla pun ada. Kat Malaysia mungkin kita pandang lekeh je pada bangsa ni tapi bila kat sini bangsa yang sama boleh berniaga tepi jalan macam orang tempatan. Kagum.

Untuk hari ni sekadar jalan-jalan dalam Milan je. Tak ke mana sangat. Selalu orang Malaysia kalau sampai Eropah wajib pergi ke outlet, tapi buat masa ni rasa macam tak pergi je. Takde benda nak beli pun. Kalau ada pun, bukan sekarang masanya nak shopping luxury item ni. Tiket ke outlet 20 Euro pergi balik seorang. So kalau pergi tu, memang kena beli something, kalau tak macam no point bayar tiket sekadar nak jalan-jalan di outlet.

Kalau sekadar nak tengok-tengok, jalan-jalan dalam Milan kat are Monte Napoleone pun boleh jumpa kedai branded ni semua. Cuma kalau nak membeli, belum tentu barang yang nak dibeli tu ada di outlet. Yang hot selling memang takkan ada kat outlet. Bagi yang tak tau, barang branded kat Eropah ni dalam 10-20% lagi murah berbanding kat Malaysia. Itu sebabnya ramai orang jadi personal shopper sekarang. Kalau dapat customer beli barang RM20,000, dah berapa untung kat situ kan.

Lepas cuci-cuci mata kat Monte Napoleone, kami pergi melawat Fondazione Prade atau Prada Foundation. Untuk yang tak tau, Prade Foundation ni adalah sebuah muzium seni kontemporari dan kebudayaan. Tak ada cerita pasal beg tangan atau apa-apa produk jenapa Prada kat sini. Jadi kalau tak minat benda-benda seni ni, tak perlu lawat muzium ni.

Alhamdulillah. Dalam kesejukan semalam, terjumpa gerai tepi jalan jual hotdog halal. Memang rezeki. Kat Eropah ni, duit banyak pun tak guna kalau jalan-jalan tak jumpa makanan halal. Masa kat Moscow dulu, nak cari makanan halal kemain susah. Kadang-kadang sampai terpaksa travel dekat sejam semata-mata nak makan makanan halal yang panas-panas.

Berbalik kepada Prada Foundation, tempat ni adalah purpose built dengan rekabentuk industrial. Nampak macam kilang yang diubah kepada muzium tetapi bukan. Mereka siap nak buat satu menara yang memang fungsinya sebagai muzium sahaja. Kalau minat topik arkitek, sinilah tempatnya.

Dan disebabkan dibuat oleh Prada yang memang dah banyak duit, hasilnya memang cantik. Entrance fee 10 Euro. Exhibition kat sini ada yang permanent, ada yang berubah-ubah. Cuma saya cakap awal-awal, benda contemporary art ni memang kadang-kadang pelik, bergantung pada artis tersebut. Ada yang acceptable, ada yang try hard to push the boundries to the extent the art jadi mengarut.

Apa-apa pun, tempat ni memang best untuk tangkap gambar. Very picturesque. Ignore the art.

Kafe kat sini memang fancy tapi food price very affordable. So kalau ke sini, make sure lepat kat kafe ni jugak. Air kopi dia still cheaper than your Starbucks in KL.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments

Leave a Reply