MH370 Membongkar Kebodohan Orang Melayu

bomoh-mh370

Kita separuh mati nak pertahankan nama Allah daripada digunakan oleh penganut agama lain, akhirnya kita sendiri yang gunakan nama Allah dalam perkara-perkara syirik dan tahyul dan pamerkan ke seluruh dunia.

Saya sedih dan malu dengan beberapa orang bodoh bomoh yang berkampung di KLIA dan buat scene kononnya nak bantu cari kapal terbang yang hilang. Mereka laungkan allahuakbar seolah-olah perbuatan duduk atas tikar zam zam alakazam tu adalah amalan umat Islam.

malu-bomoh

Habis sekarang satu dunia beranggapan bahawa orang kat Malaysia ni masih hidup atas pokok dan masih percaya pada amalan karut-marut orang dulu-dulu. Kesian rakyat Malaysia yang mempunyai rakan dari luar negara yang terpaksa menerangkan bahawa perbuatan macam tu bukanlah ajaran Islam.

Saya tak kisah apa orang lain nak percaya dan amalkan, tapi biarlah kepercayaan masing-masing yang bukan mainstream ni tak dilakukan di khalayak awam, lebih-lebih lagi ketika negara sedang diperhatikan oleh seluruh dunia.

Saya tak faham kenapa Jakim dan pihak berkuasa lain yang sibuk serbu night club tak tangkap bomoh-bomoh ni sebab dah terang-terang apa yang diamalkan terpesong daripada ajaran Islam.

melayu bomoh bodoh

Sumber

Mungkin sebab badut ni dah bagi green light awal-awal. Bila orang atas dah cakap ok pada benda macam ni tak boleh buat apa dah. Memang makin rosak Islam kat Malaysia ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

25 Comments