I Want To Go To METALLICA IN MOSCOW!!

[Update: Aku telah diterima untuk pergi ke konsert Metallica Death Magnetic Tour Live in Moscow ]

Dimulakan cerita kawan-kawan aku ni berjayalah membeli tiket ke konsert Metallica in Moscow, 25 April ni. Katanya tiket untuk ke konsert ni dah habis sekarang, walaupun takde publisiti atau apa-apa lagi kat mana-mana. Poster pun tak nampak lagi! Masa budak-budak nih beli, tiket untuk second day je tinggal, masa beli tu pun sebulan lebih sebelum konsert. Jadi diorang ni beli la lebih satu tiket dan sekarang tengah nak cari orang keempat untuk pergi. Macam biasa benda panas macam ni persaingan banyak. So aku buatlah blog post ni supaya budak-budak nih pilih aku untuk pergi.

Kepada Denis Jinol, Syah Idan & Al Fatanah. hehehe~

Kenapa pilih Ariff Shah?

  • Aku ada kamera DSLR, maka aku ni retilah sikit main kamera mahal-mahal. Jadi boleh la amik gambar yang bagus sket nanti. Tu pun kalau ada kesempatan la. Keselamatan kamera yang mahal perlulah diutamakan terutamanya dalam tempat orang banyak-banyak macam tu.
  • Aku adalah pengikut yang setia. Kalau aku ikut orang, aku memang tak banyak songeh. Cara aku senang je, kalau aku ikut orang, aku ikut. Kalau tak aku pergi sendiri, tapi kalau Metallica in Moscow ni aku ikut korang ah. Watever korang punya call.
  • Aku punctual kot. So don’t worry aku takkan lambat punya.
  • Kalau aku pergi, confirm la aku buat satu entri baru kat blog ni. Gambar korang mesti masuk punya. haa… kan dah popular kejap.
  • Kedudukan kewangan aku stabil sekarang ni. Aku tak perlu meminjam nak beli tiket ni. So don’t worry, konsert ni tak akan membebankan diri aku dari segi kewangan.
  • Last but not least, aku adalah Presiden MPKB – GHOSTS & korang bertiga adalah ahli kelab ;)

Kenapa aku nak pergi?

  • It’s METALLICA dude!! Metallica tak akan sampai Malaysia, aku tau!
  • Bila aku ada anak nanti and dia pulak dengar lagu Metallica, aku akan cakap kat dia yang aku pernah pergi ke konsert band lagenda tu.
  • Aku memang minat Metallica pun, cuma tak tunjuk je.
  • Supaya aku dapat ceritakan kisah ni dalam blog. Yelah, kesian peminat Metallica kat Malaysia kan. Tak dapat pergi konsert dapat baca blogpost aku cukup ah.
  • Pengalaman. Aku nak merasa gak pergi konsert besar2 kat Moscow ni.
  • The ‘show off’ factor can’t be totally ignored, right?

So yeah, choose me!

*entri ini ditulis sambil menonton rakaman konsert Metallica S&M*


40 thoughts on “I Want To Go To METALLICA IN MOSCOW!!

  1. ariff!
    sila pergi!
    buat apa sahaja asalkan ko dapat pergi~
    sebab apa?
    sebab aku pun suka Metallica!
    sudahl e aku tak dapat tengok A7X yang datang Singapore, Metallica (bak kata ko, haramnya nak dapat masuk sini).
    so, what u need to do Mr. Ariff, gunakan sedaya upaya untuk pergi dan kalau dapat pergi, tembak gambar sebanyak mungkin!
    (wajib..aku nak sekeping gambar nanti)
    Hoyeah!
    Go Ariff Go!
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Legasi Cinta Alisia : Bab Sembilan. 02.04. 2010 Pada Jam 02.04 Petang. – Kenangan Indah Tercipta. =-.

    • Same. Me-tal-li-ka.
      Actually Russian is like bahasa Melayu, if you know how each letter sounds like, you can simply eja like Bahasa and read Russian.

      But the grammar is simply a different story all along..

    • insya allah akan berjaga-jaga gak la. Bab keselamatan ni memang top priority aku

  2. X boleyh blah.. haha point tinggi nih.. boleh dipertimbangkan..abu x aci r pakai blog org,,
    nnti kitorg wat meeting..MUAHAHA!!

    • Nak buat meeting gitau. Nanti aku sponsor minum2 sket lepas meeting.

      wahahahahahahaha~ gila bodek abis ni

    • haha~ aku tak tau lagu tu. itulah. lupa nak letak theme song, entri macam ni memang sesuai letak lagi sekali. Baru efek dia terasa..

  3. Aku tak mengundi ko.

    Sebab?

    1. Kalau ko pergi sana:

    (i) banyak awek-awek yg tak tutup aurat (tak pasal-pasal ons)
    (ii) berkemungkinan ko lewat utk solat/x solat berjemaah
    (iii) banyak lagha daripada manfaat (apa manfaatnya?)
    (iv) misalkata, berlaku rusuhan/dll, ada kemungkinan ko kena tahan
    (v) tetiba stadium/hall runtuh, ko mati dalam konsert (xsempat ko nak bercerita kat anak-anak ko nanti)
    (vi) bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri!

    Hahaha. (no offences)

    *sebenarnya jeles. sebab aku pun peminat Metallica. cis!
    .-= Cerita terbaru Mohd Shahrul Hafizi.. Sarapan ala-atlet. Jimat dan berkhasiat. =-.

  4. metalicca tak minat..kalau green day boleh lah..takpe..i will choose u..ariff shah..hehe..
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.

  5. aku nk masuk election ni gak…aku bayar double utk tiket tuu…kawan2 ..pilih la aku…keke
    .-= Cerita terbaru buzarovig.. moscow bombing =-.

    • Hebat la lu! Aku memang buta main instrumen musik ni. Dah penah try, tapi tak dapat2 gak. Dapat dengar orang main je la..

  6. ye2!!~ kawan2 ariff shah.. sile la pilih dak arep ni.. ak paham perasaan die.. heheh.. vote for arep!!~

    p/s: da mcm election plak ak nih.. hehe

    • hahahahahahahahahahaha~ Teringat zaman election muda-muda dulu.
      Yes. Vote for Ariff~

  7. live in moscow? waa best..tapi skang da tua dah geng tuh..suara pown da x best..kalau cam live in seatle tahun 1980an dulu syok la..meremang bulu tengkuk layan..head bang abeh..keke
    cakap pasal suara, grandpa amy search mmg terbaik..dari muda sampai tua sebijik cam album suara dia..aku penah p show dia, 2kali perform, 2kali CD lagu lekat..dia bantai sambung nyayi tanpa lagu..sedap bebb!!
    .-= Cerita terbaru Azizuan.. Bom Payu Dara, Pengganas Makin Canggih =-.