Merempit Bersama Juara Motocross UAE

IMG_0386

Kepada yang minat berlumba, mempunyai daya ketahanan fizikal yang tinggi dan suka menunggang motosikal, anda memang patut try sukan motocross. Sukan ni memang sesuai untuk lelaki yang maskulin dan tahan lasak. Paling penting, anda akan mendapat score yang lebih tinggi di kalangan awek berbanding lelaki yang tak main motocross.

Semalam, saya telah dijemput oleh pihak Red Bull Blue & Silver (Eropah) untuk memeriahkan acara Red Bull Under My Wing in Malaysia bersama Mohammed Balooshi, juara UAE Motocross Championship. Program ini bertujuan untuk mengembangkan bakat pelumba muda tempatan dalan sukan motocross melalui latihan dan perkongsian pengalaman oleh pelumba profesional. Seramai 50 orang pelumba motocross tempatan telah dijemput untuk menghadiri sesi Under My Wing ini.

IMG_0421 IMG_0424
IMG_0408
IMG_0417

Sebenarnya ini kali pertama saya menunggang motosikal jenis ini. Kalau enjin mati tu biasa sangatlah. Dengan timing throttle pun agak lari dan pedal brek entah ke mana (mungkin sebab bengkok orang sebelum ni buat jatuh), keseronokan menunggang dalam litar masih lagi terasa.

Satu yang anda perlu tahu, kalau nak menunggang dirt bike ni bukan macam posmen, duduk je atas motosikal. Kena lebih agresif, kadang-kadang perlu berdiri terutamanya kalau nak ‘terbang’ dan kalau corner kena pacak kaki atas tanah supaya boleh membelok dengan cepat.

IMG_0405

Cuba posing macam model, tapi FAIL

Kalau tengok dalam video bawah ni, memang nampak senang nak terbang, tapi sebenarnya itulah yang paling susah kerana memerlukan kecekapan mengendalikan motosikal dan sedikit pengetahuan tentang keupayaan motosikal dan diri anda sendiri supaya anda tidak jatuh semasa mendarat. Safety first!

Sedikit tips kepada mereka yang ingin mencuba sendiri sukan ini buat kali pertama:

  • Pastikan anda dah belajar menggunakan motosikal yang mempunyai clutch. Kalau tak reti langsung, anda akan menghadapi masalah yang besar. Pinjam dulu motosikal sesiapa untuk belajar.
  • Jangan skip breakfast pada hari anda masuk ke litar. Sukan ini memang lasak dan anda memerlukan tenaga yang banyak. Semalam saya tak sempat breakfast tapi nasib baik sesi yang dijalankan adalah pendek, 10 minit riding, 10 minit rehat. Itupun bila dah 4-5 lap, memang rasa macam tak larat dah.
  • Pastikan equipment anda cukup. Yang diperlukan adalah body protector (biasanya boleh disewakan), glove supaya tangan anda tak melecet pegang handle, helmet (of course!) dan kasut yang tahan lasak, in my case nasib baik kasut Hush Puppies yang dipakai tahan lasak, tapi rasa macam nak menangis la tengok kasut tu.
IMG_0401

Oh my Hush Puppies

  • Jangan lakukan sesuatu di luar batas kemampuan anda. Anda tahu keupayaan anda sendiri, jadi jangan nak jadi hero. At the end, anda akan masih merasai keseronokan masuk ke dalam litar dan anda masih selamat!
  • Have fun!

IMG_0403

Walaupun tangan melecet, lengan, bahu, pinggang dan hamstring sakit, tapi pengalaman semalam memang priceless! So perancangan jangkamasa panjang, beli dirt bike sendiri. yeah!

Thanks to Red Bull Blue & Silver (Europe) for the great event! For more info, visit Red Bull at:

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

27 Comments