
Kalau cakap benda yang aku dah cakap tahun lepas, rasanya aku boleh la kot jadi Menteri Telekomunikasi. Aku dah cakap dari dulu lagi (baca: Beza Internet Russia & Malaysia) turunkan kos untuk internet broadband. Kenapa susah sangat nak ikut eh? Aku masih tak faham. Kos internet broadband kat negara lain berkali ganda lagi murah, tapi kenapa Malaysia tak mampu memberikan kemudahan macam tu? Boleh tak sesiapa atau Pak Menteri sendiri tolong jelaskan tentang perkara ni.
Nak cakap pasal nak tingkatkan broadband penetration tapi kualiti servis masih memalukan, malah menyakitkan hati. (baca komplen dan rintihan pengguna). Come on TM, come on Dato' Seri Najib. I believe you can do better than this. It's not mind boggling, you concentrate on this first, make sure semua dah tip top baru boleh cakap banyak. Ucapan yang berbunyi atau bertemakan "kami akan buat itu ini" tu orang dah jemu dengar. Rakyat tak bodoh. Buat sesuatu dan buktikan yang kalian semua memang sedang melakukan sesuatu.
Hanya pendapat jujur aku. Kita masih terlalu perlahan melangkah dalam bidang internet broadband ni. Memanglah sekarang dah ada UniFi, tapi kalau Streamyx yang lama tu pun masih bermasalah dan gagal diselenggara/diuruskan dengan baik apa guna memperkenalkan teknologi baru yang lebih mahal. Ataupun dah memang nak tukar satu negara guna UniFi?
***
blog.ariff's premium sponsor July 2010:







38 Responses to “Pak Menteri, Tolong Jangan Ulang Apa Yang Saya Dah Cakap” Leave a reply ›
Banyak hardware dijual dalam USD (sbb mostly drpd western), jadi kosnya tinggi lepas convert dalam MYR. Somore, Orang Malaysia banyak duduk bersepah (i mean duduk kat atas tanah) kalau compare negara macam Singapore. So, nak dapat economies of scale tu not easy untuk setiap KM². Not easy nak bagi competitive & melindungi kepentingan pemegang saham syarikat both at the same time.
(Note: Saya bukan pekerja mana-mana syarikat telekomunikasi)
Cerita terbaru Mommy Lyna.. Kaki Palsu Yang Berjasa- Fahry Boleh Jalan!
lembab dan mahal!
Cerita terbaru fndrocka.. Lawak Jahat yang pernah aku jumpa
maybe negara sedang membangun, tu sebab semuanya mahal kat Malaysia ni..hehe, pas ni nak kena duk Rusia lak..haha
Cerita terbaru ashraf's Blog.. SeverFreak Kini Berwajah Baru
ubah gaya hidup atau ubah kerajaan..wakakaak o_O
masih belum berpuah hati dengan kelajuan internet tanah air Malaysia ~~~ x cukup standard untuk negara kelas membangun ~~~~
Cerita terbaru PRUnews.. Umno-BN Kaburi Kenaikan Harga Petrol - Barangan Dengan Isu Curi Pasir
macam tu en arif je la jadi menteri..kite tgk macam mane en arif kendalikan isu ni bila jadi menteri...mungkin nanti mase tu kami sume boleh guna internet free?
ps, gunalah p1wimax..laju dan smooth..xde langsung masalah tenet lembap..siap boleh kongsi dengan jiran lagi..aku share wimax ni dengan jiran sebelah kiri dan kanan rumah..pon masih laju gaban.
dok bandar leh la dapat...
try tgk dok kampung leh lak P1wimax??
tukar menteri, cari yg IT oriented, pastu buang semua top management TM, ganti yg semua kepala IT....
ataupun bukakan provider baru...jadikan ianya persaingan...bukan monopoli...
Cerita terbaru mijie.. Demam yang tak sudah
masih belum berpuas hati dengan ... kelajuan internet Malaysia ... blom capai standard sebuah negara membangun ... ~~~
info POlitik :: http://pru.com.my/
Cerita terbaru PRUnews.. Umno-BN Kaburi Kenaikan Harga Petrol - Barangan Dengan Isu Curi Pasir