Menguji Kelajuan Rangkaian 4G LTE Paling Luas di Malaysia Daripada Digi

digi-blogger

Sebelum ini rangkaian Digi mungkin tak dikenali sebagai yang terbaik tapi selepas menguji sendiri rangkaian 4G LTE paling luas di Malaysia daripada Digi ini, saya mula merasakan yang Digi mampu mengatasi pesaingnya yang lain.

Saya telah dijemput untuk bersama-sama Digi melakukan ujian pada rangkaian 4G LTE mereka. Rangkaian 4G LTE daripada Digi ini baru sahaja dilancarkan bersama-sama pelan postpaid dan prepaid 4G LTE yang terbaru. Secara asasnya, saya Nampak pelan yang baru dilancarkan ini mampu memberikan penjimatan kepada pengguna.

digi-blogger-2

Blogger lain dan media turut dijemput untuk memeriahkan hari ujian rangkaian tersebut. Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, ujian rangkaian ini dilakukan dalam format ala Amazing Race di mana setiap pasukan berlumba untuk tiba ke destinasi akhir.

Sepanjang perlumbaan, peserta dikehendaki untuk berhubung dengan game master menggunakan Skype untuk menjawab soalan-soalan sebelum diberikan koordinat destinasi seterusnya untuk dituju. Sepanjang sesi video call bersama game master, langsung tiada panggilan yang terputus dan paparan video Skype memang lancar.

Rangkaian yang luas dan laju ini adalah hasil keputusan yang diambil oleh Digi tiga tahun yang lalu untuk memperluas dan memodenkan rangkaian telekominukasi mereka di seluruh Negara. Pada masa yang sama, mereka juga sedang menambah sehingga 1500 pencawang untuk menguat dan memperluaskan lagi rangkaian di samping menambah kapasiti untuk menampung penambahan pengguna rangkaian mereka.

ariff-digi

Pada Digi, mereka lebih mementingkan rangkaian 4G LTE yang luas sehingga ke kawasan luar bandar. Rangkaian 4G LTE Digi kini meliputi lebih daripada 50% populasi di Malaysia dan 87% liputan populasi untuk rangkaian 3G.

Perlumbaan kami tamat dengan majlis pelancaran rasmi rangkaian 4G LTE paling luas di Malaysia daripada Digi. Malang sekali pasukan saya tak menang dalam perlumbaan ini walaupun pasukan kami adalah yang kedua sampai ke destinasi.

Saya tengok Digi memang bersungguh-sungguh nak perbaiki mutu perkhidmatan dan rangkaian mereka untuk pengguna. Mungkin sudah sampai masanya saya beralih semula ke Digi.

Kalau macam tu nak iPhone 6S boleh? hehe..

7 Comments