Mengejar Superbike

Bukan. LC saya tidak digunakan (tidak boleh digunakan) untuk mengejar superbike. Tapi sebenarnya saya sedang berkira-kira untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Nampaknya model yang memang panas sekarang adalah Kawasaki Versys yang kebetulan menjadi superbike idaman saya juga. Kawasaki ER tu dah pernah dicuba, tetapi disebabkan ketinggian saya, postur ketika menunggang ER adalah sedikit janggal dan mengganggu pemanduan. Bahaya tu. Dan itulah sebabnya berlaku kes jatuh dari superbike hari tu (yang ditunggang juga adalah ER tetapi versi lama).

Iklan ini diletakkan di Mudah beberapa hari lalu dan saya hanya sempat menghubungi pemiliknya hari ini. Kalau diikutkan, nilai motosikal termasuk kesemua aksesori yang dilengkapi pada Versys ini boleh mencecah RM45,000. Jadi RM35,000 adalah tawaran yang sangat murah & berbaloi.

Menurut pemilik tersebut, Versysnya terjual pada hari yang sama iklan tersebut diletakkan. Dia juga menerima banyak panggilan daripada mereka yang berminat untuk membelinya. Kalau saya pun sempat menghubunginya sebelum orang lain booking, silap-silap dah keluarkan cheque untuk deposit pembelian motor tersebut.

Nafsu ni.. kalau tak dikawal memang sangat merbahaya. Kalau ikut nafsu lah kan, silap-silap saya ambil terus loan 40k dari Bank Rakyat dengan tempoh pembayaran selama 20 tahun semata-mata untuk mendapatkan superbike idaman ni. Sebulan baru dalam RM300+ macam tu. Tapi gilalah kan beli motor sampai 20 tahun baru habis bayar.

Harga asal motor ni di Thailand hanyalah RM26,000 berbanding RM40,000 di Malaysia. Rasa macam nak pindah ke Thailand dan beli motor ni kat sana. Cukai kat Malaysia ni banyak sangat dan kalau saya berkempen untuk pilihanraya, saya akan berkempen untuk menghapuskan/mengurangkan cukai kenderaan di negara kita ni. Pelik kerana masih belum ada pihak yang meletakkan agenda tersebut dalam manifesto pilihanraya mereka. Isu bagus tu.

Apa-apa pun, semoga nafsu nak beli motor ni dapat dikawal. Ada pembelian lain yang lebih penting yang perlu saya kejar.

Comments

  1. Izwan Zahari says

    Versys ni best sebab dia versatile, hence the name. Nak touring pergi makan Laksa dekat Penang boleh, nak main jalan lipat pun boleh jugak! Tapi betul kata akubiomed, Versys tinggi compared to Er6. Maintenance murah je, around 100+. Tayar tak boleh confirm sebab lain motor lain tayar (Saya pakai Bridgestone Battlax semi-slick 1k sepasang) Kalau setakat ride ke kerja, tayar boleh tahan lama (: Abang Ariff minat motor sebab apa? Kalau all rounder Versys ni memang pilihan yang tepat :D

  2. says

    saya pon minat dengan superbike. Tapi pendam jer minat tu sekarangsebab mahal. InsyaAllah kalau business menjadi nak angkat satu sebagai hadiah atas usaha diri sendiri. Kawan2 doakanlah saya berjaya ye
    Entri terbaru myfirdause >> Samsung Galaxy S AdvanceMy Profile

  3. says

    Kena berpada-pada dan beringat jika nak beli sesuatu lebih-lebih lagi kenderaan, caj after beli iaitu servis, alat ganti dan kecemasan adalah yang paling mustahak untuk dipertimbangkan.
    Entri terbaru halif >> Australia- Here I ComeMy Profile

  4. says

    Jika cukai kenderaan dikurangkan.

    Ianya akan memberi kesan langsung kepada industri automobil negara. Dimana kita hanya mampu menghasilkan kenderaan dengan memenuhi keperluan tempatan sahaja.

    Dengan isu AP hari itu pun dah beri kesan jangka panjang.

    Apabila pengeluaran kereta tempatan telah dilimitkan kepada beberapa buah sebulan.

    Ramai perkerja diberhentikan kerja bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

    Sedangkan boleh dikatakan kebanyakan graduan yang keluar diambil berkerja di sini.

    Itu yang diperkatakan oleh kenalan bro yang menerima kesan ini secara direct.
    Entri terbaru Bro Framestone >> Pembantu Peribadi Bro FramestoneMy Profile

    • Ariff says

      Apa yang bro cakapkan ni memang betul. Sebenarnya kita bersaing dengan Thailand dalam hal nak buka pusat industri automotif di negara kita, tetapi dalam hal ini Thailand dah lama menang (tak ingat sebab apa). Walau bagaimanapun, langkah ini memang membantu sektor pekerjaan di negara kita.

      Cuma itulah, lama-lama memang sakit. Pendapatan dan gaji pokok fresh grad masih sama dengan tahap apa yang didapati 5-7 tahun yang lepas tapi kos hidup makin tinggi. Nak membeli kenderaan sendiri yang lebih selesa dan selamat pun kena tunggu 4-5 tahun dah bekerja baru boleh dapat.

    • Ariff says

      bukan tak memadai, tapi terlebih tinggi untuk kebanyakan jenis superbike yang 650 cc. Cuma Versys ni je nampak sesuai