Panduan Menempah Nombor Pendaftaran Kenderaan Daripada JPJ

Baru pulang dari pejabat JPJ Shah Alam yang terletak di Jalan Padang Jawa untuk menempah nombor pendaftaran motor baru yang akan keluar tak lama lagi. Tempahan yang saya lakukan ini adalah jenis tempahan nombor melalui tender, sama macam tempahan untuk nombor siri WWW sebelum ini.

Saje nak pakai nombor cantik sikit. Motor pun cantik maka eloklah digandingkan dengan nombor pendaftaran yang cantik.

Sebenarnya boleh je kalau nak suruh orang kedai buatkan masa nak beli motor, tapi biasalah, confirm kena bayar untuk kos mereka. Kurang-kurang pun RM50 tapi dalam keadaan sekarang, rasanya RM50 dah tak cukup, mungkin lebih lagi. Jadi kalau ada masa tu, pergi je sendiri dan tempah.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Semak kalendar untuk penawaran tender nombor pendaftaran. Biasanya, tender akan dibuka sebulan sebelum nombor tersebut keluar. Contohnya, untuk nombor siri WWX yang running minggu lepas, tender untuk tempahannya dibuka pada bulan lepas.

2. Permohonan nombor siri hendaklah dilakukan di ibu pejabat JPJ negeri pengeluar nombor siri itu sahaja. Contohnya untuk nombor siri B (Selangor), kenalah pergi ke pejabat JPJ di Jalan Padang Jawa, Shah Alam.

3 .Tentukan nombor yang diingini. Terdapat kadar minimum untuk bidaan nombor yang anda ingini. Semak di sini.

IMG_0353

RM2 je. Complete set

4. Sediakan separuh daripada amaun bidaan anda dalam bentuk kiriman pos. Ni paling penting. Kalau tak buat, leceh. Dokumen lain seperti borang, fotostat IC & sampul surat tu semua boleh didapati di pejabat JPJ. Semua dah disediakan pada harga yang berpatutan  (tak pasti untuk pejabat JPJ di negeri lain, tapi di JPJ Jalan Padang Jawa, memang semuanya dah ada. Bawa money order dah cukup).

IMG_0354

Penting: Sediakan wang pos sebelum ke pejabat JPJ

5. Isikan borang selengkapnya dan bayar yuran perkhidmatan di kaunter sebanyak RM10.  Kemudian tuliskan no. resit pembayaran dalam borang tadi.

IMG_0355

Dalam gambar ni, nombor resit yang dimaksudkan ialah AN 429538

6. Tuliskan alamat anda dalam sampul surat kecil. Sampul surat tu kalau ikut logiknya untuk surat pemberitahuan keputusan bidaan. Kalau tak berjaya, wang pos akan dikembalikan sekali.

7. Masukkan kesemua tadi dalam sampul surat besar. Tuliskan nombor pendaftaran kenderaan yang ingin ditempah di bahagian hadapan sampul surat.

8. Masukkan sampul surat ke dalam peti tempahan.

9. Tunggu keputusan. Biasanya akan mengambil masa sehingga sebulan. Mungkin lebih.

Ikuti setiap langakah dengan betul dan pastikan tiada apa yang tertinggal sebab permohonan yang tidak lengkap dan ada kesilapan akan ditolak tanpa belas kasihan. Beribu-ribu permohonan nak diuruskan, jadi mereka memang tak entertain sebarang permohonan yang tak lengkap.

Untuk maklumat lebih lanjut, saya senaraikan beberapa soalan lazim yang tidak didapati di laman web JPJ. Biasalah kan, laman web kerajaan kita memang tak lengkap dan tak membantu langsung.

1. Adakah pihak JPJ akan melakukan pemeriksaan kenderaan ketika berada di pejabat mereka? Saya baru dapat lesen tapi tak tampal pelekat P.

- Tidak. Seperti yang anda dan saya sedia maklum, ini adalah Malaysia. Agensi kerajaan akan buat kerja apabila disuruh sahaja. Jadi kalau setakat kesalahan kecil yang orang tak nampak macam tu, takkan ada masalah. Tapi kalau anda pakai eksos modified bunyi pecah panggung punya, memang cari nahas la.

2. Saya tinggal di Selangor tapi nak dapatkan nombor pendaftaran negeri Kelantan. Boleh ke?

- Boleh. Caranya seperti yang di atas, sehingga langkah ke 7. Untuk langkah seterusnya, anda perlulah memasukkan sampul tadi ke dalam satu lagi sampul surat dan poskan ke ibu pejabat JPJ Kelantan (atau nombor siri negeri yang diingini). Alamat boleh didapati daripada laman web JPJ. Sila pastikan sampul surat anda sempat sampai sebelum tempoh penawaran tender ditutup. Kalau nak hantar tempat jauh tu dan tinggal 2-3 hari je lagi, elok tak payah la.

3. Boleh tak bagi sedikit tips untuk menempah?

- Kalau nak tempah nombor harga RM300, tak payah mahal sangat pun takpe. Trick dia macam ni, kalau bajet anda RM330, letaklah RM331 atau RM333 (beberapa ringgit lebih daripada bajet asal). Rasionalnya mudah, kalau orang letak bidding RM330, andalah yang menang. Biasanya kebanyakan orang akan bid dalam gandaan RM10, tapi sebenarnya boleh je letak amaun sesuka hati. Kalau bidaan anda lebih 10 sen pun berbanding bidaan kedua tetinggi, anda masih menang. Untuk nombor dalam lingkunan ini, orang tak kaya sangat. Jadi jangan membazir sangat masa bidding tu.

IMG_0356

Gambar di atas adalah senarai nombor yang ditempah oleh orang sebelum ni, tapi gagal untuk mendaftarkan kenderaan mereka dalam masa tiga bulan selepas tarikh kelulusan. Jadi JPJ lelong je terus dengan harga flat rate. Kalau nak nombor cantik pada harga murah, rajin-rajinlah melawat ibu pejabat JPJ. Yang ni tak payah bid, siapa cepat, dia dapat.

IMG_0357

Dan ini adalah senarai nombor untuk orang kaya. Semua lima angka beb. Gaji setahun orang kebanyakan. Kaya betul diorang ni..

Diharapkan panduan ini dapatlah membantu anda mendapatkan nombor yang diingini. Saya menghadapi kesusahan mencari maklumat sebelum ni dan tiada langsung panduan yang boleh dipakai di internet. Laman web JPJ tak payah harap la.

Orang lelaki sukalah kan benda-benda macam ni. Kepada kaum perempuan yang tak faham kenapa orang lelaki kadang-kadang obses dengan benda ni, konsep dia samalah macam orang perempuan pakai handbag jenama mahal-mahal. Beg kecil pun harga ribu-ribu :P Luxury item, status symbol. We just want to enjoy our hard earned money ;)

Comments

  1. says

    Saya bida nombor kerana suka tengok nombor kereta. Kalau nombor cantik tuan kereta/motor rasa bertuah. Lagipun saya tengok nombor kereta tiap-tiap hari, jadi kalau nombor tak cantik tu rasa tak seronok sikit.
    Entri terbaru ReM >> FGVH @ RM6.00?My Profile

    • Ariff says

      Itupun kalau nombor yang dia nak tu masih lagi ada. Bidaan ni macam siapa cepat, dia dapat la. Kalau siri lawa macam WWW, confirm semua orang nak. Jadi terpaksa masuk proses bidaan

      • Zulkarnain says

        Salam,

        Kalau Let say skarang No. WXA 7205.. saya nak ambil nombor yang dah ‘lepas’, just try mana tau takde orang ambil cth: WXA 195.. boleh ke?

        • Ariff says

          Kalau tak silap dah tak boleh

          - atau –

          Selagi dalam siri WXA mungkin boleh lagi. Yang tu eloklah tanya direct kepada JPJ

    • Ariff says

      Panduan ni adalah untuk nombor yang ditenderkan, maksudnya semua nombor boleh ditempah dan pemenang adalah mereka yang mempunyai bidaan terbesar.

      Untuk running number, kena pergi sendiri ke pejabat JPJ untuk check dan kena peka la nombor siri apa yang tengah running masa tu.

      Kalau dah terlepas, contohnya WWX dah terlepas, sekarang WWY, tak boleh didaftarkan.

    • Rui says

      Itu orang buat bisnes. Dah dapat nombor lepas tu dia jual balik dengan harga yang lebih tinggi.