Putus cinta dan tengah single, sekarang mencari pasangan baru. Apakah kriteria yang penting dalam pemilihan pasangan baru ni? Mestilah ada kan..
Pertama sekali. pastikan orang yang disukai ni tidak in contact dengan bekas kekasih mereka. Kalau yang baru-baru break up ni, biasanya diorang akan still in contact dengan ex mereka melainkan break up tu memang teruk mengalahkan Perang Dunia Kedua. Jadi bila in contact ni memang akan jadi complicated sikitlah. Satu problem takut dia terpikat balik ke, satu lagi takut bekas kekasih dia ni tak nak let go. Dua-dua memang parah tapi kalau bab yang bekas kekasih dia tak nak let go lepas tu attack kita balik, haih.. tu memang problem besar. Elok jauhkan kalau orang tu masih ada ‘sejarah’ yang masih mengekori dia. Jadi kalau nak cari pasangan baru ni, pilihan kita tu disarankan paling kurang pun 3 bulan dah single, kira macam tempoh iddah la.. ekeke.. Baru rasa macam selamat sket. Itu pun kena pastikan betul-betul dulu.
Kedua, pastikan dua-dua saling menyukai. haa.. ni tricky sikit. Biasanya bila lepas break up ni, memang vulnerable la. Maksudnya ada perasaan kehilangan di situ, jadi sangat mudah jatuh cinta kat orang lain. Kadang-kadang orang tu rapat sebagai kawan, tapi salah anggap ingatkan dia minat pulak. Itulah sebabnya kena ada grace period sekurang-kurangnya 3 bulan tadi kalau nak ber-relationship balik ngan orang lain. For a start kalau nak tau suka ke tak, keluar dating la kan. Keluar la 2-3 kali dulu, baru tau sesuai ke tak. Bila dah keluar banyak kali barulah tau suka ke tak, ada rindu atau tak kalau lama tak jumpa. Nak lagi best, pada masa yang sama, keluar dating ngan orang lain yang ada potensi gak. Nama pun single dan masih mencari, jadi keluar ngan ramai-ramai dulu, lepas tu baru buat pilihan berdasarkan yang mana kita paling suka dan rindu.
Ketiga? Ketiga ni barulah masuk bab pilihan peribadi korang. Nak orang yang macam mana? Nak reject yang mana? Yang ni rasanya aku tak perlu terangkan kot. Semua orang ada citarasa masing-masing. Tapikan kalau dah suka tu biasanya kriteria dan pilihan peribadi ni kadang-kadang akan dilupakan sahaja. Yelah, kadang-kadang perasaan suka ni gila sikit. Orang yang kita fikir kita tak mungkin suka, sekali bila dah keluar dua tiga kali sampai tak boleh tidur malam teringat pasal dia. Mungkin itu jodoh dah kot.. entahlah..
Apa-apa pun ini just usaha kita nak cari pasangan. Jodoh tu memang dah ditentukan Allah. Usaha cari yang terbaik dan serasi untuk kita, berdoa kepadaNya dan tawakal jelah kan semoga pilihan kita tu menepati dengan apa yang dah tersurat.
Ps. Entri ni takde kaitan ngan aku. Hanya cadangan dan pandangan penulis sahaja dan belum terbukti keberkesanannya. Sila bincangkan dengan lebih lanjut di ruangan komen.
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:
assalamualaikum…emmmm….bagus cadangan awk tuan penulis@arif…sya rasa ada 1 lg kretaria paling penting n perlu ditambah…dan sya rasa kriteria nie patut brada di tempat 1st…seeloknya kita harus mencari pasangan baru kita yg kuat agamanya(soleh/solehah)….supaya dia(pasangan) dpt membimbing kita SEKIRANYA kekuatan dan pengetahuan agama kita masih kurang dan perlukan tunjuk ajar…sentiasa berdoa pada ALLAH S.W.T supaya hubungan kita dgn pasangan kita hingga ke akhir hayat…sangat indah jika hubungan cinta kita berlandaskan hukum islam…insyaallah…allah akan merestui hubungan kita…
p/s:sya just bg cadangan sja,…LILLAH HITAALA sya tiada niat utk mengata,menyindir,perli,buat alim or seangkatan dgnnya…hanya ALLAH S.W.T maha mengetahui…wassalam…
kalo nak cari cinta baru mmg kene nekad lupakan ex tu betoi2….
kalo tak jgn cari cinta baru…. dan kalo dah jumpa jgn la compare dgn cinta lama… :D
yup..mmg btol pon bnde ni..mmg jd kat ak..kuar ngan rmi laki as friend dlu and lastly dpt jmp soulmate yg btol2 syg kat ak…he’s the only one…hehehe..
baguslah dah jumpa… =)
tepat..
ada jugak yang lepas dah lama break up tapi xberani nk bercinta lagi.. sbb lepas berdating dgan beberapa org.. yg di dating tu sume jenis yang serupa dgn ex.. pastu bila suka kat seseorang tu tiba2 seseorang tu ada sum1 else.. camno tu? (eh ehh.. tnya seperti arif docter cinta plak) :P hahaaa..
enjoying my single life now…still study lagik so malas nk pk bab2 nie.ada jodoh ada lar…doa n tawakal.kalau sesape tny n bakal betanya nie jawapan ku “one fine day,i will”…hehe…wokey all the besh kpd sesape yg nk mencari pasangan hidup igt doa tue penting,sepenting ibadah kite sehari2…have a nice day ~(*v*)~
ni sah tengah angau…! =.=”
erk. angau pebendanya?
rasanya dalam bercinta kena be realistic la.. tiada apapun kt dunia ni yg menjadi milik mutlak kita. kalau terima bekas kekasih orang lain, tinggalkan sejarah die, jangan bersangka buruk kt ex die.. kalau lebih positif menerima, mungkin kita akan lebih redha dan lebih bersedia menghadapi takdir. things happen for reason. kan?
stuju ngan bubbles182..psangan aku skg ne kwn bek aku..hehe..aku gne pdekatan yg sme gak..bkwan dlu, ble rse ade keserasian di situ..then move to the next..
apa kata pasangan baru ni cari yg jauh2 sket
maksudnya..jalinkan hubungan”long distance relationship”
kurang gaduh..
makin rindu..dan yang paling penting poket sentiasa kembung(sebab jarang dating..haha)
setuju setuju. tapi masalahnya aku skrg dah kawin pun berjauhan. ish ish.. dugaan Allah nie mcm2. sabar dan doa jela moga didekatkan.
erk. Berjauhan macam maana tu?
ada yang muda lagi tapi dah kwen…tak kisah jnji dapt uruskan rumah tangga…jom ikut guwa kenali siapa guwa
itu jodoh dia awal. beruntung macam tu..
bercouple sekadar nak suka2=buang masa
baik cari calon isteri terus..huhu
payah nk cari pasangan yg serasi di dalam abad yg darsarwasa ini
Guys-guys di luar sana.
Bagi aku.. kalau mencari, lelaki kena bertindak macho habes.
Kalau nampak yg berkenan di mata.. selidik diam2 dulu. atau teruskan berkenalan as a friend. kenal2 kejap.. than kalau dlm hati dah terpaut.. attack ajer.
aku dulu setahun bermain sms secara undercover. oklakan dia nak layan. dlm masa yg sama aku tau gak dia ada bf kat kg tp ada retak sket. ada 3 mamat tgh nak masuk line. so, okla… takkan nak demand2 kan kita baru nak kenalan. So, pastikan anda open minded.
Bila jiwa rasa sesuai.. approach dan teruskan kenyataan cinta anda. Pengalaman lalu, aku terus saja bawa cincin hari birthday dia ngan kek sekali la. Kononnya, Ini kek. Ini sambutan untuk awak. ini cincin tanda cinta saya.. simpan dulu. by next week let me know how you feel. I am dead serius.
8 years later.. we are married. Now waiting for a baby boy. Please wish us happily ever after. Thanks.
berusaha untuk cari pasangan hidup yg terbaik dan sesuai dengan kita tu dah jadi seruan agama. Jadi kalau nak memilih lebih skit pun no hal.hehehe
paling best klau carik pasangan, biar berkawan dlu. sbb persahabatan yg baik mjadikan pasangan tu serasi.
“It is not the lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages.” – Friedrich Nietzsche
hehe. ;)
yeah…dats rite…my girl was my close friend :)
kalu ikut pengalaman aku dulu, tempoh bertenang yang aku amik lepas break-up first love tu dekat-dekat 2 tahun jugak la sebelum bertemu cinta yang baru…hehe
life must go on :)
pengalaman aku lah, selepas break then tempoh bertenang selama 6 bulan, pastu tetiba jumpa someone then dia pun dah 6 bulan single, jadi terus 1st time jumpa, 2nd time mengadap family dia, 3rd time terus tunang dan sekarang dah kahwin :) anak sorang ngan dia, hehehe
Y_Y susah nak let go.. :p
kalau orang tak nak let go kita memang susah..hmm
ye ke entri tak ada kaitan dengan ariff? ekekeke
apa2 buat pilihan betul2, jgn dapat singa betina cukup lah.
Entry terbaru dari Hazzy,
Awas dengan ‘emel bayaran balik palsu’ yang mempergunakan nama LHDNM.
Kadang2 memang susah nak let go benda camni, tapi aku percaya dengan konsep “move on”. Takkan nak stay je kan?
Apa pun, contohnya, aku buat masa ni, lagi suka main2, bina kerjaya dulu. Cinta2 ni letak tepi dulu kot. Malas lagi mahu mencari. Kekecewaan dulu dah cukup la sekali. Tak nak sakit lagi.
haa, kalaulah lepas dah dating as kawan ramai2 tu then boleh pilih memana yang berkenan alangkah syoknya… rasanya ia tak semudah itu bro. mungkin kita pilih dia tapi dia tak pilih kita pun. yang kita tak pilih tu plak yang suka plak kat kita. tang ni dia akan masuk bab strategi ‘mengurat’ plak, cuba hgga b’jaya. hahah..
hohooo..senangnye la kalo blh pilih..
Alahai.. Putus? Sambung pun belum pernah.. Jadi tak ada cerita putus2 cinta ni..
Kalau nak sambung, kena bagitau. Masalahnya, usha dari jauh pun mulut dah rasa terkunci. Sejak dulu lagi kalau ada terkantoi minat kat siapa2 pun kawan2 yang tau tu nis tak tau dapat cerita dari mana. Bak kata lecturer Calculus 3 nis tadi tengahari, nis ni tak bercakap. Dan memang realitinya nis tak banyak cakap. Lone ranger, quiet girl, buat kerja sendiri even dalam kuliah. Hmm..
Sebulan lagi dah nak cecah 20. Betul2 sebulan. Bilalah nak berani bercakap one-to-one? Debat pandai pulak keluarkan suara. Pelik kan? Hahaha..
ariff ariff…..just tag I’m singgle, add my FB button/banner…im sure ramai nak apply kat sini ^_^ @Ery tue pun berminat tue..wakkakak..what I can say to you bro let it happen naturally. And just chill. You got plenty of time on your hands. Take it slowly, love will find you by itself ;)
pilotHans latest entry is http://www.yohanibrahim.com/blog/why-we-do-what-we-do-and-how-we-can-do-it-better ..
lately ni entry macam berbunga2 je. if not pon mesti ada ayat2 sweet. hehehe…
boleh tahan info.
apa2 pun, smuanya dah terletak terhadap takdir kita, sejak azali lagi.
yang penting usaha untuk mendapat yang terbaik. :)
ehemm
bro bile plak?
:P
malam2..ttbe terbukak blog nie..
mmg sesuai dah..thankz petua tue..cam leh pakai gak..=)
“Nama pun single dan masih mencari, jadi keluar ngan ramai-ramai dulu, lepas tu baru buat pilihan berdasarkan yang mana kita paling suka dan rindu.”
a bit cam playboy/playgirl la plak. kadang2 memang kita juz kuar as frens, tapi orang sekeliling yang tengok akan cakap “minggu lepas kuar ngan si A, minggu ni B plak”. camne?
arif dah jumpe ke..? hehe
ye ke camtu. takdelah. keluar as kawan, kenal2 macam tu takde salahnya.
lain la kalau keluar romantic dating dengan orang lain every week, haaa… itu baru nama playboy.
jumpa? jumpa apa? siapa? :P
aiseh…kena lalu tempoh iddah juga yek..selamat jugak tuh, tak de lah merana kedua belah pihak.
ni cadangan yg baik. haha
“bab yang bekas kekasih dia tak nak let go lepas tu attack kita balik, haih.. tu memang problem besar.”
baik jauh je dengan orang begini. jangan biarkan orang begini jatuhkan keyakinan diri anda. yang penting build self confidence semula, biar teguh.
cuba elakkan rebound love. ini yang lagi parah. buka mata dan jangan takut untuk cuba sesuatu yang baru :)