Melabur Dalam Saham Bukan Boleh Terus Kaya

Ada satu stigma masyarakat kita ni ialah bila disebut je perkataan invest / melabur, mesti fikir nak terus jadi kaya raya. Perkataan ni dah rosak sebab dah terlalu kerap disalahguna oleh budak MLM dan skim cepat lingkup. Memang menyedihkan.

Saya bercerita pasal saham dalam blog ni dah lebih lima tahun. Mula terjebak dalam pelaburan saham masa belajar dulu. Of course ada rugi. Tapi yang rugi tu semua adalah yuran untuk belajar.

Look at it this way. Kalau masa takde duit, berapalah sangat yang boleh rugi dalam saham berbanding dengan masa ada duit? Paling kuat boleh ada dalam akaun saham masa tu pun ribu-ribu je duit biasiswa kumpul sendiri. Jadi kerugian tu sangat limited berbanding bila dah bekerja ni dan dah ada simpanan yang lebih banyak.

Nak tunggu tua sikit baru nak main saham? Lagilah cari pasal. Dengan kapasiti diri nak belajar benda baru pun dan slow, memang cari nahas. Muda-muda paling ideal nak belajar melabur dalam saham.

Nak mahir dan faham tentang pelaburan ni perlu melalui proses pembelajaran dan proses ni bukan setakat teori je. Ramai orang terlalu obses dengan teori yang kalau boleh semua ebook / buku dia nak kumpul tapi langsung tak berani nak take action. Setakat buat sembang bolehlah, tapi habuk takde.

Bila dah buka akaun CDS tu, proses pembelajaran baru bermula. Hakikatnya memang akan rugi dulu sebelum faham macam mana nak buat duit melalui saham. Ada yang ambil masa berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun dan ada yang stop sebab first time trial rugi banyak sampai terus serik. Impossible untuk terus jadi kaya.

 

Melabur dalam saham memang boleh buat duit dan sebenarnya tak susah sangat. Anda cuma perlu ada pengalaman dan pengetahuan yang cukup. Nak kumpul pengalaman tu yang susah dan ramai tak berani atau sanggup. Semua orang nak short cut.

Last-last parking duit dengat salesman unit trust je. Lepas tu check harga fund hari-hari macam feeling main saham.

Yang muda tu nasihat saya, pergi buka akaun CDS sekarang and beli saham anda yang pertama. Tak kisahlah banyak mana. Asalkan ada. You will learn from there.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

2 Comments

Leave a Reply