Dah sebulan kat Malaysia dan aku dah try perkhidmatan mobile/wireless broadband daripada ketiga-tiga buat syarikat telekomunikasi Malaysia ni. Ni review aku.
Maxis Broadband
Setakat yang aku guna, Maxis lah yang paling laju – kat Lumut hari tu. Balik Subang Jaya walaupun pakej broadband seminggu tu ada 2 hari lagi tinggal dan banyak lagi trafik (ada 1GB lebih lagi kalau tak silap) LANGSUNG tak boleh guna. So trafik terbazir begitu sahaja, rugi duit kat situ dan aku malas call nak complain. Bazir kredit dan masa menunggu customer care angkat phone. Kalau buka page Maxis kat Facebook masa tu, terlalu banyak komplen, cacian dan makian daripada pengguna yang tak berpuas hati.
Ramai yang aku dengar dah beralih daripada Maxis Broadband ke perkhidmatan lain. Mungkin kat KL ni teruk. Yang peliknya, bila switch ke line Hotlink, internet 3G dia laju sangat, sekelip mata kredit aku habis – sebab aku guna Samsung Galaxy S memang phone tu sentiasa connected kalau tak disable internet. Broadband internet langsung tak boleh guna, tapi line 3G laju.
Dari segi kos, aku rasa Maxis punya harga yang paling mahal sekarang.
DiGi Broadband
DiGi ni antara yang terlaju kat area Subang Jaya. Sebelum ni kalau Celcom sku buat hal aku terus guna broadband DiGi cuma yang bermasalahnya signal dia tak berapa kuat. Kalau Celcom, aku duduk kat dalam bilik still boleh dapat line 3G, tapi kalau DiGi, haram. Awek call pun memang tak clear langsung dan selalu putus.
DiGi broadband ni kalau nak laju sama ada aku duduk luar rumah main internet atau pun duduk kat bilik atas. Kos RM5 sehari, trafik tak tau berapa banyak. 5 GB kot. Mahal dan dalam sedar tak sedar, banyak gak aku dah top up DiGi prepaid aku. Minggu lepas aku baru beli simcard DiGi internet, itupun sebab ada competition kasi Netbook. Boleh la kot guna as back up. RM2 sehari kalau tak silap, tapi trafik 3 GB sebulan.
Untuk pengetahuan semua, masa presentation untuk gathering Geng Blogger hari tu, aku guna DiGi broadband. Oklah kan. Hujung-hujung Putrajaya, kena lalu kawasan kubur Putrajaya dulu baru sampai tempat tu tapi still ada DiGi internet. Kat Lumut pun ada Edge ngan GPRS, memadai untuk aku jadi Mayor dalam Foursquare kat beberapa lokasi Lumut. ekeke..
Celcom Broadband
Masa entri ni ditulis, aku gunakan Celcom Broadband tapi setelah berpuluh kali fail upload gambar, aku terpaksa guna DiGi broadband untuk siapkan entri ni. Celcom Broadband ni ada, tapi tak memuaskan. Itu yang menyakitkan hati, ada tapi kadang-kadang boleh guna dan kadang-kadang tak. Memang potong stim.
Dari segi kos, aku rasa Celcom Broadband adalah yang paling murah. Hari tu planning nak amik yang laju sikit lagi, RM98 sebulan tapi bila tengok ada provider yang boleh kasi speed yang lebih laju dengan volume trafik yang lebih banyak, aku rasa elok je aku guna yang lain.
Macam aku cakap sebelum ni, line Celcom memang kuat. Kat mana-mana dalam rumah aku pun boleh dapat 3G, tapi bila connect dan aku nak buat kerja, memang berjam-jam amik masa. Dalam dunia internet dan blogging ni, time is money.
***
Jadi itulah review aku setakat ni. Lepas ni aku akan guna P1. Katanya kat USJ ni dah ok, kita tengok macam mana. Entri ini akan diteweet kepada akaun twitter syarikat-syarikat telekomunikasi ni. Tengoklah kalau diorang berani nak retweet balik review pengguna. Bukan senang nak dapat review serentak macam ni.
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010: