Maxis 4G Bloggers Blaze!

Ini adalah event paling penat dan paling best, serta paling saya tak boleh lupakan.

We started early last Sunday. Saya diberitahu pukul 8 dah start, jadi 7.45 saya dah terpacak di starting point berhadapan e@Curve Damansara. It’s my culture to be early for events, kalau lambat tu mesti ada something yang tak kena.

maxis-4g-1

Nampak belon-belon tu? Setiap belon ada QR code sendiri dan code tu akan bagitau lokasi untuk cabaran pertama. Won’t say saya main tipu atau apa, cuma kalau dah sampai awal dan takde orang, bolehlah curi-curi scan QR code belon-belon yang kat tepi tu. hehe..

Event ni format dia macam explorace or treasure hunt. The twist is peserta perlu menggunakan internet Maxis 4G untuk menyelesaikan task-task yang diberikan. Setiap kumpulan diberikan smartphone 4G (kami diberikan Samsung Galaxy Note 3) untuk digunakan semasa cabaran ini.

Team Jaguar! First time meeting them. From left, Shannon, Sarah, me & Kheirul. Great people, great team.

maxis-4g-2

Cabaran pertama, get the baloon! I say this is not an easy task sebab banyak sangat code yang perlu di scan. Kebarangkalian untuk dapat code yang betul adalah sangat rendah but eventually we manage to get our code. Team saya adalah yang ke-empat atau ke-lima yang berjaya scan code yang betul. Not bad for a start.

So we rushed to Sunway Lagoon untuk cabaran pertama. Dengan bantuan network Maxis 4G, kami gunakan aplikasi Waze pada smartphone yang dibekalkan. Daripada maklumat Waze dapat tahu trafik tak teruk sangat. So oklah. It’s a good thing event ni buat hujung minggu. Traffic jam taklah mengerikan sangat.

maxis-4g-3

Cabaran kedua @ Sunway Lagoon. Main game. Serious! Game Drag Race ni didownload on-the-spot masa kat sana, sekejap je dah siap. Kagum dengan kelajuan Maxis 4G LTE ni. Kena dapatkan masa terpantas dalam drag race game ni. Malangnya semua dalam kumpulan saya bukan kaki game Android, semua first time try game ni. Jadi tak dapatlah masa terpantas untuk menang cabaran ni.

Maxis 4G LTE Bloggers Blaze-002

Cabaran ketiga, go-kart racing! Sebab bawa laju sangat, tak dapat tangkap gambar masa atas go-kart. Go-kart ni is all about speed masa kat corner. Kena cilok baeekk punya supaya orang tak potong. Break sikit dan terus potong ke dalam full speed sepantas speed Maxis 4G. haa.. camtu!

Lepas selesai cabaran kat Sunway Lagoon, kami bertolak ke Wangsa Maju untuk cabaran seterusnya. Sunway – Wangsa Maju agak jauh dan macam biasa Waze jadi penyelamat daripada traffic jam. Nampak tak bergunanya high speed internet macam Maxis 4G ni dalam kawasan bandar yang sentiasa sesak ni? Speed dan coverage yang luas adalah sangat penting!

Maxis 4G LTE Bloggers Blaze-004

Ada spiderman cuba menerkam Ariff Shah dari belakang..

Maxis 4G LTE Bloggers Blaze-005

Cabaran keempat, wall climbing. Kami perlu panjat dinding tu, ambil flag kat atas dan bawa turun. Second climb, kena letak balik flag tadi kat atas. Seorang ahli ditugaskan untuk merakam video dan upload ke akaun Google+ yang diberikan. Too bad haritu saya kurang sihat sikit, kalau tak memang no problem nak dapatkan masa terpantas. hmmm…

Bukan sahaja download speed laju, upload speed untuk Maxis 4G ni pun laju. Macam guna internet fiber 20 mbps kat rumah untuk upload video tu. Lepas selesai upload, kami bergegas pulang ke e@Curve Damansara untuk cabaran terakhir.

Maxis 4G LTE Bloggers Blaze1

Cabaran terakhir, makan tembikai paling cepat tanpa menggunakan tangan. Masing-masing berbasah-basah dengan tembikai hari tu. What a good end.

Keputusannya, team saya tak menang :( But we had a lot of fun. It’s nice to meet other bloggers out there. It’s also nice to know that Maxis 4G network ni adalah real dan berfungsi sepenuhnya dalam kawasan coverage mereka. Nak tukar ke iPhone 5S tak lama lagi dan coverage 4G ni akan saya gunakan hari-hari.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Maxis kerana menjemput saya dalam event ini. I’ll see you guys in your next event :)

1468607_10202592280317893_548064270_n

 

Comments

    • Ariff says

      Boleh check coverage kat sini.

      Jumaat ni ada sesi twitter chat bersama CEO Maxis jam 11-12 pagi. Boleh tanya apa-apa soalan kat dia berkaitan Maxis.