Masalah Bekalan Air Di Selangor dan KL

m_syabas

Sebelum kahwin dah selalu dengar wife merungut pasal masalah bekalan air kat sini, sekarang merasa sendiri masalah bekalan air yang hampir setiap minggu melanda Kampung Sungai Penchala ni.

Bukan kawasan ni je terlibat, kawasan sekitar seperti pinggiran TTDI dan Bukit Damansara pun terjejas sama. Beli hartanah juta-juta, tapi yang ironiknya masih lagi terjejas dengan masalah third world country.

Antara punca yang dapat saya kenalpasti melalui pembacaan daripada beberapa sumber di internet:

1. Kegagalan pengedar air terawat Syabas dalam mengedar air kepada pengguna. Syabas bertanggungjawab mengedar air terawat, mengelenggara dan mengurus pam air, takungan air dan stesen pam. Paip pecah, pam gagal berfungsi dan macam-macam lagi masalah dalam penyaluran air adalah tanggungjawab Syabas.

Mereka kena alert dan lebih cekap menangani masalah ini. Ada laporan di page Puspel Syabas mengatakan paip pecah beberapa hari masih tidak dibaiki oleh pihak Syabas.

Syabas adalah memegang konsesi 30 tahun sebagai pembekal air terawat dan dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang juga pengerusi eksekutif  sebanyak 70% melalui Puncak Niaga Sdn Bhd.

2. Paip pecah akibat daripada kemalangan semasa pembinaan MRT dan projek pembinaan lain menyumbang kepada masalah bekalan air di Selangor dan KL. Kemalangan semasa projek pembangunan ni normal, lebih-lebih lagi di negara macam Malaysia ni.

paip pecah selangor

Paip pecah di persimpangan masuk Curve semalam (15 Februari 2014)

3. Kandungan ammonia yang tinggi di dalam bekalan air Sungai Langat. Kandungan ammonia yang tinggi ni disebabkan oleh pencemaran (tumpahan sisa buangan), sisa baja tumbuhan dan pembuangan sampah/air sisa buangan ke dalam sungai. Dua loji utama Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup disebabkan oleh kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. 

Kat Malaysia ni tak kiralah kat bandar, kampung ataupun pusat pelancongan, boleh nampak mentaliti bangang rakyatnya yang suka buang sampah merata-rata. Malangnya ramai antara kita tanpa rasa bersalah buang sampah tak kisahlah kat sungai ataupun tepi jalan.

Sekarang baru nampak dan terasa betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.

4. Musim panas yang melanda menyebabkan takungan air menjadi rendah. Kadar takungan air yang rendah juga menyebabkan kandungan ammonia dalam air meningkat. Kena tunggu hujan supaya kandungan air yang bertambah dapat membantu melarutkan kandungan ammonia dalam air.

Sebagai pengguna, tak banyak yang kita boleh lakukan sekarang selain daripada menggunakan bekalan air yang ada secara berhemah. Selain itu, anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang masalah bekalan air melalui page Puspel Syabas di Facebook.

7 Comments