Masa Terbaik Untuk Membeli Saham

Bagi mereka yang nak melabur dalam saham, all the time is not the best time untuk membeli saham. Tak sama ya macam unit trust. Agen unit trust memang suka guna tagline ni bila orang tanya bila masa sesuai nak beli fund.

Masa yang paling sesuai untuk membeli saham bagi tujuan pelaburan (bukan trading/short term play) adalah hari yang macam hari ini di mana banyak kaunter jatuh, of course kalau anda memang dah buat homework saham apa yang nak dibeli dan dah sediakan modal.

826 kaunter jatuh

Susah sebenarnya nak cakap bila nak beli saham, tapi waktu macam ni adalah antara yang terbaik untuk membeli. Dari sini boleh nampak samada sesuatu saham tu mempunyai high confidence level dikalangan pelaburnya ataupun tidak.

Apa yang lagi best ialah bulan Ogos adalah reporting month bagi kebanyakan syarikat untuk mengumumkan laporan suku kedua mereka. Jadi bagi syarikat yang memang bagus untuk pelaburan, laporan suku kedua yang bagus akan menjadi booster untuk saham syarikat tersebut melonjak.

Awal September nanti saya akan tunjukkan beberapa contoh syarikat ni. Stay tuned!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.