Masa Terbaik Untuk Beli Saham – Part 2

Nasib baik ada orang ingatkan saya untuk buat entri ni.

Apa yang anda perlu faham tentang entri sebelum ni ialah kalau nak melabur dalam pasaran saham, anda perlu mempunyai beberapa kaunter bagus dalam watch list masing-masing. Jadi bila berlaku lautan merah seperti pada 11 Ogos yang lalu, bekemungkinan besar ada peluang untuk membeli dan dapatkan keuntungan bila market dah stabil semula. Saya tunjukkan beberapa contoh.

PetronM

PetronM. Antara kaunter terbaik 2017. Kaunter ni dalam uptrend dan disebabkan ianya dipengaruhi oleh faktor seperti harga minyak, memang ada naik turunnya walaupun sedang uptrend.

Harga terendah 11 Ogos: RM8.44
Harga closing 5 September: RM9.17
Kenaikan 8.5%

VS

VS pun antara the best tahun ni.

Harga terendah 11 Ogos: RM2.04
Harga closing 5 September: RM2.40
Kenaikan 17.6%

***

My point here is, good uptrending stock tidak terkecuali daripada sell off kalau market jatuh. Masa jatuh ni mereka yang dah ada position boleh ambil peluang untuk top up manakala yang terlepas peluang boleh jump into the boat. Syaratnya mudah je, kaunter syarikat yang dibeli adalah kaunter bagus dan yang membuat keuntungan.

As usual, my secret group here recommends good companies yang memang buat untung. Ada saham yang mereka recommend dari tahun 2015 dah bagi pulangan sehingga 6 kali ganda kalau pegang sampai ke hari ini. Bagi yang baru nak belajar pasal saham, belajar dengan mengenal company yang bagus untuk investment dulu. I learn that from the secret group.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.