Bila Masa Lebih Mahal Daripada Duit

Dah lama dengar pasal cendol Banting ni tapi baru-baru ni je dapat try. Nak jalan-jalan dekat pun berkira masa dah sekarang. Busy.

Ni nasihat saya kepada budak-budak yang masih di universiti. Gunakanlah masa anda sebaiknya.

Masa belajar memang best. Sepanjang hari boleh bantai main komputer tanpa rasa bersalah.

Bila dah kerja, setiap hari paling kurang 9 jam akan hangus untuk dapatkan gaji pada hujung bulan. Kalau tempat kerja jauh dengan rumah, tambah lagi sejam pergi dan balik.

Gaji ni satu je, memang tak pernah cukup. Gaji besar tak cukup, gaji kecil, apatah lagi kan.

Kemudian, bila dah berkahwin masa kena allocate untuk family. Semakin bertambah ahli keluarga, semakin banyak masa kena allocate untuk mereka.

Bila dah dewasa ni, masalah paling besar bukanlah duit tapi masa. Kita gunakan masa untuk buat duit. Ada masa lebih, boleh buat duit lebih daripada sumber lain.

Ini masalah saya sekarang. Saya tahu kalau saya ada lebih banyak masa, saya boleh buat macam-macam. Hasilnya lebih baik daripada berada di pejabat 8 jam sehari. Tapi sebab komitmen, buat masa ni belum boleh berhenti kerja sesuka hati.

Saya sedang bekerja keras ke arah itu.

Jadi untuk anak-anak muda sekarang, especially lelaki, nasihat saya simple je, masa tahun-tahun akhir kat universitilah masa paling sesuai untuk start sesuatu.

Belajar main saham boleh, belajar pasal property boleh dan kalau minat, cari side business seperti jadi wealth planner Takaful atau unit trust consultant. Cukup-cukuplah main Dota tu.

Buat benda-benda ni untuk dapatkan real world knowledge dan soft skill. Dengan soft skill yang mantap, interview kerja dengan MNC macam kacang putih je. Nak berdebat dengan interviewer orang Perancis pun takde hal.

Bila prepare awal macam ni, 2-3 tahun lepas tamat belajar korang akan nampak hasilnya. Mungkin korang akan beli rumah terlebih dulu, dapat kerja company international atau ada perniagaan yang dah stabil berbanding rakan yang masih sibuk main-main masa tahun-tahun akhir di universiti.

Zaman sekarang semua kena cepat. Yang lambat akan ketinggalan.

Saya cerita bukan berdasarkan kisah saya tapi saya bagi contoh mudah la. Follow Fazreen (TheVocket.com) or Amanz (Amanz.my) or Faz (TudungPeople.com). Mereka berjaya dalam bidang mereka sendiri dan bermula dari zaman mereka belajar. Tengok achievement mereka sekarang.

Zaman sekarang peluang untuk orang muda cepat berjaya lebih besar berbanding zaman mak ayah kita dulu, dengan syarat korang follow path yang betul dan start awal.

All the best!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

21 Comments

  • Hairi Ariff

    25 March, 2015 at 11:44 am

    Saya sebagai mahasiswa di Universiti sangat bersutuju dengan hal ini Tuan. Ramai anak muda sekarang yang lebih suka menghabiskan masa di twitter dan instagram. Mereka juga masih mempunyai mentaliti jika grad lulusan kejuteraan semestinya ditawarkan kerja – kerja yang menarik hakikatnya sebaliknya. Pembinaan soft skills atau ilmu perniagaan itu sangat penting seperti yang Tuan Ariff Shah terangkan.

  • emalinmohd

    22 February, 2015 at 10:11 pm

    Tak pernah terlewat untuk mencuba dan menguruskan masa sebaiknya. Sekarang pun ramai yang buat 2 kerja pada satu masa.

    Namun yang telah berjinak dari masa zaman ipt memang saya tabik. Mungkin juga boleh buat dropship. Buat marketing sahaja untuk yang tak nak keluar modal.

  • takky

    22 February, 2015 at 3:46 pm

    just nak tanya pendapat bro…
    sama ada saya patut ikut kata hati atau ikut arus semasa……

    abg ipar ajak saya main Forex la ni…
    sebab keadaan ekonomi yang tak berapa stabil bagi saya buat masa ni…
    ikutkan hati, saya tak nak join sebab masih belajar dan tak ada modal….
    plus saya bukan orang yang pandai nak tafsir2 naik turun graf semua nie…..
    tapi bila ikut akal fikiran serta arus semasa la nie….
    saya teringin nak join Forex sebab ianya salah satu cabang nak dapat duit n tak payah nak susahkan ibubapa lagi…
    cuma risiko ye saya tak berani dan sangup nak ambik…

    saya patut ikut kata hati atau arus semasa??
    harap sudi balas sebab perlukan nasihat membina dari orang yang berpengalaman dalam bidang2 seperti ini….

    • Ariff

      22 February, 2015 at 3:58 pm

      Belajar forex bagus untuk faham analisis teknikal. Bila nak main saham nanti, pengetahuan daripada main forex ni boleh dipraktikkan. Cuma kena belajar betul2 la.

      Pada saya, kalau baru nak mula ni, apa2 modal yang dikeluarkan adalah yuran pembelajaran. Nak jadi kaya atau dapat income secara konsisten tu memang tak la.

      Oleh sebab itu, kalau nak try forex ni, cuba dengan modal yang paling minima.

      Kalau tak sanggup/berani ambil risiko, lebih baik jangan. Banyak lagi sumber nak cari duit di luar sana, antara nak dengan tak nak buat je

      • takky

        23 February, 2015 at 12:26 am

        itulah yg saya risau….
        sebab saya tak berani nak join forex nie….
        lagi2 saya memang lemah dalam bab analisis dan tengok naik turun graf nie….
        nak join forex mesti faham betul2 tentang perkara ini….
        dan minat tu kena ada….

        yg buat saya serba salah ialah abg ipar saya sampai sudi nak masukkan saya ke kelas forex untuk belajar perkara ini…
        itu yg buat saya jadi serba tak kena bila fikir hal nie…..

  • Siti

    18 February, 2015 at 6:33 pm

    Betul tu.. ingat lagi masa kami mula-mula kahwin dulu, bisnes tak mantap mana, masa untuk keluar makan dgn suami dan main bowling, main game together memang best. Sekarang bila dan masa pun tak ada, rasa lebih memilih sebelum terima apa-apa project supaya sikit masa untuk spend dgn family.

  • fara

    18 February, 2015 at 4:00 pm

    Betull..sebenarnya masa lagi mahal..

    sebagai seorg ibu kepada 2 org anak ni, saya bersyukur sgt sebab kerja saya sbgai pemilik pusat tuisyen, hanya malam je..siang, bole concentrate pada family..anta amek anak sekolah..seronok sgt..

    Tak perlu lagi attend meeting..stress dgn client..takot kena marah dengan bos..hehehe

  • Aida

    18 February, 2015 at 8:17 am

    LOL…. susah nak jawab pasal komitmen kerja ni. Sy yg perempuan pun sedang berusaha keras utk decrease komitmen bulanan tu… Insy nak tinggalkan loan kereta & rumah je. Pasni if tukar kereta sekalipun loan yg nak dibuat cuma 60-70 ribu… tak larat laa buat loan kereta sampai cecah seribu sebulan. masak!!