Mari Pecahkan Bongkah Ais @Bukit Bintang #CLEARmeltdown

Reading Time: 3 minutes

Bongkah ais di tengah panas Bukit Bintang. Ok. Memang cool!

clear-meltdown-1

Event kali ni bertempat di hadapan Fahrenheit 88 Bukit Bintang. Sebuah bongkah ais penuh dengan syampoo CLEAR ditempatkan di situ dan orang ramai boleh mengambil bahagian untuk memusnahkan bongkah ais ini untuk mengambil hadiah berupa syampoo CLEAR setiap satu.

Pemenang bertuah akan menerima sebotol conditioner (barulah lengkap ada syampoo dan conditioner), shopping voucher bernilai RM30 dan pemenang utama akan menerima pakej percutian untuk dua orang ke Korea!!

Bestnya kalau dapat kat saya! Dapat pergi Korea untuk honeymoon tu XD Korea antara destinasi percutian yang romantik untuk honeymoon.

Walau apapun, untuk mencari pemenang pakej percutian tersebut, bongkah ais tadi perlulah dimusnahkan dahulu. Di tengahnya terdapat sebuah kota besi yang terkunci dan botol syampoo dari bongkah ais ini didatangkan dengan satu kod empat angka.

Salah satu daripada kod daripada 400 botol syampoo ini boleh digunakan untuk membuka peti besi ini tadi dan individu yang berjaya membuka peti besi ini akan memenangi pakej percutian tadi.

Event ni best sebab saya dapat hancurkan bongkah ais tu. Memang puas hati pecahkan bongkah ais tersebut dengan tukul besi. Serius. Memusnahkan sesuatu adalah lebih memuaskan hati berbanding membina sesuatu sebab kalau nak buat something memang susah, nak hancurkan senang je.

clear-meltdown-2clear-meltdown-3
Muka puas walaupun dapat shampoo je. haha

Cerita sikit pasal shampoo Clear untuk lelaki ni. Tengok rambut saya tu? Nampak sihat dan kemas je kan? Sebagai pengguna tegar shampoo clear, saya boleh kata shampoo ni memang bagus untuk kulit kepala, especially bagi lelaki yang aktif seperti saya. Ia menjadikan kulit kepala saya sihat dan kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang cantik dan tiada masalah kelemumur.

Clear Cool Sport Menthol for Men mempunyai menthol yang berfungsi sebagai penyejuk kulit kepala. Memang elok sangatlah sebab cuaca sekarang memang panas terik. Saya gunakan shampoo ni hampir setiap hari sebab cooling effect kat kepala masa guna shampoo ni memang best! Nak cerita susah, korang kena try sendiri.

clear-meltdown-4

Lagi satu sebab best adalah kerana saya dikelilingi oleh 4 orang blogger yang jelita. hehehe.. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Mesti ramai blogger yang tak puas hati dengan gambar ni.

Overall, satu event yang cukup menyegarkan daripada CLEAR. Sebuah bongkah ais yang besar di tengah bandar dalam cuaca panas adalah kombinasi yang tepat. Orang ramai langsung tak mempunyai masalah untuk menyertai event ini.

Siapa yang menang pakej percutian tersebut? I don’t know. Tapi saya harap, saya menang.


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Mari Pecahkan Bongkah Ais @Bukit Bintang #CLEARmeltdown”

  1. Aqusha Mitchi Avatar

    Macam best je..lgi2 kalo bertuah dpt pakej tu. Dah la enjoy menang lgi..perh

  2. ohcikgu Avatar

    fuhh..memang senang nak musnahkan sesuatu benda nih..

  3. Akmal Aizat Avatar

    Boleh try shampoo CLEAR lepas ni. Skrg pakai BA WANG tapi biasa2 je. Musim panas kepala cepat gatal.

  4. Eridy Avatar

    Eh, dulu gambar nie dah pernah publish kan? entri nie kena hold ka?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Gambar dah publish kat Instagram/Facebook. Ni official entry untuk event tu

  5. akubiomed Avatar

    Mesti kepala rasa berangin selepas mengunakan shampoo.

  6. kaykillua Avatar

    Tempat keje gua punya la dekat..tapi tak perasan ada event camni. (bajet fokus keje je)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Event masa weekend. Tu sebab tak perasan kot