Sekali sekala nak try jugak blogging pasal benda lain kan.. Aku tak pernah nampak lagi blogger lelaki blog pasal memasak, tak kiralah resepi memasak ke atau cara memasak, jadi aku nak try.
Kali ni aku nak ajar cara-cara memasak makaroni goreng. Ini adalah 100% resepi ciptaan aku :D Tak refer mana-mana punya buku atau blog resepi. Bila dah cuti macam ni, takde orang kat dapur senang sikit nak buat apa-apa. Dapur pun bersih, orang tak ramai. Nak memasak pun jiwa tenang. Jadi kalau aku bawak kamera besar besar masuk dapur, tangkap gambar bahan-bahan memasak ni semua takdelah orang nak menjakunkan diri. Kalau nak tolong takpe, ni karang kalau sibuk-sibuk pot pet pot pet kacau gak, betul tak?
Bahan-bahannya ialah:

- Makaroni, standard la kan. Kalau nak masak ikut cara aku ni, elok makaroni jenis yang spiral tapi disebabkan aku ada yang bentuk macam.. macam yang dalam gambar tu, guna yang tu pun boleh la. Makaroni macam tu elok buat makan dengan sup, terutamanya campbell sup. Sedap~ Feveret aku. Ish. Nak buat lah lepas ni :D
- Sos tomato, boleh ganti dengan cili kering yang dah dikisar atau cili boh. Aku malas nak blend cili, so guna sos tomato Heinz aje.
- Kicap, diimport dari Malaysia – kicap manis cap kipas udang =)
- Sos tiram, ni beli kat sini. Mahal giler. Satu botol kecik camtu pun dekat RM10. Bodoh punya Russia.
- Tobasco, ni option je. Sebab aku guna sos tomato konon nak buat pedas lagi la letak tobasco. Tak pedas pun. Hampeh!
- Tandoori paste, ni pun option je. Takde pun takpe.
- Garam
- Bawang besar dihiris untuk ditumis
- Daging dihiris nipis
- Sayur. Sayur ni aku tak tahu sangat, tapi aku guna Mexican mixed veggie
Secukup rasa..
Mexican mixed veggie
Cara-caranya ialah ( boleh baca sambil bayangkan cara chef Wan explain~ )
- Rebus makaroni. Tambah garam sikit semasa merebus, supaya.. supaya tak tawar kot. Lepas tu toskan air dia dan biarkan sejuk. Kalau panas-panas nanti masa masak jadi lembik. Kat sini letak tepi tingkap je kalau nak sejukkan makaroni tu.
- Tumis bawang yang dah dihiris.
- Masukkan sos tomato dan tobasco tambah air.
- Tambahkan kicap dan sos tiram. Tak perlu banyak, satu sudu each cukup sebab nanti rasa pelik kalau banyak.
- Masukkan daging dan masak daging sehingga empuk di atas api yang slow and steady. Itulah sebabnya daging kena hiris nipis-nipis. Aku paling pantang budak-budak ni masak daging tapi potong besar-besar. Pemalas sungguh! Padahal sendiri yang nak makan jugak, susah hidup dengan orang bujang nih.. tengok aku dah start membebel time masak
- Bila agak-agak daging dah empuk tu, boleh masukkan mixed veggie tadi. Mak aku cakap kalau nak masak sayur tak payah masak lama-lama. Nanti tak best.. So dalam 2-3 minit masak oklah.
Lebih kurang camni la rupa dia - Lepas tu masukkan makaroni.
- Kacau, kacau dan kacau.
- Tambah garam secukup rasa.
- Siap!

Kalau nak pedas dan nampak cantik lagi boleh hiris cili merah sikit. Masalahnya aku takde cili merah, tiba tiba je datang mood nak blog pasal memasak. Tak prepare langsung.
Tanya aku sedap ke tak? Hm.. kalau aku cakap sedap nanti orang kata aku ni masuk bakul angkat sendiri pulak kan? Jadi macam nilah, takkan aku nak kasi resepi yang gagal dan tak sedap, betul tak? Kalau aku berani blog kat sini, mesti benda tu dah jadi dan sukses. Tak gitu? Tapi kalau korang try dan jadi tak sedap, itu masalah korang la. Wahahaha~
Apa-apa pun boleh tanya balik. Jangan ko tanya aku camne nak buat rendang sudah..











hehehe nampak best tu!
Wah. Dari pakistan datang nih. Haha. Aku lupa ko ada blog makanmalaya tu.
mmm… nmpak sedap…
fuiyo! terer tu masak makaroni, kebetukan housemate aku pun masak makaroni gak semalam. tapi bukan goreng, ‘makaroni berkeju dibakar dalam ketuhar’..lagi sedap!
Cerita terbaru nursarah.. ada pengunjung dari bulan…
HA. yang tu tak penah try lagi.
Kat sini banyak sangat jenis keju. Terlalu banyak, ada murah, ada mahal. Jadi tak tahu
nak guna keju yang mana satu untuk buat makaroni berkeju dibakar dala ketuhar tu.
Nampak macam sedap..tapi belum tentu sedap..so ko poskan kat aku satu..terbaik punyer..hahaha..
p/s – memang bagusla lelaki pandai masak, ni asyik pandai masak air jer..:D
Cerita terbaru hafizmd.. Chot vs Saod
Kalo aku poskan, confirm jadi tak sedap. Tak kisah la walau sesiapa pun masak.
haha..
woyoooo ariff dh nk jadik chef plak. gud la. xpenah masak makaroni sbb errr sbb malas. hahaha
Cerita terbaru nOj.. 1ST CHEQUE FROM NUFFNANG ALREADY ON ITS WAY TO MY POSTBOX – ok this one really makes my day
Lebih kurang macam masak bihun je.. haha~
perh kau..da la feveret..bbunyi plak perut ak neyh nengok..hhohohhoho
Cerita terbaru fifi.. bersyukur kita cukup sifat!
Haha. Aku suka Campbell soup!!
Waa aku dh lapar balik
Masak amir. Sekarang ko tinggal ngan awek negara mana lak? Kalau masak ngan dia kan best
Sorng jerman sorng ethiopia. Mknn sdap kalau msk sorng2 boleh mkn smua. Hahaha tamak gila.
kicap cap kpas udang mmg tak putus dlm umah aku nih.. setiap kali balik msia mesti bwk sorg satu.. so ble arr tahan selama setahun kot kicap tue.. huhu.. walaupon kat sini ada kicap.. tapi tak sesedap kicap cap kipas udang.. mavelesssss…
Kat sini semua kicap soya masin.
Wek~ tak sedap. Kicap cina dari china. Ntah hape-hape ada dalam tu.
hahah encik ariff, tuh dah macam makaroni masak kuah or sos
bukan dlm kategori goreng lagi la kut..haha
nice, akan dcuba
Cerita terbaru Yeast.. Entri Pendek
Ahaha. Aku main bantai je letak nama.
Takpe2. Resepi sendiri kita boleh buat suka hati.
wah pasnie boley la encik areif masakkan untuk saya!!!! hahah
bagus, bagus.. dah pandai masak.. dah boleh kawen anak mak ni..hehe =)
BOleh2 :D
aku teringat makaroni kat kantin sekolah! gila sedap siut!! hahaha
tapi dah 5 tahun berlalu uhuks
hebat lah sekolah ko pun ade makaroni gak eh?
Kat sekolah aku dulu takde pun. Tak habis-habis nasi lemak
Waaa karang kita fight saper pandai masak lagi
Cerita terbaru touya.. [VLOG] Tagged by Yusenze , Nina dan Cikgu Isza
haha. Confirm aku kalah. Aku belajar sendiri je. Ko mesti ada coaching ngan mak ko.
Twitter: maisyara
says
menyelerakan laaaaa… post laju makaroni tu! nyam.. nyam.. nyam.. hahaha..
cube test masak makaroni sup.. sedap! nyam~~ nyam~~nyam~~ xD
waaa….mewarisi kehebatan mak…bgus2…. =)
Biaselah. Aku tengok orang masak pun aku boleh tiru :P
sombong plak…eleh!masak gulai tempoyak ikan patin skrg!! =P
Cerita terbaru wawaa.. Package to Disneyland, Paris
ikan patin pun aku tak penah nampak
ya rabbi..xpenah nampak?yakin?aishh..kesian ko…berselera aku tgk makaroni ko ni…rasa guarantee sedap ke bro?
Cerita terbaru wawaa.. Lagi kes remaja kutuk Islam
tengok pon dah terliur..mesti sedap tu..
boleh la kot. Habis la jugak satu periuk tu. hehe~
Twitter: zara_syed
says
Pergh Ariff~
Aku vote ko jadi tukang masak aku boleh?
boleh la ya Ariff?
hehehe~
Cerita terbaru Lord Zara.. Bila Alatan Tangan Bertukar Menjadi Alatan Kaki – Perlukan Kata Laluan Yang Tepat Untuk Segumpal Darah Bernama Hati.
ish. ni masak style orang bujang je. Buat malu kasi pompuan rasa..
Twitter: zara_syed
says
ceh~
Chef wan masak sampai dapat datuk ariff oit~
=]
Cerita terbaru Lord Zara.. Lelaki Bermata Biru – Maaf B, Simpan Dahulu Tawaran Kamu – Bukan Masa Untuk Memburu Kerana Aku Seorang Guru Yang Asyik Membaca Buku.
perghh..pndai masak ko..mmg versatile la..meleleh air liur aku tengok gmbar last tuh..
Cerita terbaru shuko.. 11 extension yang akan membuatkan anda jatuh hati dengan Google Chrome
haha. tu photoshop baek punya~
Mantop2,,,nnt aq cbe
Twitter: mrbintang
says
x nmpk cam goreng pun makaroni tu? hehehe..
wahh.. padai ko masak erk? sure sedap nih.. hehehe.. :P
Twitter: mrbintang
says
first time tngk gambar.. mata aku tertumpu pada kicap cap kipas udang.. otak udang aku lak berfikir.. camne leh sampai kat russia? hahahaa
3 bulan la jugak nak menunggu sampai..
Boleh la sikit2 :D