Mangga Ads – Earning Dah Mula Masuk

Good news. Earning dah mula masuk untuk Mangga Ads aku. Diorang dah update system, betulkan itu ini. Jadi sekarang cara earning masuk untuk pengguna Mangga Ads adalah dengan melalui CPM sahaja atau Cost Per Meter. Lagi banyak pageviews, lagi banyak duit masuk. Simple. Dan aku rasa hampir semua ada CPM campaign dia sendiri kot. Tak pasti untuk channel-channel lain (blog.ariff tersenarai dalam channel Youth)

Pendapat aku nak join ke tak Mangga Ads ni, join kalau korang ada traffic yang not bad, tapi tak ada buffered campaign yang berjalan dalam Nuffnang. Jangan bazir traffic macam tu. Diorang tak nak kasi, kita tap on other resources. Kepada pengguna Innity, aku rasa inilah peluang korang untuk menambah lagi sikit-sikit earning. Kan seronok kalau tak terikat dengan sesiapa, betul tak?

Selamat menjana duit online =)


42 thoughts on “Mangga Ads – Earning Dah Mula Masuk

  1. Bro ariff..
    bro campur Advertlets ngn ManggaAds ni kan?
    xda mslh ke?
    aku takut jd mcm Nuffnang je, bla campur earning xkn naik sbb diorang ni competitor

    • tak sure cumanya susah la kot nak dapat invitation pergi event2 advertlets. Diorang pun ada gak macam Nuffnang yang geli2 tu.

  2. salam ariff,

    wah hebat..dah masyuk mangga ads

    aku dah letakkat blog aku..ada lah 2 3 sen hehe

    ingat nk buang jek

  3. bro, nak tanya. boleh ker kalau mangga ni alternate dengan innity?
    pastu apa plugin yang bro guna utnuk comment page ni?

    • boleh je. Takde problem.

      Plugin untuk comment page? Plugin macam mana? Kalau yang dia pecah kepada beberapa page ni, bukan plugin. Memang dah ada dalam theme. Kalau yang ada link kat bawah tu, guna plugin CommentLuv

      • Agak-agak apa plugin comment page yang sesuai, boleh recommended tak?
        Pastu aritu aku ada install comment seo friendly images
        betul ker dia akan bubuh keyword paad images secara automatik
        setakat ni aku tak nampak apa2 perubahan lagi

  4. suka mangga ad dgn innity sebab blog kita bebas – kita tidak terikat dgn sesuatu pihak – rugi diri sendiri.

    • Setuju sangat. Terikat-terikat ni dah macam kawin lak. Tapi kalau dah terikat pun tak dapat apa sangat, baik tak payah.

  5. salam bro.. nak tanya ckit.. kalo guna manga ads bersama ngan nuff serta innity (guna ketiga-tiga sekaligus) boleh ker..? tak terganggu ker pape status dorang..?

    • Nuffnang tak boleh campur dengan mana-mana kecuali Google ads. Kalau campur, earning jadi sikit.

        • Innity lagi banyak kot. Tak sure, kena tunggu Mangga Ads betul2 jalan dulu baru boleh tau

    • yeah. Hopefully. Mangga ads ni lebih kurang macam Innity kot dia punya developement. Bayar based on ads je dan takde benda-benda leceh yang lain. Itu sebab dia claim dia boleh kasi bayaran lagi tinggi.

  6. wah.. banyak masyuk ye.. tapi x join pon sbb takut nanti nuff tarik status gelihati depa tu.. takpelah.. akn terus setia dgn nuff dulu

  7. saya ada register dgn mangga ads ni, mereka kata dah bg email kat saya untuk activate.. tp bila tgk inbox ngn SPAM box, xda pon.. ish.. malas plak nak contact diorang ni…

    • Itu marketing plan yang bagus sebenarnya, cuma bukan semua dapat faedah dia. Jadi kalau dah tak dapat, kita cari lain je. Senang. hehe~