Mampukah blog.ariff Memotong Alexa Rank Oh! Tidak?

blog.ariff vs Oh! Tidak

Agak ambitious kan statement atas ni? Tapi itu yang bermain di fikiran aku sekarang. Mampu ke tidak? Sekarang ni blog.ariff berada dalam ranking top 250 laman web berpotensi untuk mendapat trafik yang tinggi di Malaysia (ranking sebenar semasa entri ni ditulis adalah #238) manakala Oh! Tidak pula berada di tempat #197.

Antara sebab-sebab aku percaya blog.ariff mampu memotong Oh! Tidak dari segi ranking ini adalah:

  • Seperti biasa aku mengamalkan best SEO practices, bukan sahaja dari segi teknikal blog, malah dari segi entri yang aku tulis.
  • Walaupun trafik aku taklah sebanyak Oh! Tidak, tapi aku percaya potensi blog.ariff di mata search engine adalah lebih baik.
  • Setakat ni semua target aku untuk memperbaiki Alexa ranking telah tercapai, jadi tak salah untuk aku meletakkan satu target yang lebih susah.

Jadi inilah target aku sekarang. Mungkin ada yang percaya blog.ariff tak mampu untuk capai target ni sebab trafik Oh! Tidak memang beribu kali ganda lagi banyak, tapi kalau orang yang faham macam mana Alexa rank ditentukan akan tahu yang target ni tidak mustahil untuk dicapai. Perlu berusaha lebih untuk mencapai target ini. Kalau ikutkan rentak di mana aku berada sekarang, paling cepat aku boleh kejar adalah menjelang April 2011, itupun kalau Oh! Tidak masih berada di tangga yang sama (rasanya memang tak logik macam tu).

Apa-apa pun entri ni bukanlah nak memperkecilkan sahabat aku Khai Hassan, pemilik Oh! Media Network. Kami berkawan seperti biasa dan dah bertemu beberapa kali sepanjang cuti musim panas tahun ni. Khai ni orangnya relax je. Persaingan sihat macam ni memang elok untuk aku dan blogger lain. Sekurang-kurangnya kerjaya dalam bidang menulis blog ni menjadi lebih mencabar.

Dalam masa terdekat ni blog.ariff akan dapat facelift baru. Insya allah.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

46 Comments