Malaysia Tak Akan Dapat Masuk Piala Dunia

Reading Time: < 1 minute

Pertama sekali mungkin sesetengah orang akan mula membenci aku tulis macam ni, siap buat vlog lagi! Tapi apakan daya, ni pendapat aku. Kalau tak setuju, pergi suarakan kat ruangan komen.

<
haipp.. ada orang lalu. Potong stim betul.

Sejarah pasal aku sikit. Masa sekolah rendah dulu, hampir tiap hari aku main bola sepak. Dulu kat tempat aku ada pasukan bola sepak sendiri ikut kawasan taman perumahan. Jadi dalam sebulan tu adelah 2-3 kali buat friendly match dengan pasukan bola sepak dari taman perumahan yang lain. Aku main dari darjah satu sampai darjah enam dan biasanya aku main defender la. Jadi nak cakap aku ni kaki bangku memang tak berasas la sebab aku memang main bola sepak dulu.

Masuk sekolah menengah, keadaan berubah. Agak bodoh sikit sistem sekolah asrama ni, budak-budak tak bebas sangat nak bersukan sebab padang dan court tak cukup. Senior je conquer. Padang pulak jauh dari hostel, kena turun bukit kalau nak main dan panjat bukit balik bila nak balik hostel. Jadi orang mula malas main bola. Yang rajin turun padang, budak-budak yang main rugby.

Bila dah tak dapat main bola sepak, diorang cari tempat lain nak sepak bola. At the end, court basket jadi gelanggang futsal; which is very stupid pada pendapat aku. Disebabkan malas turun padang, diorang mula main kat tempat yang tak sepatutnya. Menyusahkan orang lain. Aku? Aku tengok macam tu, lagilah malas aku nak main bola sepak, sebab dah takde orang main. Aku start main basketball sebab aku nampak ada masa depan, ada peluang nak berkembang dan pilihan aku tepat. Yang main futsal, sepak kuat-kuat tapi masuk tournament kalah jugak. Jaguh kampung~

Dari situ, aku nampak sikap orang Melayu dan kemalasan mereka dalam bersukan ni. Mereka nak main, ya.. semua orang nak main tapi main ala kadar jelah. Main tunggu bola, tunggu orang pass bola. Kalau pass depan sikit dah malas nak lari kejar bola. Bukan nak buat cerita, tapi ni benda yang aku nampak sendiri. Berlaku di mana-mana sahaja..

Simple je sebenarnya dalam bab bola sepak ni, dan sukan-sukan lain di Malaysia ni secara amnya. Kikiskan sifat kemalasan kemelayuan dalam diri pemain tu, disiplinkan diri sikit buat fitness dan training skill; bukan setakat main bodoh petang-petang macam tu je. Aku yang takde apa sangat ni pun buat training session untuk skill basketball aku. Ini nasihat ikhlas dan benar yang takde tapis-tapis punya daripada seorang ahli sukan kepada ahli sukan lain. Cuba korang kaji sendiri, banyak mana skill training korang buat untuk diri sendiri kalau nak dibandingkan dengan sesi main-main petang-petang macam ni.

***

High Definition video dirakam menggunakan Samsung Galaxy S daripada Maxis. Dapatkan update terkini program Maxis10 Samsung Galaxy S melalui twitter di hashtag #maxis10 dan page Facebook Maxis.

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

33 comments

  1. Goverment tak perlu la campur adukkan sukan dan politik. Lantik la orang yang betul-betul ada pengalaman dan ilmu dalam sukan tersebut. Jangan la sebab mereka ada jawatan besar, terus lantik jadik pengerusi atau presiden persatuan.
    Pastu, bila kalah, coach terus kena pecat..100% salah coach..tak patut..

  2. yuppy3..sgt setuju..mende prtame yg prlu berubah klu nk pi world cup ialah MENTALITI…klu yg ne pn x brubah agi, jangan harap r nk maju..harap pengadil je la yg dpt pi world cup..huahua

  3. Sukan malaysia yang biasa nye ke peringkat international badminton ngan squasy lah.. yang lain2 ada lg, cuma yg bola ni bilalah nak pergi ke peringkat yg tinggi ni..

  4. Whoa.

    Aku rasa kau perlu tapis sikit.

    Bab Malaysia tak akan masuk world cup itu aku setuju,hanya jika aku seorang yang realistik.Tapi peluang masih ada.

    Tapi,aku tak setuju kalau point utama kau sebab melayu malas.
    random sangat.

    Fikir balik. I mean it.

    Atau,kau akui sahaja kau hanya boleh menulis,bukan vblog.
    Sebab tulisan kau bagus.

    1. haha.. Takdelah. Ni memang aku saje nak push things to the limit. Saje jadi irrational sikit, let emotions take charge of everything.

      Thanks for the comment =)

  5. terlalu subjektif bro…tgk macam Korea Utara

    Korea Utara dpt masuk World Cup walaupun ranking diorg 105 kot…hehe.tapi diorg dpt ‘habuan’ kalau tak layak ke pusingan ke-2.diorg akan dikerah ke lombong arang batu.

    Kita?paling koman kena kutuk dlm paper,blog,FB,Twitter dan ruangan forum..tu je.
    Esok kuar paper.lusa?sejuk dah…

    1. realistik la bro…

      kite tak boleh nak buat macam korea utara tu..

      boleh jadi perang malaysia ni nanti..

      kita ada undang-undang..

      korea utara tu negara komunis dan kalau bro nak tau, diorang masih belum habis perang..sekarang ni diorang berehat sekejap dari perang..belom tamat lagi..sebab tu sistem nye macam gitu

      kalau buat kat malaysia macam tu..haru jadinye..

      ala, tak payah tengok jauh-jauh,,tengok budak sekolah sudah..cikgu sebat sebab nakal sangat, perangai penjenayah, tapi nanti cikgu tu yang balik kene tindakan undang-undang…

      so, secara logiknya..nak ke rakyat malaysia kalau kite buat macam tu?

      kan?

      and if this happens to you , would you want to be a football player?

  6. malaysia boleh hantar team badminton ngan skuasy je lah.. nak tunggu bola malaysia pergi international, tah bila la agaknya.. nak kena tunggu “mokhtar dahari” yang satu lagi.

  7. ariff, tajuk dan isi kali ni memang panas.
    tapi ada sesetngahnya menggambarkan realiti. betapa ada sesetengahnya yang memang malas sangat2, dan ada segelintir yang memang berusaha memajukan diri dan sukan secara umumnya.

    :)

    apa pun, makin expert guna Hp nampak. ^.^

    1. hehehe.. asalnya aku buat video pumping 30x tapi fikir balik macam bosan. Jadi buat vlog lah.. Kasi isu panas sikit. ekeke..

  8. kau orang ni tahu komen je.

    pastu kalau orang buat entri, kau setuju je macam lembu dicucuk hidung.

    abis kalau yang teruk-teruk semua melayu..kau pernah cuba main bola kah?

    pernah?

    kau orang tahu nak kondem.semangat satu malaysia kau orang tak ada.oh lupa, kau men’dewa’kan pembangkang.

    yakin pada negara sendiri lah beb.

    kalau tak, kau orang tukar la warganegara korang beb..jadilah orang INDON ke, THAILAND ke..tak payah jadi warga negara malaysia..dan kau orang ni bukan orang melayu kah? agak-agak kulit hitam jadilah africa..ke putih? jadi British?

    pastu kau orang tahu ape-ape hal nak malu..konon la, malu la malaysia ni, World Cup tak mungkin tersenarai mainla…tak akan berkembang la…

    perghhhh panas seyh aku.. KAU TUKAR WARGANEGARA SEKARANG WEH!!!

    think! think! think!

    macam ni, bukan remaja pemangkin negara, tapi remaja pemusnah negara..

    adiosssssss!!!!

  9. boleh malaysia masuk piala dunia, tp kena bersihkan dari peringkat tertinggi sampai ke akar umbi, setup balik management, team dan sebagainya..

    dan pastikan tiada kroni, rasuah…dan orang yg MALAS

  10. salam,

    arif,

    Im not happy with your entry..

    saya x stuju yang malaysia tak akan masuk World Cup..
    rasenye nanti akan ade..zaman dulu pon da ade beberape player yg hebat dan dapat tawaran main untuk english club tapi diorang refuse sebab semangat untuk malaysia lebih memuncak..(tu zaman 80-an la) I knew it because my dad was the Malacca team captain back then..mungkin sekarang ni perlu rombak management balik kot..FAM sume taraf DATUK-DATUK kite yang pegang..diorang ape taw kan? pastu dok sebok rebut2 jawatan..sebab tu lah tak berkembang, kucar-kacir..

    isu sekolah asrama..em, tak taw la nak cakap..mungkin asrama awak je kott macam tu..asrama saya ok jer..tiap-tiap petang budak2 guys maen bola kat padang..(i knew it sebab selalu men basket, court basket sebelah je padang bola..) and tak pernah ade masalah guna court lain untuk maen bola sepak ke futsal ke toksal ke..kami pemain sukan yang lain sungguh gembira jer..budak tenis, hoki, bola tampar dan basket..

    jauh masalah ke? sini nak cakap sekolah saye (MRSM jasin a.k.a. TGB) padang kami terrrsangaaaat jauh gile dari asrama kami..dah la panas melaka nih..tak caye, cube g tengok sekolah kami..tak pon tanye kawan-kawan awak yg ex-TGB rasenye ade 2-3 orang batch awak dari TGB..tapi rajin je kami main sukan setiap petang..so, jawabnye..antara rajin dan malas je..dan kes awak ni, cenderung ke malas la..

    pasal sikap ke’melayu’an tu..rasenye tak wajar lah awak buat statement tu..ape kehal plak orang cina dan india? diorang tak boleh maen bola kah?

    dan komen tentang video awak…orang melayu pemalas tu saya rase tak patut…pemalas ke?awak pemalas ke ?(awak melayu kan? ke dah convert jadi russian??) dan melayu awak tu untuk semua melayu ke segelintir?mungkin dari kaca mata awak je kott macam tu..tapi awak tak boleh nak kelas kan semua orang melayu kan?kan? patut awak cakap “dari kaca mata saya..” ke “sebahagian..” ke)

    orang pakai baju biru tu pulak..usaha die nak turun padang untuk bersukan tu pon dah patut kita puji..sekurang-kurangnye ade inisiatif bro..awak tak leh sama kan ahli sukan macam awak dengan die..tak same fitness, stamina tak same.saye masa belajar kat korea, tak pernah nampak pulak orang main bola petang-petang..kat malaysia je ade view ni..(ni dari kaca mata saya la..kalo kot-kot ade, sila bagi taw)

    berdasarkan orang main kat padang petang-petang awak nk bandingkan qualification criteria for World Cup..haha~ kelakar la.. pasti la yang akan main untuk malaysia adalah orang-orang ahli sukan..bukan orang yang dok men bola petang2 macam nih..sengal ayam betol..tak kan kite nak amek orang-orang yang cap ayam macam ni kan? tak sampai tahap sengal lagi kot orang malaysia nih nak pilih pemain-pemain macam tu untuk main untuk malaysia..

    apekate, awak maen bola, dan buktikan orang melayu tak PEMALAS macam awak cakap tu..kan?kan? tapikan, kesian orang cina dengan india tak maen bola..orang melayu je kesahnye eh yang main bola kat malaysia nih..

    haih, macam ni ke fikiran budak-budak MELAYU MALAYSIA yang pergi belajar luar negara, under biasiswa yang pKERAJAAN atutnye bila balik malaysia membetulkan keadaan, bukan taw bagi komen, kondem, buruk-buruk kan rakyat sendiri..with the brain, you should stand up and fix these things out..haih, menghabiskan duit kerajaan betol, macam lah balik malaysia dengan FIRST CLASS HONOUR..

    sekian saje nukilan dr saya, seorang manusia yg biase sahaja..ni pendapat saya..wallahualam

    1. i reaally reallly really like ur comment, or more like your story… this ariff shah fellow ni mang tahape2.. he keeps making sweeping statements.. and thinks so highly of himself. but look at the way he puts his thoughts here, so funny (more like… SILLY??) and so irrational.

      nways, NN! thumbs up to u!

  11. bagi aku sistem kt malaysia ni pun x berapa sesuai..selagi FAM diterajui oleh org tua tu..mmg smpi bile pn xkn maju bola sepak malaysia..presiden FAM pnah ckp “kita perlukan darah muda dlm persatuan” pastu tetibe lak ckp selagi die idup selagi tu die jd presiden…lol..sistem pemilihan player pn cam tahpape je aku tgk.. dorg slalunye mmg fokus kt bdk2 skola sukan je..peluang utk bdk skola lain agak kurang dari ape yg aku perhatikan..pastu development manusia kn lain2..ade yg jenis dari kecik dh nmpk potential..ade gak yg dh besar baru nmpk segala potential..

  12. Aku setuju yg bila dah biasa dan selalu main futsal, confirm malas nak main bola di padang. Aku dulu masa sekolah rendah memang setiap petang main bola jugak, lawan antara taman. Tapi padang dah tak ada sebab orang buat surau.

    Kadang-kadang tu kitorang panjant tembok ceroboh masuk padang sekolah yg dekat dengan taman, bantai main lah. Selalu je kena kejar dengan pak guard. Hahahaha. Kelakar ouh bila terkenang balik.

  13. ku selalu tgk bola kat stadium waktu sekolah rendah dgn family, ku rasa tengok penyokong lagi menarik dari perlawanan tu sendiri..hehe

      1. hahaha.. tu satu hal lagi. Takde pun awek melayu lari2. Bosan betul aku jogging kat situ takde awek

  14. huhu.. keras gak ayat ko bro..
    kalo dunia menyalahkan isu rasuah dalam FAM, ko plak serang sikap rakyat terhadap sukan tersebut.. ape2 pon, misi kita tetap sama~
    1Malaysia (笑)

  15. aku setuju pasal sikap malas tu.

    sebab tu sukan malaysia susah nak berkembang.

    aku yang main tennis biasa2 ni pun rajin buat fitness.bagi aku, nak bersukan biar sepenuh hati. bukan takat kuar peluh sikit dah~

  16. Tadi aku tak bole bukak ur second vid (komplen kat twitter pulak tu), pas tu send comments tak dapat jugak. The I realised my Safari bikin hal. Now on Firefox no problem. I was just saying it’s a bit ironic that as soon as you’d finished going on about budak Melayu malas lari (0.46) ada pulak one Chinese lady lari lintas depan camera kau tu… haha

  17. hahaha…nak tau rahsia germany jadi hebat? even main petang2 pon diorg sgt serious and semangat. macam main world cup. tapi xde la nk provide video bukti cm ariff shah. kang ada kena tangkap. orang germany bukan boleh rakam2 xmintak izin ni. hehe :D

  18. finally bole tengok the second vid. tadi aku komplen kat twitter kan. Just a bit kelakar that just as you finished rambling pasal budak baju biru and org Melayu malas berlari (0:46) ada pulak one Chinese lady lari lintas depan tu… haha!

  19. tu lah kadang2 org meLAYU
    dari peringkat bawah pun tak boleh nak susun kemas
    pembangunan bolasepak yang tak jelas ditambah dipolitikkan
    tahun 3030 pun belum tentu malaysia dapat masuk wc

Comments are closed.