Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas @NajibRazak ?

Reading Time: 4 minutes

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

 

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

 

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

 

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

 

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

 

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

 

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri โ€˜rare-earthโ€™ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke โ€˜rare earth oxideโ€™ atau โ€˜rare-earth metalsโ€™ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

 

Video yang aku katakan tadi oleh seorang rakyat Australia yang peka terhadap isu ini. Hayati dan cuba fahami mesej yang ingin dia sampaikan:

 

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankanย sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

 

Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.

 

Sumber:

  1. Apa itu Lynas?
  2. National Geographic: Rare Earth Elements

 


Posted

in

by

Comments

88 responses to “Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas @NajibRazak ?”

  1. achik Avatar
    achik

    baik x payah buat…xde kilang 2 pn selama ini boleh hidup sejak dari zaman penjajah lg. Hidup ni jangan la tamak sgt, bersyukur dengan anugerah Allah di bumi Malaysia tercinta ini.. Jangan di sebabkan keputusan kita hari ini, anak cucu cicit kita yg akan merana di masa hadapan. Mau ke kita melihat generasi kita hidup dalam keadaan dengan pelbagai penyakit kronik…? Tepuk dada tanya iman

  2. anza Avatar
    anza

    Rezeki dari Allah kenapa nak takut sangat.
    sebenarnya Malaysia adalah bumi bertuah.
    Banyak sumber rzeki dinegara kita tidak akan kehabisan.
    cth pemgeluaran minyak,jika satu hari boleh keluarkan minyak berbillion tong satu hari hingga kering telaga minyak,keesokkan harinya minyak akan keluar balik sampai kan tidak tahu dari mana sumber minyak itu datang.
    cth2-perindustrian burung walid,kenapa hanya di nusantara sahaja burung ini boleh hidup.
    dan banyak lagi sumber rezeki yang Allah bagi cuma kita tak perasan sbb disembunyikan oleh Allah disebabkan pemerintah yang zalim yang utk mengaut keuntungan sendiri.

  3. mac nuc Avatar
    mac nuc

    better jgn buat langsung.

    1) Ada jaminan ke, kalau ape2 disaster berlaku, mat2 saleh ngan engineer luar tu stay nak selamatkan malaysia? Kemungkinan, semua cabut lari, yg tinggal local employee ngan penduduk.

    2) Local engineer ada ke? dah master ke apa nak buat kalau disaster berlaku? Kalau local master engineer takde, mesti la upah org luar kan, byk lah duit keluar nak bayor. Compare to Japan, mmg local, ada yg sanggup mati demi tanggungjawab ngan negara. Tp org luar sanngup ke amik risiko? Belum jadi memanglah sanggup, kalau dah jadi, semua lari, setakat saman tu diorang leh bayar

    3) Kalau kata selamat betul, soh Adnan Yaacob tu buat rumah sebelah kilang Lynas, then pindah situ, dok situ selagi kilang tu wujud

  4. edd Avatar

    xkan nak tunggu terhantuk baru nak tergadah kan?? nak tunggu berlakunya bencana baru nak tutup..cenggitu?

  5. Fahmishah Avatar

    Well written. Kerajaan, punya banyak tenaga pakar, perahlah otak untuk naikkan ekonomi negara selain dari buat benda ni.

  6. saya Avatar
    saya

    hai kpd yg myokong LYNAS,u org xduduk sane bule la ckap mcm2,pdpat ini.pdpat itu,

  7. apek Avatar
    apek

    xprlu la kilang nie..wlapon diubah sgle syrat..tp yakin ke dgn pmbinaan di malaysia..stadium pon bley runtuh..ni plak bnde cmnie…

  8. pantaidalam Avatar

    haaa,untung memang la berbilion,tapi kalau da bocor amacam,,..jadi alien :-)

  9. azlanshafiee Avatar
    azlanshafiee

    Saya dah baca keseluruhan artikel, dan saya berpandangan perenggan selepas TETAPI adalah bersifat bolehubah , maknanya tidak tetap, dan boleh diperbaiki semula. Dalam perenggan sebelum tetapi ariffshah mendakwa memangpun rare-earth ini adalah satu keperluan industri dan terdapat permintaan. maka teruskanlah..

    Oleh kerana penolakan terhadap Lynas adalah lebih kepada perkara yang boleh mereka ubah, maka perlu ubah perkara tersenut supaya sekurang-kurangnya boleh diterima akal oleh rakyat.Sebagai contoh pengecualian cukai hendaklah ditarik balik, dan dikenakakan cukai yang tinggi dan setimpal dengan pulangan Lynas.

    Kedua, jika yg dirisaukan adalah mengenai lokasi yg hampir dengan penduduk. Carilah lokasi yg sesuai, yg jauh dari penempatan untuk mengelakkan bencana jika ada berlaku bencana. tetapi ini sangat jarang berlaku, kerana Lynas sudah tentu tahu kesan jika amalan keselamatan tidak dijalankan mengikut piawaiannya.lagipun sekarang OSHA atau keselamatan di tempatkerja adalah wajib amat dititikberatka.

    Pandangan peribadi saya Lynas perlu diteruskan, dengan syarat beberapa perkara perlu diubahsuai (seperti yang disebut selepas perenggan tetapi tadi)

    Saya harap blogger arifshah dapat menyiarkan projek rare-earth yang berjaya dan selamat yang ada di luar negara, dan bukan mengambil contoh tiga atau empat projek rare-earth yang mengalami bencana di beberapa tempat yang mungkin jarang berlaku, tetapi jika berlaku disebabkan tiada pematuhan terhadap piawaian keselamatan.

    Soalan asasnya perlu dijawab terlebih dahulu, perlu Lunas atau tidak? jawapan saya: perlu.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ya. Benda ni adalah boleh ubah. Kalau dilakukan dengan betul sebenarnya boleh memberi impak yang sangat positif kepada negara. Saya pada asalnya memang dibahagian yang menyokong, tetapi setelah meneliti kembali butiran projek ini, memang banyak grey area yang boleh mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

      Cadangan yang baik untuk entri tersebut tapi sepanjang pembacaan saya (tak menyluruh, mungkin ada yang salah), rare earth plant sebegini hanya terdapat di beberapa negara seperti US, China dan Australia. Model di China memang tak boleh diikut langsung, lebih teruk daripada Lynas tapi kita boleh ikut seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Australia, 40km daripada kawasan penduduk padat. Dalam hal Lynas, kita hanya mengikuti hampir 50% daripada garis panduan tersebut sedangkan syarikat Australia ni sendiri tahu tentang garis panduan tersebut. Itu yang membimbangkan sebenarnya, seolah-olah mereka mengambil kesempatan berbuat sesuka hati di tanah air kita sendiri.

      1. azlanshafiee Avatar
        azlanshafiee

        kita tahu dari pembacaan bahawa projek ni mmg bagus, tetapi kerajaan kena ambil perhatian tentang garis panduan atau piawaian keselamatan yang patut dipatuhi demi keselamatan rakyat. sayang nya ada yg membantah dengan membantah 100% tanpa membuat kajian sendiri.

        1. nik Avatar
          nik

          radioaktif akan membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan…banyak lagi projek untuk buat keuntungan kepada negara…kenapa x buat projek solar panel utk generate tenaga? kenapa terlalu bergantung kepada petroleum dan chemical product?

  10. nasslimdiet2 Avatar

    saya tak setuju dengan pembinaan kilang ni, lebih banyak keburukan dari kebaikan

  11. zoozen Avatar
    zoozen

    Thorium memang going to be in big demand.So-called green nuclear fuel and all that.Still remains the problem of the toxic waste left by the thorium processing.Google Maywood Chemical Company Superfund Site. Tempat kat New Jersey, U S declared a hazard zone due to Thorium processing.

  12. beserah makmur Avatar
    beserah makmur

    kami duk situ tahun bila eh? dah lupa sbb terlalu lama. lynas duk situ tahun bila eh? 2009 rasanya. so sapa yang kemaruk sangat nak duduk dgn sapa ni? kami yang nak duduk dgn lynas atau lynas yang nak duduk dgn kami? hehehe…

    yela dia bagi keje kat 350 org… tapi tak tau la org tempatan atau org luar pahang… yela dia bagi keje contract kat contractor, tapi contractor tempatan ke contractor luar pahang? yela dia bagi ekonomi kat org sekitar, tapi nak pertaruhkan nyawa 600-700 ribu org sekeliling dulu…

    engineer kan pandai… mesti bole caya kan… doktor pandai tak? tapi still ada yang mati kan…?

  13. pacai Avatar
    pacai

    salam to all,

    dear mr/ms wan tri tri,

    my first thot was, u urself work in a petrochemical factory, i believe its self consent, not being force or not by any hidden means. the same issue has been brought up here. unlike us, we do not consent for any radioactive plant to be built anywhere near our home. u choose to work in a petrochemical plant, if something happen, god forbid, its your own choice. we do not want this radioactive plant to be built here, is something happen, it will affect us all who has opt out in having the plant in the first place.

    do u know bout the life span of the radioactive waste they’re producing? its thousands of years, and some type of thorium can last up to billions of years. let say they have a strong solid thick silo to keep all the waste, do u think the silos cud stand up in good shape until the end of the thoriums lifespan? and do u not understand on how much waste r we talking here? the plant is producing bout 20 thousand tonnes waste a year. where do u think they’re going to store those amount of waste. bukan boleh buat baja pun. let say if the silo has a tiny crack underneath, undetectable crack, of a hole as tiny as human hair, i believe thru times, the soil of gebeng will definitely will be contaminated. and when underground water runs thru the soil, it’ll bring along the radioactive content into streams and rivers.

    why do developers keep building houses near gebeng? y people keep buying houses near gebeng altho its an industrial area? aiseh sir, shah alam industrial area, bandar baru bangi is an industrial area, ppl still buying and dying to get houses in that area. because u know what, ppl never thot and wud never thot of having a radioactive processing plant as their closes neighbour. if u build a radioactive plant in a deserted area, do u think there’s ppl stupid enuf to build a house next to it?

    and finally, engineers eh… they are still human, not god…

    wassalam… :)

  14. pneumedic Avatar

    kalau dinilai dengan akal fikiran yang waras dan rasional…lebih banyak keburukan dari kebaikan..betul x…

  15. esyam Avatar
    esyam

    perlu kajian yg lebih mendalam lagi sebelum pembinaan kilang tersebut diteruskan, dan rakyat perlu tahu apa kebaikan dan keburukan pembinaan kilang tersebut secara terperinci. Jika lbh tggi peratus yg tidak bersetuju tiada sebab untuk kerajaan meneruskan pembinaan kilang tersebut. Byk lg kilang yg lebih memberi manfaat yg boleh dibina di Malaysia, walaubagaimanapun entry yg bagus….

  16. izwan Avatar

    kita bukan menolak kemajuan.setiap negara pun pasti luluskan projek kalau mampu bagi untung berbilion ringgit setahun tapi kena buat kajian mendalamlah dan hasil kajian tu jangan selindung pulak.mencegah lebih baik daripada mengubat.

  17. Im Jitra Avatar

    Saya sangat, sangat bersetuju dengan pendapat anda lepas perenggan TETAPI. Banyak kelemahan yang telah ditunjukkan dalam pentadbiran negara kita sekarang. Tetapi kelemahan ini berjaya ‘ditutup’ atau dimanipulasi menjadi seperti kes kecil. Teruskan membuat artikel yang memberi pendedahan seperti ini kerana ianya tidak akan disiarkan dalam media arus perdana. Berani kerana benar!

  18. neyra Avatar

    saya rasa saya akan jadi mutant dalam masa beberapa tahun lagi kerana rumah saya di beserah itu adalah sekangkang kera je dari Gebeng. huhuhu

    1. anor Avatar
      anor

      takpe nanti boleh join X-Men

  19. Affy Ronan Affandy Avatar

    wow,banyak info yang menarik,saya sendiri pernah berborak dan mengenali secara rapat dengan seorang consultant khas yang dilantik untuk memantau projek ini.Sudah semestinya sebelum kerajaan memulakan sesuatu projek,mereka telah menkaji baik dan buruk nye dari semua sudut.Mereka yang membuat kajian terdiri daripada pakar pakar yang telah diiktiraf.Mungkin video yang dipaparkan bersifat provokasi atau sekadar helah politik sesebuah syarikat.

    1. Im Jitra Avatar

      Adakah kerajaan anda always right?

  20. Wan Tri Tri Avatar
    Wan Tri Tri

    Salam.

    i’d like to give out some comment on this matter. FYI, i’m working in petrochemical plant somewhere in the east coast region. i don’t agree with some of the statements up there.

    1. Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan. [My comment: Those 350 vacancies may be the position of permanent staff in Lynas. But, you have to widen up your mind. The permanent staff (esp plant operators & maintenance technicians) are meant to operate the plant and do the maintenance. But remember, CONTRACTORS are hired/engaged to do the works together with the staff. The number of these contractors is much more bigger than the permanent staff. Don’t you see that Lynas creates indirectly more work opportunities?]

    2. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. [My comment: If the state governement foresee this scenario would happen, why did the gov approve the development of Gebeng as a heavy industrial area? Why do the developers still want to develop the housing area in Gebeng? The can use their brain before start deciding where to develop the area. Since Gebeng is a place where people work, the housing price can be surge up. It’s all about the MONEY. They want MONEY.]

    [My last comment: Public may not know what are the works occurring in the plant or fabrication yard. FYI, radiographic testing (by using radioactive material) may be conducted from time to time in order to check and maintain the equipment’s integrity. In Lynas case, I’m sure the management have had developed and planned the safest way to operate its plant and they also must have already realized/aware the consequence if any leakage or unwanted event occurred. Everything must be taken into account before you start off a project. It’s not like when you are constructing a reban ayam. That’s why the ENGINEERS are needed in order to avoid this problem. You can go to any of the plants of Multinational Company in Malaysia and ask/see the plant operation. I’m sure that operating a plant isn’t as easy as you bukak kedai runcit. It takes a lot of time, energy and wit to make everything works well]

    1. hafiz Avatar
      hafiz

      thanks dude. hopefully people will understand better. read more and you know more. sometimes this kind of thing offer more goodness to us. everything have bad consequences, it depend on us on how to manage it. btw i’m forensic chemist.

    2. ariff Avatar
      ariff

      I don’t think the economic impact balance out with the risk that the people of Gebeng have to face and I’m pretty darn sure if a similar plant like this hypothetically will be built nearby your home, you’d want to make sure everything is in check.

      Thus you’d refer to international regulations and standards which in turn would result in you finding out that in Australia, their government ruled out that a plant like this should be built a minimum of 35 kilometres away from population centres.

      Those people that you ridicule are not bunch of stupid orang kampung. They are just concerned about their safety and with the fact that some corners are cut and they are kept in the dark from any news about this plant for several years. Everybody will doubt something when there’s no transparency.

      Facts are facts, no matter what explanation there is. The location is just not right at all and this project itself are created without taking into consideration the sensitivity of the people. Once a catastrophe happens, everybody around there will be affected. Yes, safety measures are taken, but when you are doing something that would risk other people’s safety in the future, you just have to consult them first.

      In this case, no. The people were not consulted. Thus, they’ve got a problem with this.

    3. Amanda Avatar

      Hm..for me walaupun ada sehebat mana engineers pun, diorng tu stil manusia..akan buat silap gak,sekarang dia hebat, akan dtg tak tau. The operation bkn sekejap, lama. Engineers sentiasa bertukar..akan dtgnya blm tentu TERBAIK. So why not awl2 lg kita ambil langkah precaution supaya letakkan pembinaan berisiko ni jauh dari penduduk seperti yang dicadangkan?

      Jangan sebab DUIT sanggup gadai beribu nyawa.. Alang2 merancang, rancang untuk kehidupan manusia masa depan jugak, bak kata awk, bkn bukak kdai runcit, ni buka kilang berisiko untuk manusia..

      Klau namanya “BERISIKO” takda istilah selamat sekarang, selamat selama-lamanya. So selagi ada langkah yang LEBIH selamat better go the safest way, bkn bergantung harap pada “the safest planned the management had”.

      Learn from Titanic..diorng dulu pun ckp PALING selamat dan ada pelbagai langkah keselamatan. =)

      1. Im Jitra Avatar

        Saya bersetuju.. Mereka lebih fikirkan keuntungan jangka pendek berbanding risiko yang akan dihadapi jika sesuatu terjadi.

    4. Nizam6281 Avatar

      Sedangkan Jepun sendiri mengalami masalah dengan Teknologi Nuklear yang ada kaitan dengan Radio Aktif apatah lagi Malaysia.

      Tahukah anda segala aktiviti berkenaan nuklear di Jepun telah dikurangkan. Malah Research tentang Nuklear telah dihentikan.

      Money cannot buy happines and lives. Kesian akan orang yang akan kena radiasi. kecuali kalau hang sendiri dok tinggal kat kawasan tu.

  21. hafiz Avatar
    hafiz

    dl loji inceneration xbg bt. ni pon korg nak bantah. diorg bt diorg tau la nak pastikn keselamatan keseluruhan. tolak sume jenis kemajuan. tanah lebey2 tu g tanam ubi.

  22. Bean Moreno Avatar

    ini serius…! LYNAZ tak sepatutnya wujudkan kilang tu sebab untung tak mampu bagi apa yang kita ada sekarang

  23. Ali ridha Avatar

    Benda yang baik harus la beritahu pada rakyat.
    kalau semua nak diam je.apa guna rakyat undi
    kerajaan sedia ada ini.

  24. mamasuri Avatar

    mohon copy kat blog saya yer..saya orang kuantan..n gebeng tu memang dkt sangat dgn kampung saya di beserah n cherating…

  25. not misz nina Avatar
    not misz nina

    Ariff,
    tq for the info….
    Malaysia belum layak untuk bina ‘menate’ tu….
    Manfaatkan je lah sumber yang ada….
    Yang penting tingkatkan intergriti baru le semua malapetaka dapat di elakkan…cth terbaru: tanah runtuh, banjir kilat yg mengorbankan banyak nyawa sbb Malaysia ni terkenal dgn tindakan selepas nyawa terkorban

  26. Hisyam Avatar

    Bro arif, minta buat kajian boleh? saya sebenarnya pernah terbaca dalam satu blog post. dah lama sampai saya sendiri terlupa dalam blog yang mana. blog tu pernah menyatakan sendiri tentang radioaktif aktiviti ni yang dijalankan di negeri perak. lebih tepat bukit merah. blog itu menyatakan bahawa bukit merah sebenarnya bukan tempat tasik seperti itu, ia digali kerana mencari sejenis bahan radioaktif.

    dan ada kejadian penduduk kampung bukit merah terkena kesan radioaktif. blog itu mengatakan bahawa movie (zombie kampung pisang) loghat perak sebenarnya mamat khalid inspirasikan daripada kejadian di kampung bukit merah yang sebahagian penduduk kampungnya menjadi zombie. entah betul atau tak, itu yang saya ingat lepas baca blog post tu.

  27. shidaidris Avatar

    terima kasih ariff untuk entry ni, banyak info shida boleh dapat sebab sebelum ni xtau apa benda pun ni tapi kalau betulla benda ni boleh mendatangkan keburukan kepada rakyat, shida akan berusaha juga untuk protes.

    shida copy ye n GOOD JOB ariff

  28. iza Avatar

    Assalam..
    Minta izin nak copy..

    1. ariff Avatar
      ariff

      silakan.

  29. luqman hakim Avatar

    kerajaan perlu..!! memberhentikan.
    proses pembinaan nya..agar rakyat di sekitar kawasan tmpt pembinaan tidak..mendapat terkene pencemaran dari kilang tersebut!

  30. razis Avatar

    mantapla artikel ini. barula aku tahu perkembangan Lynas nie. tak patutla kalau memburukkan keadaan. Wajar di Tentang..

  31. Pereman Avatar

    its really nice to see this kinda article posted by a popular blogger and actually be seen! nice work ariff

  32. AWAN FANTASIA Avatar
    AWAN FANTASIA

    apa da…bila nak berbakti untuk negara?negara nie kita punya buka najib sorang..bt sesuatu najib..

  33. samanosuke_04 Avatar

    nadir bumi dalam bahasa omputeh pemende eh?

    1. Pereman Avatar

      rare earth?

    2. farhan Avatar
      farhan

      rare earth

  34. eyriqazz Avatar

    Malaysia boleh…yeyyyy…..

  35. decader Avatar
    decader

    Walaupun aku tak duk kat Pahang tapi aku rasa projek ni lebih keburukan daripada kebaikan.
    Agak2 harga ikan patin sungai akan turun ke nanti?
    tumpang share ye ariff….

  36. Hidayah Sapidih Avatar
    Hidayah Sapidih

    Menakutkan lah benda ni kalau dibina kat Malaysia. Habis lah kita nanti

  37. luqman hakim Avatar

    hurm!!sapa la duk dekat pahang..bantah ..hehe

  38. syahril hafiz Avatar

    aku tak pasti apa yang kerajaan dapat daripada ni?
    bagus tu memang bagus sebab banyak manfaat, tapi itu la kita kena fikir impak benda ni kedepan dan bukan jadi keldai.
    dan berkenaan cukai tu, dah orang luar nak masuk, kasi ar banyak kaut untung dari situ..ni nak harapkan cukai rakyat bayar je negara lain buat taik buat derk boleh..
    so no to LYNAS!

    1. zainal Avatar

      salam syahril..

      ya betul tuh syahril…

      kekadang kerajaan kita nih baik sgt dengan orang luar…

      bak kata pepatah…

      kera di hutan disusukan..anak dipangkuan mati kelaparan…

      skang nih klu pegi beli barang or nak makan luar dengan anak bini pun dah nak kena budget2…apa nekmat hidup camtu…??

  39. Adilla Harun Avatar

    Tak wajar mendahulukan kepentingan ‘keuntungan’ dengan merisikokan keselamatan dan kesihatan rakyat. Tambahan pula jika projek serisiko itu dilakukan
    senyap-senyap’.

    Tiada guna bila dah berlaku sesuatu hendak salah-menyalah pun tiada guna. Paling teruk nanti menyalahkan takdir. Takdir itu mungkin mahu mengajar. Sedangkan semasa nak membuat keputusan hanya membayangkan “RM” dalam kepala bukan wajah-wajah yang mungkin menderita atas ketamakan sesetengah pihak.

    Saya pasti ada alternatif lain untuk memberi kebaikan pada negara dan rakyatnya.

  40. emanthehalia Avatar

    tak leh bla sal last2 liwat semua tu bagus tul. ha lagi satu macam teruk je impak lepas ko hurai. nice2

  41. Fauzi Nor Avatar

    Good job ariff, info sangat bagus…

    Rakyat Malaysia should know about this!!!!

  42. Razlan Avatar

    Ada baik nye projek lynas ne ditentang habis-habisan,manfaatnye pon tak sebesar mana,lebih kearah destruction jer

  43. ekspresiruang Avatar

    Fakta yg Ariff kongsi ni mmg sangat hebat infonya. tapi bagi aku, rasanya macam tak perlu kot LYNAS teruskan kilang kat sini. alasannya:

    – ketidakstabilan politik di Malaysia adalah faktor utama. Apabila politik dicampuraduk dengan polisi2 ‘ekspres’ dengan niat utk mendapatkan ‘easy money’, maka hasilnya keputusan yg dibuat pon mcm yg Ariff tulis.

    – Kalau sampai 2km jarak dgn kawasan penduduk, jelas sekali semuanya hanya atas keputusan segera berdasarkan pengaruh wang dan bukannya penelitian dan kajian mendalam.

    – Lebih baik kita tumpukan kepada penjanaan tenaga2 professional dalam konteks tenaga manusia rakyat Malaysia. Tenaga dan sumber bahan mentah di Pahang tu takkan ke mana. Janakan dan hasilkan saintis2 dan jurutera2 hebat Malaysia dan biarkan kita sendiri yg urus semua sumber bahan mentah yg ada di Malaysia ini kelak.

    – Takkan kita dah lupa sejarah pahit negara tatkala dijajah dulu. Long Jaafar dan org melayu sezamannya boleh membiarkan British menguasai timah dan mendapat lebih kekayaan berbanding rakyat tempatan. Akhirnya yg ditinggalkan adalah lombong-lombing tinggal yg tersangat dalam yg langsung tidak boleh dimajukan. Si British balik kampung membawa kekayaan tanah Melayu.

    1. zainal Avatar

      salam tuan ekpresiruang

      “Lebih baik kita tumpukan kepada penjanaan tenaga2 professional dalam konteks tenaga manusia rakyat Malaysia. Tenaga dan sumber bahan mentah di Pahang tu takkan ke mana. Janakan dan hasilkan saintis2 dan jurutera2 hebat Malaysia dan biarkan kita sendiri yg urus semua sumber bahan mentah yg ada di Malaysia ini kelak.” (ekspresiruang, 25 Mei 2011)

      saya sgt bersetuju dengan pandangan saudara…sememangnya ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi ilmu itu perlu dicari terlebih dahulu…lebih baik kita sendiri yang uruskan perkara camni dari nak mengharapkan orang lain uruskan untuk kita…klu tidak terpaksa ler kita telan jer bulat-bulat permintaan seperti statement di bawah

      “Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.” (Ariffshah, 25 mei 2011)

  44. arrizz Avatar
    arrizz

    nice entry bro..aku tentang projek Lynas nie sebab kalau nak diikutkan, antara kebaikan dan keburukan projek nie, bagi aku keburukan tue lebih..so secara autonya, projek nie invalid..aku sokong macam ko cakap tue, kalau nak buat jugak, set perimeter 35km at least..baru ok..

  45. syafiq Avatar

    apa barang lynas. kita terus ambik DU la proses kat sini.

    apa pun projek ni memang baik. #iykwim

    notakaki
    DU – depleted uranium

    1. Lord Zara Avatar

      Lepas tu kau tinggal di kawasan berdekatan tu syafiq oit. :p

  46. zack Avatar

    Tinggi risiko jika buka LYNAS ni, macam2 boleh berlaku nati jika berlaku kebocoran RADIOAKTIF

  47. man Avatar
    man

    hebat kajian ringkas anda. tahniah. ada la sedikit sebanyak penjelasan yg selama ini tersembunyi dapat berdasarkan artikel anda.

  48. munna Avatar

    good job ariff! stop lynas!

  49. slay Avatar
    slay

    aku baru tengok video tu semalam kat blog obe. tapi aku ni kurang yakin kalau takde fakta yang sahih. buka je blog kau arini dah ada segala fakta detail tentang projek ni. good job bro!

  50. matjoe Avatar

    tak setuju jugak. tapi respek effort nkgo bikin research n tulis entry. fuuu

  51. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Saya secara peribadi tak setuju dengan kewujudan Lynas ni kat Malaysia. Bahaya juga tu untuk kesihatan mereka yang berada di sekitar tu. Mencegah lebih baik dari mengubati. :)

  52. Zainal Avatar

    salam…

    pendapat aku benda2 camni ada baik dan buruknya..

    Kebaikan :

    1. boleh beri pendapatan kepada negara…

    2. boleh jadi sumber tenaga baru kepada negara sebab bak kata bro ariff nadir bumi ada kandungan thorium yang boleh ganti uranium untuk jana nuklear power..nuklear power nih sumber tenaga yang menjimatkan…

    3. boleh kurangkan kebergantungan kita kepada negara lain spt China..so klu china buat hal nak kurangkan eksport..kita still tak dapat impact negatif sebab kita pun ada bahan nih…klu dapat impact pun mungkin tak terasa sgt

    Keburukan :

    Keburukan terletak pada manusia yang menguruskan benda camni…klu jenis manusia yang deal tuh…jenis corrupt…takde ati perut…pk untung sendiri jer..tak pk masalah rakyat…tak pk ati rakyat…burukler jadinya…

    takutnya nanti bahan buangan hasil memproses nadir bumi nih dihumban dalam sungai ker..longkang ker..ikut suka hati jer…naya ler…

    Rasanya pihak kerajaan perlu highlight benda nih sebaik-baiknya dalam berita..supaya rakyat tahu dan boleh berfikir untuk buat keputusan sama ada baik atau tidak..

    nih asyik2 dalam brita dok tayang blue filem jer..apa cretaaaaaa..benda camni tak tayang ponnnnn….

    Anyhow special thanks to bro ariff sebab highlight isu nih…klu tidak aku pun tatau…

    1. farhan Avatar
      farhan

      yes. aku sokong kau zainal.. kalau manusia yang deal dlm pengurusan sisa pepejal radioaktif ni xcorrupt, n follow international standard of prevention and precaution.. it may bring a lot of benefit…

    2. azilah noor Avatar
      azilah noor

      Saya setuju sangat…berita tentang lynas ni sikit sgt.sy br cek apa tu nadir bumi, memang ada kebaikannya TETAPI lebih banyak keburukkannya. Sejarah telah membuktikan negara kita ni sibuk nak buat kajian n penguatkuasaan bila dah berlaku tragedi…kemudian senyap je.bila berlaku lg, buat kajian lg. Kita perlu sedar negara kita ni bukannya negara maju. sedangkan negara Jepun yang maju boleh digegarkan oleh Kuasa Alam, negara kita apa lg, kes tanah runtuh ,pembuangan sisa toksid etc tak juga selesai masalahnya. Hanya Gempak bila berlaku tragedi, SO HENTIKAN PROJECT INI.

  53. luqman hakim Avatar

    kerajaan hanya mementingkan diri sendiri ni..
    maybe kerajaan terpikir klau lynas bila kilang dekat malaysia bertambah la pelancong asing ke malaysia..

  54. ASaDa RyutaRo Avatar

    orang luar pun prihatin dengan negara kita, takkan kita sebagai rakyat yang hidup dalam negara tak nak ambik peduli..

    tak sanggup tengok generasi Malaysia yang akan datang ramai yang cacat sebab kesilapan orang zaman sekarang.

  55. Lord Zara Avatar

    AKu masa mula2 tengok kat tv orang buat demonstrasi pasal benda ni, aku terfikir, apa agaknya Lynas yang sampai kecoh sangat.

    Bila aku baca, Google sendiri, aku sebagai orang Kimia pun tak sanggup tengok ada benda ni kat sini. Bukan tak bagus dari segi sumber tenaga atau kuasa, cuma kesannya yang berbalik pada kita semua.

    Thanks berkongsi Ariff.

  56. soscod Avatar
    soscod

    smpi artikel nie ditulis aku baru tau lynas tue aper…huhuhuh..nmpk sgt xamik tau perkembangan semasa…aku ingatkn lynas tue penyanyi….hahahaha…

  57. Megat Azfar Avatar

    nak tergelak walaupun tak seharusnya gelak. gigi pun boleh tercabut, itu sangat parah.

    cukai dikecualikan, itu yang aku angin! sedangkan aku makan kepsi pun kena cukai. pendapatan tak seberapa.

    ni pulak, depa yang untung berbillion ringgit.

    yes, blogger ada kuasa! lagi hebat dari tv3. sebarkan tanda kita protes.

  58. Shahrulsite Avatar

    mereka pikir nak buat duit je…

  59. Abdul Farique Avatar

    Assalam . Bro Ariff minta izin copy paste entry ni sebulat di blog saya . Sekadar ingin memberikan info dan pengetahuan kepada rakyat Malaysia . Full kredit untuk bro .

  60. syahid Avatar

    this best bro. best bro. aku check jugak maps gebeng. nampak memang pinggir tapi masih dekat dengan kawasan kediaman. macam kau cakap, 10km. gigi tercabut, uban awal. ini bukan mutasi yang macam X-Men. Tentang Lynas!

  61. fadzioriq Avatar

    nice entry~br aku paham isu pasal Lynas nih~thanks~

  62. TheSharkox Avatar

    kudos kepada engko ariff.. aku tak tengok habis pun lagi vid tu. tapi rasanya apa yang ko sampaikan ni aku rasa dah cukup untuk buat orang lain faham..

  63. namaakulynn Avatar

    RADIOAKTIF kot.bukan benda main2.just TOLONG pikirkan kesan buruk kalau berlaku apa2 in the future la pak najib oi.

    p/s;my cousin kat jepun sana pon dah balik sini.semua gara2 kesan gempa hari tu,RADIATION.kawasan dia dah tak slmt.nak minum air pon dah boleh bahaya.ni kalau msia,mana mau lari??haih!

  64. neyra Avatar

    lupa lak. thanks credit. patut rasa entry kita lebih kurang hahahaha

  65. Azrul Avatar

    Gila la…kalau jadi la kilang ni, efek kat kampung aku jugak kat Kemaman tu…sighh

  66. tarmizishukri Avatar

    entri yang sarat dengan fakta.. nice job.

  67. naimulfirdaus Avatar

    bagus ada entri ni..

  68. neyra Avatar

    i say NO to LYNAS!!!! dah lah dekat dengan rumah aku. cukup2 lah selama ni hujan pun pernah hujan asid la apa. sentiasa pencemaran dengan kilang2 yg ada kat gebeng tu!!!!! grrrr…….