Malaysia Airlines (MAS) Boeing 737-800

Memang cun. Nak tido pun best nih.

Hari ini Malaysia Airlines mula menerima kapal terbang Boeing 737-800 yang dilengkapi dengan rekabentuk hiasan dalaman terbaru, Sky Interior. Sky Interior adalah rekabentuk dalaman yang bertemakan langit biru sama seperti yang digunakan dalam kapal terbang Boeing 787 Dreamliner. Rekabentuk dalaman ni memang cool dan menenangkan.

MAS adalah syarikat penerbangan pertama yang beroperasi menggunakan Boeing 737-800 ni. Sebanyak 55 buah telah ditempah dan 3 buah Boeing 737-800 lagi akan diterima menjelang penghujung tahun ini. Kapal terbang ini mempunyai kapasiti sebanyak 160 penumpang, jadi aku tak rasa B737-800 ni akan digunakan untuk penerbangan jarak jauh.

Memang bagus sangatlah kapal terbang baru ni semua sampai sebab dengarnya kapal terbang yang beroperasi kat MAS ni memang kebanyakannya kapal terbang lama. Yelah, kalau nak banding dengan AirAsia, memang AirAsia ada banyak kapal terbang baru sebab AirAsia tu syarikat baru. MAS dah berapa puluh tahun beroperasi. Apa-apa pun aku tak sabar untuk menanti kedatangan Airbus A380 Malaysia Airlines.

+ Kepada Piratz yang kerja/study kat Skypark Subang, kalau boleh nanti post la gambar eksklusif B737-800 ni.

Design yang lebih moden

Passenger control unit yang lebih kemas

Video rakaman pendaratan Boeing 737-800 Malaysia Airlines di Skypark Subang

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Comments

  1. Muhammad Allif Bin Ahmad says

    abg ley guide saya x university aper yang tawarkan design kapal terbang

    • ariff says

      design kapal terbang? rasanya kat Malaysia mana buat benda tu. Kita tak buat kapal terbang, tapi boleh try UTM punya course aeronautik. Aku tak tau sangat pasal course kat sana.

  2. says

    WOW, AWESOME!!!!!!!!!!!!!!!!
    cantik design dalaman dia….
    sejuk mate memandang….
    n memang rasa macam berada diawangan….

  3. Mieroll Hakimie says

    dlm memang superb! very high-tech. tapi painting luar die kenape x kekalkan yg lame? Erm am quite disappointed kalo mas memang dah decide nak tukar painting luar die….

  4. says

    sepatutnya memang dah lama dah kene tukar kapal baru mas nie..asyik rosak jea the flight delay sebab masalah teknikal.

    yg baru nie konfem utk terbang dekat2 jea. tp ok la, at least ada upgrade kapal baru.

  5. says

    mengikut firasat aku yang dangkal ni, 737-800 ni tak la dekat sangat range beliau. dengan ETOPS (sekadar requirement) boleh pergi jauh dengan passenger sikit. memang tak dapat nak pergi jauh macam 747 or a380. but flight MAS kan dah reduce. =P

    • ariff says

      yeah. Idris Jala banyak buang route. Ada ke pergi US boleh satu flight ke LA je. Tu memang aku tak puas hati. Padahal NY tu semua rasanya lucrative route lagi, lebih-lebih lagi boleh bersaing dengan Singapore Airlines dari segi price.

  6. afiqaiman says

    mmg smart dan cantik design dalam dia…nampak besar tp kecik je rupanya..boleh muat 160 je

  7. says

    Salam .

    Hi Ariff . Jumpe blog kau dari Fida . Heh heh heh .
    Hmmm … memang cantik design plane baru MAS ni .
    Aritu aku balik kampung , plane MAS buruk giler ok !
    Nampak sangat dah lama .
    Memang patut lah MAS upgrade plane dorang .
    Lagipun , even AirAsia murah , MAS tetap di hati . :))

    Lepas ni , setiap kali balik Malaysia dari Jeddah …
    Aku naik flight je lah balik kampung kalau plane dah cantik & selesa camtu .
    Takyah susah-susah nak kene redah jammed kat highway . :))

  8. noorafzan says

    saya penah naik flight 2 kali je dan dua2 air asia.
    so tak tahu nak compare mana best.tapi tgk pada interior boeing 787-800 ni memang buat rasa macam nak terbang bersama MAS pula.
    ehhh.

  9. arrizz says

    waa balik cuti sem nanti nak try la naik satu..hehe..anyway, its a good thing that MAS has already planning to replace their planes..at least orang rasa selamatlah gak naik kapal diorang ne..