Malaysia Airlines (MAS) Airbus A330-300

Reading Time: < 1 minute

Malaysia Airlines baru sahaja menerima kapal terbang pertama Airbus A330-300 daripada 15 yang ditempah menerusi program pembaharuan mereka. Menerusi program ini Malaysia Airlines telah menempah 15 buah pesawat Airbus A330-300 yang akan dijadualkan akan dihantar sehingga tahun 2015, 6 buah pesawat Airbus A380 yang akan mula beroperasi seawal tahun hadapan dan 34 lagi kapal terbang Boeing yang akan dihantar sehingga tahun 2014.

Pesawat pertama Airbus A330-300 ini telah memulakan penerbangan sulungnya ke Brisbane, Australia hari ini dan akan beroperasi pada laluan tersebut secara tetap.

Livery baru yang berkonsepkan minimalis. Cantik.

Kabin Economy Class dengan tempat duduk berwarna merah dan susunan 2-4-2 yang memberikan lebih keselesaan kepada penumpang. Semua tempat duduk didalam pesawat dilengkapi dengan slot AC dan USB port untuk memudahkan penumpang menggunakan barangan elektronik.

Kabin Business Class. Tempat duduk untuk kabin Business Class pula adalah berwarna biru.

Sumber gambar: Places & Food

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

28 responses to “Malaysia Airlines (MAS) Airbus A330-300”

  1. farhan Avatar
    farhan

    ok la tu..skrang2 nya malaysia airlines dah perbaharuiiii sistem dia…tak sabar rasanya apa bila semua fleet malaysia airlines bwajah baru..npe malaysia airlines tak beli airbus 340..tpi bagi ko org semua boeing dgn airbus mana lagi best?

    1. ariff Avatar
      ariff

      aku lebih suka airbus. Tak tahu kenapa, mungkin dah biasa sanagat dengan Airbus agaknya. Bottom line, mana-mana kapal terbang yang ada susunan 2-4-2 aku suka sebab boleh ambil dua seat tepi tingkap takde orang sebelah

      1. farhan Avatar
        farhan

        itu la rasa mcm airbus je..tpi boeing skrg pon dah lawa dah design cabin….

        1. farhan Avatar
          farhan

          betul tu..boeing 737-800sky interior suka jgk..smart design cabin dia….

  2. Amir Said Avatar

    Bagusla kan MAS dah ada Airbus ni. lagi efisyen dari boeing.

  3. Naqib Mohamad Avatar
    Naqib Mohamad

    zaman 90an dulu airbus a330 pernah guna untuk domestik. sekarang untuk luar negara je. tak dapat nak rasa dah.

  4. Muhammad Nabil Avatar
    Muhammad Nabil

    Kabin ekonomi nampak lebih ‘5 stars’ dan sophisticated berbanding previous ‘smarties’ cushion. Tapi sayang tul….knpala MAS tak equip fleet baru nie dgn flat bed untuk business class, mcm airlines lain buat. Satu lagi….klu dalam sleep mode position, bole ka window passenger lalu nak gi tandas ke..atau terpaksa langkah seatmate di sebelah yang tengah nyenyak tido?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Biasanya business dia buat 1-2-1. Jadi takde masalah kalau flatbed punya seat. Tengok flight gak sebenarnya, kalau setakat KL-Brisbane kurang 8 jam tak silap aku. Tak perlu kot flatseat tu..

      1. Muhammad Nabil Avatar
        Muhammad Nabil

        Penggemar dunia aviasi pandang sinis kat design baru business class nie. Even Garuda n Cathay Pacipic pasang flat bed. haha…..biasala, test orang business nie memang tinggi sikit. Salah satu benda best kat kelas ekonomi MAS nie, seat pitch dia 34 inch. orang puji melangit sebab MAS memang pemurah dlm soal seat pitch nie. Tpi dengar crita MAS dah reduce pi 32 je untuk A330 ni…Rindu livery ‘Freedom of Spaces’ n ‘hibiscus’..

  5. Izwan Avatar

    pernah plan nak balik KL – Johor naik flight tapi cam samaje kos nak ke airport segala dgn kos naik bas.. anggaran,blum exact calculation r..

  6. Mohd Isa Avatar

    haish, bilalah nak merasa naik flight lg ni. body memang cantik minimalist. pastu kena basuh selalu la jawabnya…haha

  7. Lord Zara Avatar

    Ariff, ni boleh print dan selitkan dalam CV nanti. XD
    Mesti MAS suka. Hehehe.

    Apa pun dah lama tak terbang ke langit, tunggulah dalam bulan Jun ni nanti ke. :) Perlu putarkan jam 5 jam atau 4 jam ke belakang.

  8. aisya Avatar

    wahh bagusnya. beli lagi byk2 kapal. bia nanti senang kita nak dapat kerja. haha

  9. ekspresiruang Avatar

    suka sangat dengan imej di body fligt MAS yg baru ni. less is more :)

    USB tu mmg menunjukkan MAS peka dengan kehendak penumpang penerbangan. Good move, MAS!

  10. uncle syaf Avatar

    wooo bestnyer…kluar kapal terbang baru, aku nih tak pernah kot naik kapal terbang…sedih!!

  11. aira Avatar
    aira

    bila agaknya aku nak balik malaysia naik MAS dari moscow ni??? emmm~~~

  12. Piratz Avatar

    Hari tue kapal nie ade lalu jap depan mata..

    1. syahrilhafiz Avatar

      tudia2 tudia…pilot dia mai dah, dia mai dah..haha

  13. shahiran Avatar

    hoh maksudnya bila naik flight ni xde lagilah arahan ‘sila matikan peralatan elektronik anda’ tue sebab dah ada ac usb port tu kan

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sekarang ni dah takde masalah sangat nak guna barang2 elektronik atas kapal terbang. Masa take off ngan landing je kena tutup phone.

  14. shamizu Avatar

    tengah mengharap bila lagi ada peluang naik flight

  15. marhaenkacak Avatar

    mmg klas…tapi aku jarang naik kapalterbang..huhu

    Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!

  16. samanosuke_04 Avatar

    advertorial ka nie? hehe, suke sgt ngan flight yang seating 2-4-2.. kena langkau sorang jer kalo nak pegi tandas..

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau advertorial best gak kan. hehe..

      1. ekspresiruang Avatar

        kayo ariff kalau advert MAS. hehe

  17. landax Avatar

    wahh~bestnye~bape beza bussiness class ngan economy?