A380 Pertama Malaysia Airlines Kini Di Peringkat Akhir Pembuatan (3 Gambar)

Anda semua pasti tertanya tentang kisah Airbus A380 tempahan Malaysia Airlines (MAS) kan? Sedikit flashback, Malaysia Airlines telah menempah 6 buah pesawat Airbus A380 yang sepatutnya sampai tahun ini, tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu (siap dapat pampasan berjuta ringgit atas sebab kelewatan tersebut).

 

Minggu lepas (7 Jun 2011), proses pembuatan Airbus A380 pertama untuk Malaysia Airlines telah pun bermula di kilang-kilang komponen Airbus serata Eropah. Pembuatan kapal terbang Airbus ni terbahagi kepada beberapa peringkat dan lokasi iaitu Jerman, Spain dan Perancis. Akhir sekali nanti, komponen tadi akan dikumpulkan di kilang terbesar mereka di Perancis untuk proses pemasangan dan ujian.

7 June - Vertical stabilizer (tail) diangkut menggunakan pesawat Airbus Beluga dari Hamburg, Jerman

9 Jun - Pusat pemasangan fasa terakhir Airbus, Toulouse, Perancis

9 Jun - Pemasangan akan disiapkan di Perancis sebelum A380 tersebut berlepas ke Jerman untuk pemasangan perabot/hiasan dalaman.

 

Selepas semua pemasangan perabut dan hiasan dalaman siap, A380 tersebut akan terbang semula ke Perancis untuk menjalani ujian dan sertifikasi. Semua kapal terbang wajib menjalani proses ujian dan sertifikasi sebelum dihantar kepada pembeli.

Tak sabar nak tengok bahagian dalaman Airbus A380 Malaysian Airlines ni.

+ Sempat tengok tak gerhana bulan awal pagi tadi?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments