Macam Mana Nak Menghilangkan Sakit Di Leher?

Zaman maju sekarang ni rasanya hampir semua mengalami sakit dan kelenguhan otot di leher akibat daripada bekerja di hadapan komputer sepanjang hari ataupun melakukan aktiviti seharian. Memang nikmat kalau dapat orang urutkan bahu dan leher setiap kali lepas pulang dari kerja..

Kalau yang ada tablet pun biasanya akan mengalami masalah sakit di bahu dan leher kerana postur yang tidak betul ketika menggunakan tablet tersebut. Untuk mengelakkan masalah ini, pastikan anda tidak menundukkan kepala terlalu lama semasa menggunakan tablet. Angkat tablet supaya sama level dengan mata. Ini dapat mengurangkan stress pada otot bahu dan leher anda.

Dalam kes saya yang selalu ‘merembat’ motosikal ketika berulang alik dari rumah ke tempat kerja, memang terasa lenguh di bahu. Mana tak lenguhnya, kalau nak bawak motor laju, kena pegang handle motor dengan kuat supaya tak melayang. Apa-apa pun saya masih lagi mengekalkan pemanduan berhemah, kalau nak bawa laju pun kat jalan yang tak sesak je. Percayalah :)

Penyelesaian yang paling mudah untuk saya menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan rasa lenguh di leher adalah dengan menggunakan ubat leher dan bahu daripada Tiger Balm. Oklah, kalau nak cakap hilangkan rasa sakit tu macam magik sangat, tapi sekurang-kurangnya rasa lenguh di bahu dan leher saya berkurangan setelah menggunakan produk ini.

Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ini dirumus khas untuk melegakan kesakitan otot di bahagian leher dan bahu. Ianya bertindak serta-merta dan anda akan berasa lebih segar di bahagian yang telah disapukan dengan krim ini. Sesuai untuk mereka yang aktif dan sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, anda hanya perlu menyapukan krim ini untuk melegakan bahu yang penat dan lenguh.

Krim ini tidak berminyak dan menyerap cepat ke dalam kulit, jadi takdelah nak risau baju kerja kotor bila saya gunakan krim ini. Krim ni takdelah bau ubat sangat sebab didatangkan dengan haruman yang menyenangkan. Ada sesetengah produk tu kalau pakai sikit je dah bau macam pusat mengurut pulak.

Dua jenis Tiger Balm Neck & Shoulder rub yang ditawarkan iaitu yang biasa dan jenis Boost. Boost ni lebih kuat dan memberikan kesan kelegaan yang lebih panjang berbanding jenis yang biasa. Kalau nak try, eloklah try yang biasa terlebih dahulu ye.

Disebabkan bentuk tiub yang sangat ergonomik dan kecil ini memudahkan saya nak bawa Tiger Balm Neck & Shoulder ni ke mana-mana. Tiger Balm adalah sebuah jenama yang telah lama bertapak di Malaysia dan saya percaya produk terbaru mereka yang ni adalah sebuah produk yang bagus.

Produk ini telah diuji oleh atlet professional dari US, Singapura dan Hong Kong. Paling penting, ianya telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan sebagai produk yang boleh memberikan kelegaan kepada kesakitan otot di leher dan bahu.

Apa-apa pun, prevention is better than cure. Amalkan postur yang baik untuk kehidupan yang lebih berkualiti.


27 thoughts on “Macam Mana Nak Menghilangkan Sakit Di Leher?

  1. Thanks untuk tips ini. Saya juga sering kali rasa sakit2 leher dan belakang akibat terlalu lama duduk mengadap komputer. Biasanya saya akan bangun pusing2 selama 5-10 minit selepas duduk mengadap 2 jam. Alhamdulillah, sakit leher tu kurang datang sejak saya amalkn tabiat tu tapi belakang masih lagi lenguh-lenguh. Mungkin dah tiba masanya untuk saya tukar kerusi yang baru.

  2. Taktau pulak Tiger Balm ade kluar produk baru yang tak berbau ye…memang sesuai sgtlah utk mereka2 yang bekerja di ofis dan menghadap komputer dalam jangkamasa yang lama..seperti saya..terima kasih sebab promote dalam blog ni..akan dapatkan satu..