Macam Mana Nak Dapatkan Hartanah Below Market Value?

macam mana nak dapatkan hartanah below market

Sebulan tak update blog gara-gara mencari hartanah below market. Serius. Jadi saya kongsikan apa yang saya nampak dan perasan sepanjang sebulan hunting property below market ni.

Pembeli Terdesak

Mungkin pasangan suami isteri ni dah bercerai dan nak jual hartanah cepat.

Mungkin juga ahli keluarga sakit, takde medical card, rumah banyak. Jadi rumah dijual untuk bayar bil hospital (ambil medical card kalau nak jadi pelabur hartanah). Kes macam ni memang normal. Biasa dengar.

Mungkin juga sebab dah rugi dalam saham sebab beberapa bulan kebelakangan ni berlaku penurunan mendadak dalam pasaran saham akibat daripada kejatuhan ringgit Malaysia.

Orang terdesak nak duit cepat, kurang sikit pun tak mengapa.

Lelong, Kalau Menang Harga Murah

Sebulan ni juga saya nampak ada beberapa kes yang menang lelong pada reserve price di kawasan panas. Ada jugak nak cuba nasib tapi malang sekali tak berjaya sebab unit lelong yang saya nak masuk called off.

Satu yang tak best walaupun menang lelong murah ni ialah no excess cash daripada pembelian. Orang muda mau excess cash. Boleh shopping.

Nak cash kena jual balik or refinance.

Rumah Rosak

Kalau rumah rosak teruk, ada alasan nak ketuk harga supaya dikurangkan daripada market price. Tak banyak sikit, adalah kurang kan. Seronok sebenarnya repair-repair rumah ni.

Walau bagaimanapun, kaedah ni takdelah dapat kurangkan banyak. Cuma ia boleh digunakan dalam semua situasi yang saya terangkan di sini untuk keuntungan maksima.

Beli Subsale Daripada Pemilik Pertama

Hartanah subsale sekitar KL/Selangor ni taklah lama sangat. Samada anda beli daripada pemilik pertama, ataupun kedua je. Kenapa lagi mudah nak dapat harga bawah market value dengan pemilik pertama?

Pertama sebab untung dia dah banyak. Masa dia beli dulu murah je, jual sekarang dekat ratusan ribu untung. Jadi ada yang tak kisah asalkan terjual cepat. Dapat duit boleh modalkan yang lain.

Kedua sebab dah takde RPGT. Bila takde RPGT, mark up lah banyak mana sekalipun, takde kesan apa-apa. Bagi pemilik yang jual dalam masa kurang daripada 5 tahun, cukai RPGT akan dikenakan dan cukai ni dibayar mengikut harga dalam S&P. Makin banyak mark up, makin banyaklah cukai yang perlu dibayarnya.

Ketiga sebab kalau bukan membeli daripada pemilik pertama, untuk pemilik kedua / ketiga ni tak banyak. Sudah tentu di nak jual pada harga semaksimum mungkin.

Keempat sebab pemilik pertama dah pegang hartanah ni lama. Lebih lima tahun tu normal (ada yang beli sebelum siap), lebih 10 tahun pun ada. Bila dah hold lama dan lebih-lebih lagi kalau ada faktor negatif seperti kejatuhan ringgit sekarang, mereka tak kisah nak kurangkan sikit harga jualan kalau dapat jual cepat.

Agen Hartanah

Berkawan dengan agen hartanah. Nak jumpa mereka senang je, rajin-rajin tengok rumah atau pergi mana-mana event berkaitan hartanah. Beritahu mereka yang anda nak cari hartanah di kawasan ini pada harga sekian-sekian.

Masa Yang Betul

Walau apapun, pada pendapat saya masa yang betul adalah kunci untuk mendapatkan hartanah below market. Kalau tengok setahun dua yang lepas, memang susah nak dapat sebab masa tu semua orang nak beli dan boleh beli hartanah. Masa tu nak dapat loan senang, nak beli hartanah ketiga dan seterusnya pun masih 90% loan asalkan Debt Service Ratio ok. Sekarang tak.

Fast forward ke waktu sekarang, dengan keadaan kos sara hidup meningkat, bank-bank besar nak kurangkan pekerja, harga minyak jatuh dan mereka yang dalam industri oil and gas pun kena buang kerja, dah makin kurang golongan yang mampu beli rumah. Kebanyakan yang mampu beli, dah beli.

Tengoklah kat shopping mall betapa banyaknya developer buka booth untuk jual property, tengok berapa banyak diskaun yang mereka tawarkan. Beberapa tahun dulu, kebanyakan projek main sold out je.

Beberapa tahun dulu kita berada dalam sellers’ market atau di mana penjual bermaharajalela. Jual apa sahaja, sekejap je dah ada pembeli.

Sekarang dah mula masuk buyers’ market di mana pembeli boleh pilih nak unit subsale yang macam mana pada harga below market. Dahlah below market, siap boleh tekan harga lagi.

Kepada yang baru nak beli, sekaranglah masanya untuk anda shopping deal terbaik.

Sekadar perkongsian pemahaman saya berkaitan topik ini. Saya bukan pakar.

Selamat berjaya kepada yang nak membeli rumah dalam masa terdekat ni. Semoga dapat deal yang terbaik. Dalam property investment, anda sepatutnya untung semasa membeli.

Kalau saya ada listing hartanah below market, berminat ke kalau saya kongsikan dengan anda?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments