Long Distance Relationship – Beberapa Perkara Yang Perlu Diambil Berat

Your sunrise is my sunset but you are always my sunshine

Long distance relationship ni agak susah nak maintain kalau pengalaman dan kematangan belum cukup. Serius aku cakap, orang yang ada dalam hubungan jarak jauh ni la yang paling banyak diuji dari pelbagai aspek. Dalam hal long distance relationship ni aku rasa aku orang yang paling layak cerita sebab aku dah berkecimpung dalam arena ni sejak 5 tahun yang lalu. Adei.. takde apa yang dibanggakan di sini, cuma pengalaman tu boleh lah aku kongsikan dengan pembaca semua.

Pertama sekali, kadang orang tanya apa guna ber-relationship bagai kalau dah jarak yang memisahkan pasangan tersebut. Nak jumpa pun ada tu setahun setengah je boleh. Jawapan aku senang je, cinta ni kalau dia datang, maka datanglah ia. Jadilah mat rock kapak atau mat rempit Kg Baru macam mana sekali pun, bila dah jatuh cinta, atau timbul perasaan cinta pada seseorang tu memang dah tak boleh elak. Point aku kat sini, jarak bukan penghalang untuk cinta berputik dan berbunga. Tidak sesekali.

Perkara utama yang perlu diambil berat adalah kepercayaan. Masing-masing kena percaya la yang masing-masing takkan menipu atau curang dengan orang lain. Cerita pasal kepercayaan ni, sedikit kecelaruan berlaku apabila si lelaki ni suka tanya banyak. You pergi mana hari ni? Dengan siapa? Jumpa siapa? Berapa ramai? bla.. bla.. bla.. Bila si lelaki tanya banyak macam ni, si perempuan mula fikir yang pasangan dia ni tak percaya kat dia. Yelah, kalau dah macam kena soal siasat dengan polis, mana tak dia rasa macam tu kan? Tapi perempuan kena tahu gak, kadang kalau lelaki tu tanya sikit tu pun sebab saje nak tau apa kekasih hati dia buat hari tu. Kira macam bertanya khabar la.. Ada perempuan ni sensitif habis. Tanya sikit je dia dah mula marah melenting cakap si lelaki tak percaya kat dia. Macam tu susah jugak.. Kena ada balance kat situ: lelaki jangan tanya banyak sangat, lebih daripada yang sepatutnya dan perempuan tak payah sensitif sangat. Lelaki nak tau sebab mereka ni sifatĀ possessiveĀ (merasakan si perempuan adalah kepunyaan mereka) agak kuat berbanding perempuan.

Bila dah jauh ni, pasangan tu mestilah gunakan teknologi dan gadget untuk berhubung. Teknologi ni bagus, contohnya dengan webcam kita boleh bertentang mata dengan si kekasih hati dalam bilik atas katil tanpa risiko kena tangkap basah atau apa. Tapi kadang-kadang teknologi ni boleh buat kita kena barah otak (both literally and not literally speaking): Barah otak disebabkan oleh pancaran signal radio yang terlalu banyak dan sebab kegagalan teknologi ni membantu kita untuk berhubung dengan orang tersayang.

Aku tak kisah kalau aku sakit otak dan mati terus sebab signal radio ni, sebab mati tu memang tak boleh dielakkan. Sakit ke tak memang akan mati jugak satu hari nanti. Yang menjadi masalah adalah apabila ada benda penting yang kita nak sampaikan pada si dia yang jauh, tapi hantar sms sampai tiga kali pun dia tak dapat-dapat gak. Nak call pun tak boleh lepas atau masuk voicemail, Skype pun fail sebab internet bermasalah. Lebih buruk kalau pasangan tu tengah dalam konflik atau salah faham ke apa, sorang hantar sms, dah hantar reply tapi tak masuk inbox dia. Bila dah sampai satu hari benda tu berlarutan, si penghantar sms awal-awal tadi dah mula rasa lain, ingat kekasih hati dia buat tak tahu je padahal orang tu punyalah reply secepat mungkin masa sms tu masuk.

Bila benda macam ni berlaku, kesabaran seseorang tu memang tercabar habis-habisan. Mental kena kuat. Itu sebab aku cakap, orang yang dalam long distance relationship ni kena matang dan boleh fikir lebih sikit daripada ikutkan emosi. Kalau yang jenis nak ikutkan emosi je, memang dia dah jadi macam orang gila menunggu reply. Macam-macam benda bermain dalam fikiran. Imaginasi merewang entah ke mana.. ish.. Penyelesaian yang mungkin berkesan, bagi timeframe (jangka masa) antara 24-48 jam. Biasanya kalau takde apa-apa sangat, mesti somehow dalam jangka masa tu akan ada jawapan. Bersabar. Pengajaran kat sini, jangan sandarkan harapan pada teknologi 100%. Kadang bila situasi macam ni datang, memang kena bergantung pada kepercayaan kita pada si dia. Jangan pandai-pandai buat keputusan awal tentang apa-apa sahaja yang sedang berlaku. Contoh adalah macam dalam video ni. Miscommunication kalau tak dibendung memang mengundang padah.

Lagi satu, pasangan kenalah ada seberapa banyak saluran untuk berhubung. Daripada telefon bimbit & rumah, email, twitter, facebook dan apa-apa sahaja yang boleh. Pastikan saluran tu semua berfungsi dan digunakan sebaik-baiknya. Kesilapan berlaku bila dah banyak saluran ni, tapi masih nak guna saluran yang bermasalah tadi. Dah tau bermasalah, cari alternatif lain.

Kekerapan dalam berhubung juga penting. Ada yang memang tiap-tiap hari paling tidak pun chatting kat Skype, ada yang seminggu sekali, dua minggu sekali dan sebagainya. Bergantung pada individu dan pasangan tu sebenarnya.. Dalam hal ni aku rasa elok berbincang dengan pasangan sendiri berapa kerap perlu berhubungan. Asalkan tak mengganggu aktiviti harian masing-masing sudah.

Apa-apa pun, aku kagum dan hormat pada pasangan yang berjaya mengharungi segala onak berduri perhubungan jarak jauh ni sehingga berjaya disatukan dalam ikatan pernikahan. Kepada yang masih on the way, aku sentiasa doakan kejayaan relationship korang. Tabahlah menghadapi segala dugaan kerana semuanya bersifat sementara. Asalkan kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam relationship tu, masa depan bersama adalah tidak mustahil.

Love sometimes takes a lot of sacrifices, more than we could ever imagined but at the end of the day we know it is worthy.

2010/2011 Premium Sponsor


64 thoughts on “Long Distance Relationship – Beberapa Perkara Yang Perlu Diambil Berat

  1. aku pun di dalam dilema tersebut .. tak jauh pun.. dalam malaysia gak.. dan insyallah akan di satukan pertengahan tahun depan.. doa2kan la ye..

  2. erm..sy dan ramai kawan prmpn sy x percaya pada long distance relationship ni.. x tau la kenapa..
    nasib baik umah sy n bf skang ni dekat, sejengkal je..hehe

    kdg2 sy heran kenapa ada sesetengah prmpn x suke bf die tanya macam2..kalau sy, sy lg suka..sbb itu tandanya dia betul2 care pasal kita.. :)

  3. setuju jugak, long distance relationship nih memang memerlukan kepercayaan yang sangat tinggi. if dapat bertahan memang cukup syukur. long distance jugak melatih diri bersikap sabar dan lebih mengenali pasangan kita.

  4. Sungguh benar point2 tu..dan satu lagi, kalau kawan yang supportive dan bagi semangat untuk bersabar dan teruskan hubungan lagi bagus, tapi kalau dapat yang jenis menghasut yang tak baik, awas, mungkin teracun jugak fikiran..

  5. Bab-bab leleh ni memang saya surrender. Setiap org lain caranya. Ada yang call 8 jam sehari tapi masih banyak idea berborak dia.

  6. yang best nye jarak jauh ni ialah.. boleh still lame tapi lama2 akan timbul rasa bosan pulak.. so kadang rasa wujud tak wujud je. ini apa yang aku rasa la.. becoz bru breakoff be4 new year.. haha.. ayat yang paling mudah. kalau dah jodoh tak kemana. kalau berpisah tu maknenye mungkin ada jodoh yg lebih baik tuk kita. =)

  7. aku rasa short distance ka long distance ka yang paling penting ialah kepercayaan…….. takkan bahagia satu perhubungan kalau penuh ngan syak wasangka….. =)

  8. huhuuhuu….
    susah ye kalau nak berhubung dgn si dia bila teknologi x ade….
    lagi2 tyme internet buat hal n line x de….

  9. Aku setuju sangat pasal tak leh rely 100% pada teknologi. biasanya bila gado2 skit nih dalam masa 24jam tuh salah seorang akan mengalahlah, baik yg laki atau pun yang pompuan. Yang penting jgn duk mengaharapkan satu pihak jerk mengalah, dua2 kena cuba untuk mengalah walaupun tau korang betul dan si dia salah :)

  10. LTR tak berkesan kalo tak de tolak ansur n kesefahaman.yang penting jujur pada diri dan pasangan

  11. Assalammualaikum…
    memang perit dan perlukan byk kesabaran ttp andai sudah jodoh walau sorang kt kutub utara, sorang kt kutub selatan , akan bertemu juga akhirnya…jika ia hak kita, berapa lama sekalipun masanya…akan datang kepada kita…

  12. cinta jarak jauh ni banyak dugaan. kepercayaan tu penting. kadang LDR ni membuatkan kita sealu berfikir benda yang bukan2 pada pasangan jika tak ada khabar. yerlah, jauh dimata.

    kena saing percaya mepercayai. cakap macam aku ni LDR jer, aku ada pengalaman..

  13. dear incik ariff,
    i 100% setuju gile babas ngan u
    i da almost 2 years terjebak dgn babak LDR
    in fact im happy dis way
    jauh dmate dkat dhati
    bak kate org, makin jauh makin rindu makin syg
    oppsss ape yg pnting
    honest, understanding, believe each other & gve & take..
    insyaAllah everything will b fine~

  14. LDR itu perlu kmtangan. dan jimat duit.. tak perlu sms 24 jam. takde report seme benda. bes2……. enjoying my LDR